Azam Tahun Baru (2009) review

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujung dan masing-masing mula memasang perangkap azam tahun baru untuk tahun 2010 pula.. Tapi bagaimana dengan azam tahun 2009? Adakah tercapai atau hampir tercapai atau eh! aku terlupalah azam aku?

Bagi aku, azam aku tahun ni kira berbaloi-baloi gak.. Azam tahun 2009 aku boleh dibaca di sini

Bila baca balik, teringat balik kat kete kancil aku yang kini sudah bertukar milik.. isk! (sedih konon)

Ok.. kete kancil tak de kaitan ngan azam aku..

Ini lah hasil Azam tahun 2009 aku.


Aku berjaya mengumpul sebanyak RM***. Ok lah tu sebagai permulaan.. Daripada aku beli rokok baik aku simpan saja duit tu.. Semuga ada yang akan mengikut jejak aku..

Kanser Payudara dan Deodorant

Sumber: Dari email yang dihantar ke inbox gua.. Gua rasa terpanggil untuk share di sini..

*************************************


Aluminium Chlorhydrate

Aluminium Chlorhydrate, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC. AC terdapat dalam (Opps, tak perlu gua mention jenama deodorant sini).

Baru2 ini saya menghadiri sebuah seminar tentang kancer payudara (Saya yang dimaksudkan ialah penulis email ini, bukannya gua). Waktu soal jawab, saya mengajukan pertanyaan tentang, mengapa bahagian ketiak adalah tempat di mana paling sering perkembangan kancer payudara terjadi.

Waktu itu pertanyaan saya tidak dapat dijawab dan akan diberi jawapan kemudian hari. Selang beberapa waktu, saya menerima pos, dimana ada keterangan/jawapan atas pertanyaan saya. Keterangan atau jawapan itu ingin saya informasikan kepada anda semua.

Penyebab utama untuk kancer payudara adalah karana pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTEN (=anti peluh). Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.

Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dikemasan produk2 deodorant anti-peluh anda di rumah! Jika mengandung AC, SEGERA BUANGLAH. Cuba menggunakan deodorant lain yang tidak mengandung bahan AC ini. Biar mahal sedikit asal tidak mudarat kepada kesihatan kita.

Alasannya adalah sederhana: Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2 racun, iaitu bagi. belakang lutut, belakang kuping, di antara kaki dan ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh.

Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan tertumpu di kelenjar getah bening dibawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area bagian atas payudara.

Laki2 tidak sepeka wanita terhadap type penyakit ini. Meskipun laki2 menggunakan produk2 anti-peluh, bahan2 produk ini biasanya tinggal melekat di permukaan ketiak dan tidak langsung masuk kedalam kulit.

Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak dan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya, karana lewat luka2 kecil yg mungkin terjadi akibat mencukur bulu ketiak. bahan2 kimia yang ada dalam produk anti-peluh bisa lebih cepat masuk kedalam tubuh.
(Tambahan: Lelaki cukur bulu ketiak setahun sekali.. harharhar.. tapi gua tak macam tu)

Tolong sebarkan hal ini kepada semua laki2 dan perempuan yang anda kenal atau pun xkenal. Kanser payudara kian hari mencapai jumlah yang membimbangkan

Saman Ekor..

Semak saman anda di sini : http://www.rilek.com.my/

So, aku pun saja gatal nak check..
Memang ada pun.. alamakk!


Mmm.. dua saman nampaknya tahun ni.. cam ner boleh kena dekat Taiping lak sebab selalu aku selalu maintan 110~120km/j je kat situ.. sebab memang tau hotspot orang kena saman ekor kat situ.. lagi satu dekat area Tapah..

Jalan K/Perlis - Changloon memang tak diketahui ada speed trap.. rasa-rasa speed limit dalam 80km/j.. tapi area Kodiang pernah nampak.. speed limit 90km/j..

Mmm.. kopak duit aku RM400.. terpaksalah berkerja lebih keras.. Siapa yang nak menderma, dipersilakan.. :)

Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine Flu

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Fennel Seeds
Jintan Manis

Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.

According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.

The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.

The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.

Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Kisah Mimpi..


Dua mimpi dalam satu malam..

Mimpi 1
Aku tak nak cerita sebab sangat sedih & aku harap tak berlaku. Aku rasa macam aku betul-betul menangis dalam tidur. Tapi ending dia melegakan aku. Tapi aku masih sedih. Mimpi semalam macam sambungan dari mimpi 2 hari lepas, tapi 2 hari lepas mimpi yang tak sedih (seronok).

Mimpi 2
Aku mimpi kena kejar mak keliling rumah. Memang masa kecik aku pernah kena kejar, tapi keliling meja & dalam rumah saja (kes malas baca buku, dapat number corot dlm kelas, kes hisap rokok masa darjah 1, dan lain2 kes juvana). Kadang-kadang secara solo, kadang-kadang secara berkumpulan (dengan abang aku).
Selalu rotan payah nak hinggap kat aku sebab aku boleh cilok masuk bawah meja dan pick-up power compare ngan abang aku yang berbadan besar. Tapi dalam keadaan genting macam ni, pick-up abang aku juga power. Bila sekali kena, meraung la jugak dan rotan mesti patah atau hilang lepas tu.

Jalan yang paling selamat (dan selalu digunakan oleh mat2 rempit ketika diserbu polis) ialah lari ke ruang tamu, membuat pusingan U dekat meja depan dan patah balik ke ruang tengah. Di ruang tengah, ada satu lagi meja.. buat pusingan U di situ dan pecut balik ke depan. Lakukan berulang-kali sampai semua orang penat. Kalau boring, sila tukar rentak seperti pusing meja lebih dari satu kali. Lari ke tingkat atas adalah kesalahan yang amat malang sebab jalan mati.

Sepanjang malam aku asyik bersembunyi dan kena kejar. Rasa masa sangat panjang.

Lokasi penggambaran ialah sekeliling rumah mak aku kat kampung. Keadaan rumah, aku rasa macam rumah masa aku kecik2 dulu. Masa belum renovate, ada pokok2 kat depan rumah (sekarang depan rumah dah jadi kawasan lapang).

Rasa memang pelik pasal apa tiba2 aku mimpi cam tu. Tiba-tiba aku rasa macam nak balik Perlis minggu ni. Dah lama tak balik. Kalau balik pun, dua hari saja. Tapi cuma rasa sahaja kut. Minggu ni turun KL lagi kut. Pun tak tentu.

Apa-apa pun, mimpi cuma mainan tidur. Aku tak berapa kisah sangat. Cuma kadang-kala ia mengingatkan kepada perkara yang kita sengaja buat-buat tak ingat.

Kisah Berus

Hai.. Saya adalah seorang sebuah sebiji berus. Memandangkan tuan saya telah lama tak meng’updateblog ini, Saya ingin mengambil kesempatan untuk bercerita tentang kisah saya.

Menurut sejarah, saya diperbuat daripada sabut kelapa. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sabut yang lembut macam tali boleh dibentuk menjadi berus yang keras. Tak mungkin bulu saya disapu dengan gel Brylcream.

Saya begitu riak bangga dengan bulu saya yang mencacak-cacak. Saya dipamerkan di sebuah pasaraya yang terkemuka di tanah air sehinggakan pada suatu hari, saya dibeli oleh tuan saya. Saya begitu gembira mendapat tuan baru (tuan saya). Saya dibawa pulang ke sebuah rumah yang sederhana besar.

Di sini, saya mendapat ramai rakan baru. Saya jarang digunakan berbanding rakan-rakan yang lain. Sebab itu badan saya masih maintain macam dulu. Itulah rahsia saya menjaga badan. Terima kasih kepada tuan saya yang malas baik hati.

Baru-baru ini saya telah didapati hilang. Tuan saya begitu sibuk untuk pindah ke rumah baru hinggakan tak menyedari kehilangan saya. Menurut tuan saya, saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam sebuah telaga. Tak diketahui lama mana, mungkin seminggu, mungkin sebulan. Owh!

Menurut tuan saya, saya dipercayai ditolak ke dalam telaga oleh tikus/tikus-tikus yang jahat. Ini kerana rumah yang saya duduki telah kosong & tiada makanan. Lagi pun tuan saya telah berjaya menangkap sebanyak 5 ekor tikus dalam masa kurang 2 bulan sebelum berpindah. Mungkin mereka menjadikan saya sebagai sasaran dendam kerana tuan saya begitu besar untuk dihumban ke dalam telaga tersebut.

Sepanjang ingatan saya, saya digunakan untuk mencuci kawasan sekitar telaga tersebut. Setelah selesai, saya dibiarkan terbaring di situ dan tuan saya pulang ke rumah barunya. Akibat keletihan bekerja, saya tertidur dan pada masa itulah tikus/ tikus-tikus yang jahat keluar menyerang saya.

Tuan saya begitu yakin saya dianiayai kerana saya memang berada di tepi telaga sebelum dia pulang ke rumah. Lagi pun saya tiada kaki untuk bergerak (kalau tak, mesti tuan saya suruh saya berus sendiri).

Menurut tuan saya lagi, beliau cukup terkejut melihat benda seakan-akan ’benda’ di dalam telaga. Lagipun, telaga tersebut jarang digunakan dan siapa pula yang masuk ke rumah tersebut untuk membuang “hajat“. Tanpa berfikir panjang, tuan saya terus mencurah air ke dalam telaga. Pada masa itulah saya tersedar daripada pengsan dan terus menujah dinding telaga supaya tidak hanyut dibawa arus. Lagi sekali beliau terkejut kerana saya yang disangkakan “benda“ masih berada di situ. Setelah diamati betul-betul, barulah tuan saya menyedari yang benda itu adalah saya.

Masih terbayang bagaimana tuan saya dengan selamba machonya menyeluk tangan ke dalam telaga untuk menyelamatkan saya. Bak kata perpatah; "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Memang sampai ke pangkal lengan pun, malah lebih. Kagum sungguh dengan kehensemannya keberaniannya. Saya merasa amat bertuah mendapat tuan seperti beliau.

Katanya lagi, saya adalah mangsa kedua yang pernah diselamatkannya. Mangsa pertama ialah Motorola V70 yang baru dibeli tak sampai sebulan. V70 terjatuh di dalam telaga di Singapore. Walaupun berlainan negara, tetapi telaganya tetap sama.

Itu saja kisah saya. Babai!!

P/s: gambar saya akan diuploadkan kemudian… ini kerana tuan saya tidak mampu membeli tiada camera yang canggih.

FOR SALE: Nissan Silvia S15 Bodyshell [NEW]



Descriptions:
1/10 Remote Control body for sale.
Model : Nissan Silvia S15
Condition : NEW
Come with GT wing.
Price : RM80

Shipping Cost : RM10 to penisular Malaysia.
For international, please email me (or leave your comment here) for shipping cost.

Payment Method : Maybank and PayPal.
Please do email me for other method of payment you preferred, I will work it out for you.


Kisses game

For Maryam Humaira...

Cyber-crooks targeting social-networking websites

Source: http://sg.news.yahoo.com/afp/20090303/ttc-us-it-internet-crime-facebook-0de2eff.html

AFP - Tuesday, March 3
SAN FRANCISCO (AFP) - Computer security specialists warn that Facebook users have been hit with a series of data-stealing attacks in the past week as cyber crooks increasingly stalk social-networking websites.

Facebook has become prime hunting ground for tricksters and malicious software spreaders because it is the leading social-networking community, with more than 175 million people sharing personal information.

"There are so many people on social-networking sites it is becoming profitable for bad guys to go there," said David Perry, global director of education at software security firm Trend Micro.

"Bad guys can see all the things you post. You may be revealing personal information that is extremely valuable."

Even seemingly innocent information posted on profile pages can sometimes provide opportunities for criminals.

For example, names of grandparents or pets in posted pictures can tip hackers off to answers for typical challenge questions asked before providing information about "forgotten passwords" to online accounts.

Hackers can try to infect software used at social-networking websites with malicious code as well as dupe people in the trust-based communities with fake messages and rigged mini-applications.
Facebook soared in popularity after it began letting outside developers craft mini-applications that people customize profile pages with hip, fun or functional features.

Facebook only vets mini-applications after they are released and someone complains.

"We have a rogue application that happened this weekend," said Trend Micro research manager Jamz Yaneza on Monday. "It was an application that got through security at Facebook. Kudos to Facebook for shutting it down real quick."

The application seemed to be a variation of one unleashed on Facebook users last week, according to Trend Micro.

Applications installed by Facebook users sent messages to their friends warning that the website was shutting down or that they had been reported for violating terms of service.

If people followed instructions in the bogus messages, software was installed on their computers that stole information and sent similar bogus messages to their friends on the site.

The most recent Facebook attack came in the form of messages claiming to be from friends that wanted to share digital video of the receivers.

Clicking on the link results in a prompt to download viewing software that is actually a computer worm called Koobface, a variation on the spelling of Facebook.

"It steals your cookie on your desktop; not just for Facebook but for a half-dozen social networking websites including MySpace," Yaneza said.

"Your account is compromised at that point. Using the hijacked cookie it tries to log in as you, goes through your address book and starts posting messages and comments."

Internet services routinely install small bits of software, called "cookies," on users' computers to store identifying information that can include user names and passwords.

Facebook and other social-networking websites that let outside developers customize Web-2.0 style widgets for users need to beef-up vetting processes to guard against "rogue developers," according to Yaneza.

He cited the stringent vetting process that Apple puts developers through before making third-party applications available at iTunes for iPhones and iPod Touch devices.

People can reduce the odds of becoming victims by being selective about friends at social networking websites and not clicking on links that take them outside the walls of their online communities.

Computer users are also wise to use unique complex passwords for each online account so if hackers get hold of one virtual key it won't open other locks, according to Yaneza.

Valentine's day

Weekend yang banyak hal..

Antara benda2 yang buat aku panas:

1) Kereta tukar lorong tak kasi signal.. main himpit je.. (at least 2 cases)

2) Kereta kasi high beam suruh ke tepi.. padahal tak le laju sangat bawak..

3) Jem masa on the way ke salah sebuah shopping complex. Ramai yang nak celebrate valentine hari tu.

4) Nampak sampah (kotak rokok) terbang dari rumah jiran ke kawasan rumah aku.. suka hati je nak buang sampah depan rumah aku... sebelum ni memang ada botol2 minuman kosong, tin kosong (yang ni tak pe sebab aku kutip simpan untuk jual), sampah2 lain etc yang terbuang depan rumah aku.. aku tak nak main tuduh je.. normally aku biar saja.. bila hujan lebat, settle.. tapi bila nampak depan mata ni, rasa tak puas hati lak..
dah la aku biar je kete diorang parking kat depan area rumah aku.. walaupun depan rumah diorang pun boleh parking.. may be susah untuk keluarkan keta lain dalam rumah diorang.. nak kena alih2 keta lak.. kalau park depan rumah aku, senang sikit.. tapi aku pulak yang kena alih keta aku ke tempat lain kalau nak keluarkan keta satu lagi..

5) Keta pecut laju dalam parking lot masa aku tengah melintas. Yang ni aku betul2 tak puas hati... masa dia tengah 'tarik' (dengan ekzos bising lagi) aku tersentak sebab bini aku still kat belakang.. kat tengah jalan lagi atau belum lintas.. bila pandang belakang keta tu dah pun lepas & bini aku belum lintas (sebab keta aku sebelah bini aku, aku yang terlajak lintas).. nasib baik aku tengah dukung anak, tak biar jalan sendiri.. cuma satu silap mamat ni ialah, dia parking dekat situ gak.. so dapat lah aku calar-balarkan keta dia.. plan asal nak terajang je sampai kemet, tapi ada orang pulak..

6) Masa nak balik pun jem, so lepak tepi pantai sampai pukul 12 malam..

7) On the way balik rumah pun jem lagi.. dah la mengantuk giler.. sampai rumah dalam pukul 2.. Sampah masa siang still ada kat depan rumah aku.. so aku kutip dan buang balik depan rumah jiran aku..

My Tagged Account




This is a snapshot of New Alerts from my tagged account. Just for one day. Believe It or Not! Just believe it.

Korang mesti tak percaya, aku tak pernah mesej orang, kasi orang comment, kasi luvs/ winks/ Tags kat orang, tapi dalam satu hari je berlambak2 new alert.. penat aku nak melayan (buat tak layan je).. Dan yang paling NGERI ialah semua alert datang daripada lelaki... Auwww!!

Kira famous gak aku ni.. hehehe..

Actually aku register account ni guna nama pompuan & taruk gambar awek indon yang kira cun la gak... Lagi pun muka diorang lebih kurang sama je dengan Malay girl kat Malaysia.. so aku boleh pinjam tanpa ada sesape (Dia & member2 dia) perasan..

Up to date aku dah ada seribu lebih friends dalam masa tak sampai 2 bulan. Beribu2 mesej, tags, winks, etc.. Most of the emails memang nonsense.. nak ajak keluar la, nak no tepon la, nak YM, offer jadi Sugarbaby etc.. sebab tu aku tak layan sangat email2 ni.. Ramai gak lelaki gatal kat internet ni.. most of them are from Malaysia..

My next plan untuk naikkan value aku sampai $1juta lebih (inside pet).. After that tukar profile picture back to my humble face and also tukar gender... Mesti diorang baran... Ngeng! Ngeng! Ngeng!!

Tag from Qim

Tag from Qim thru my facebook.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

(To do this, go to "notes" under tabs (or the + sign) on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your 25 random things, tag 25 people (in the right hand corner of the app) then click publish.

Mengada2 lah Qim ni...

Aku:
1. Suka korek hidung.
2. Makan apa saja. (5 bintang kpd kedai makanan yg jual murah tapi isi banyak. Taste no. 2)
3. Suka simpan rambut panjang
4. Suka catit no. plate kenderaan yang penah kurang ajar dengan aku.
5. Selalu gosok gigi 1 kali sehari
6. Selalu mandi 1 kali sehari. Kadang2 tak mandi satu hari selagi badan berbau wangi..
7. Ada 3 bijik gitar karen (Fender, Yamaha, Vantage),
8. Ada 1 gitar kapok
9. Ada 1 gitar bass (Samick)
10. Ada 1 electric drum
11. Ada 1 drum set
12. Ada complete jamming set tapi jarang pakai..
13. Ada sekor anjing hitam ('Bela' kat luar rumah)
14. Suka mengemas rumah (bila suka saja)
15. Tak suka Mc Donald, KFC & sewaktu dengannya. Sebab: Mahal, tak sedap, tak menyihatkan badan.
16. Tak suka diperintah.
17. Buat home wiring sendiri
18. Selalu pokai
19. Nak beli Keyboard baru (Keyboard lama orang pinjam & tak pulangkan.. kalau terbaca sila pulangkan balik, pinjam = hutang)
20. Malas
21. Ada satu juta.. (serius weh)
22. Korang semua kena tipu.. harharhar
23. sebenarnya aku ada berjuta-juta.. (kali ni serius weh)
24. korang kena tipu lagi sekali... harharhar
25. Berapa juta aku ada pun, korang peduli apa...

OK.. dah cukup 25.. my next victims:
1) Syemy
2) Opiey
3) Dean
4) etc..

Sepetang di kedai Motor..

Kedai motor Ah Seng... Motor pancit + Chain set dah haus... Aku pun haus, so aku pegi la amik buah limau kat dalam kedai Ah Seng.. (dalam bakul, dah lembik pun..)

Aku : Pak cik.. Limau?
Pak Cik (salah sorang customer) : Tak pa.. tak pa.. Pak Cik dah bla! bla! bla! (aku tak dpt tangkap.. lagi pun tangan dia tunjuk merata tempat..)
(Lepas tu kitorang start borak.. habis dia guessed aku dari mana, anak sapa, motor sapa.. tapi semua tak kena/betul)

Pak Cik : Ni motor bapak hangkan?
Aku : Tak, ni motor saya..
Pak Cik : Mmmm, bukan motor bapak hang ka?
Aku : Bukan..

Bla.. bla.. bla..

Pak Cik : Hang keja kat mana?
Aku : Keja Kilang je pak cik.. Kilang Moto..
Pak Cik : Kat Penang tu?
Aku : Mmmm..
Pak Cik : Naik motor ni?
Aku : Mmmm..
Pak Cik : Uihh?!
Aku : (Kenape.. tak percaye..)

Bla.. bla.. bla..

Pak Cik : Company ni ok kut..
Aku : Okkkk..
Pak Cik : Gaji pun ok kut..
Aku : Okkkk..
Pak Cik : Ada sampai lapan ka?..
Aku : Lapan?..
(Uih! Banyak tu pak cik ni teka gaji aku.. sampai RM8k tu.. Mungkin aku nampak macam loaded kut walaupun aku cuma bawak motor buruk, pakai selipar, seluar pendek bawah lutut ngan t-shirt je..)
Aku : hehehe.. gaji ok la.. tak la sampai banyak tu pak cik.. (Tapi sikit lagi nak sampai.. increment bulan April ni, sampai la kut..)

Mungkin dia tak dengar jawapan aku, dia tanya sekali lagi..
Pak Cik : Ada sampai lapan ratus ka gaji kat situ?.. mesti lebih kut.. company besaq..
Aku : Erk?! (Neng! Nong! Neng! Nong!....)


Mmmm.. termasuk kali ni, dah berapa orang guess lebih kurang camtu.
antaranya:
Kes 1
Orang1 : Hang keja mana?
Aku : Keja kilang je.. (Aku suka jawap cam ni.. macam iklan gelang Edymium.. merendah diri)
Orang1 : Ooo.. Operator?
Aku : Erk?! tak.. (mmm.. patut kena start guess dari manager dulu, baru turun satu2...)
Orang1 : Supervisor kut?
Aku : tak..
Orang1 : Technician kut?
Aku : Mmm.. lebih kurang la..

Kes 2
Beberapa tahun yang lepas...
Aku : Weh! Gaji aku RM5 sebulan.. Hang caya tak?
Orang2 : (Tengok atas bawah + tengok Motor buruk aku).. Blah la hang... Gaji aku pun RM10k..

Kes 3
Masa tengah isi minyak.. aku drive sorang2 balik KL..
Orang 3 : Nak pegi mana?
Aku : Balik KL pak cik..
Orang 3 : Dah start cuti?
Aku : Ha'ah.. (Sabtu ahad memang cuti pun)
Orang 3 : Belajar kat mana?
Aku : Ngeee..


Aku mungkin dah patut gunting rambut ni.. Tapi rambut aku masih pendekkkk... Kes 3 tak de kaitan ngan rambut panjang.. mungkin keta yang aku drive nampak macam keta pinjam kut.. macam parent kasi pinjam untuk pegi sekolah.. memang pinjam pun.. ngeee...



HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA (HIMMAH)

TARIKH : 1 FEB 2009 , AHAD.
MASA : 7.00 - 11.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN MILENIUM KEPALA BATAS

ATURCARA:
- PENGISIAN SOLAT HAJAT
- Bacaan Al-Qur'an oleh SDR. FAKHRUL RADZI (JOHAN AKADEMI AL-QUR'AN TV9)
- Persembahan Nasyid NAZREY JOHANEY (EX-RAIHAN)
- Ucapan Oleh CIKGU AZMI (AKTIVIS KEMANUSIAN ANTARABANGSA), UST MUTALIB MA'AROF, DR. MOHD ROSLAN HASHIM (AKTIVIS KEMANUSIAAN KE ACHEH (THUNAMI) & LUBNAN)
- TAYANGAN MULTIMEDIA LIVE TELECAST GAZA
- KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK PALESTIN Anjuran JABATAN MUFTI PULAU PINANG - FORUM PENYELARASAN UMMAH PULAU PINANG, JIM PULAU PINANG, ABIM PULAU PINANG, PUM PULAU PINANG, HALUAN PULAU PINANG, TERAS INSTITUT AL-QAYYIM YMSC ISMA PULAU PINANG


New Font Releases

Campak bayi marahkan isteri

Petikan daripada Harian Metro 20 Jan 2009. Ada gak manusia bodoh macam ni...

Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my



AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.

Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



Fonts.com

Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL 23)

Dah lama aku tak ikut perkembangan AJL.

Kalau masa dulu2, aku siap ke rumah tok untuk tengok AJL sebab kat rumah aku tak de TV3 (tv hitam putih je). Bila tengok balik flashback lagu-lagu yang berentap masa tu, kebanyakannya memang best2. Walaupun tak menang, tapi lagu dia aku rasa boleh 'makan' lagu2 yang dipertandingkan beberapa tahun kebelakangan ni.

Tapi bila setiap tahun asyik muka sama je yang menang (mungkin bukan genre kegemaran aku) aku dah tak follow AJL. Pas tu kebanyakan lagu bukan lagu favourite aku. So, memang tak amik tau habis.

Tahun ni aku tengok gak AJL. Itu pun sebab ada fav singers such as Faizal Tahir (suara cam ni baru boleh kata rock) dan MUH. Lain-lain pun not bad. Ada yang aku sempat tengok, ada yang tak sempat sebab aku ada keja yang perlu dibuat.

"Lagu Untukmu"
pernah jadi OST untuk drama series 'KAMI'. First time dengar, memang rasa quite impress with the song plus jalan cerita yang menarik. Dengan nama kumpulan yang tak penah dengar & unik, (Kumpulan Jumpa Pak Hussein) aku rasa diorang boleh pegi jauh (kalau record bersih la). Tak sangka pulak diorang masuk AJL (Tak tau sebab tak penah follow rancangan Muzik-muzik).

Apa-apa pun, layannn..



Free Font


Happy Birthday Humaira

Today is my daughter's birthday. She is now 2-year old.

Selalu aku dengar orang tanya bini aku, Humaira ikut perangai sapa. Aku cuma diam je. Yang aku nampak, dia banyak ikut perangai aku. Banyak benda yang dia buat mengingatkan aku masa aku kecik2 dulu.. masa dalam kereta, dalam rumah dll.. Banyak benda yang dia buat kat aku, aku penah buat kat abah aku masa kecik2..

Itu baru perangai semulajadi. Kalau perbuatan lak, anak aku suka 'melombong bijih'. Belajar dari aku gak. Tak kira tempat. Asal rasa tak selesa, korek hidung. Satu tabiat yang sihat.. :) Cuma masa aku kecik dulu, aku suka masukkan hasil lombong ke dalam mulut dan gigit-gigit. Taste dia biasa ja, kadang-kadang ada yang rasa masin-masin sikit. Tak caya, boleh cuba sendiri.

Lain-lain tak perlu cerita. Apa-apa pun, bak kata orang, bapa borek anak rintik.

Azam tahun baru (2009)

Dah masuk tahun 2009 dah.. Aku rasa macam biasa ja sebab aku tak celebrate kat mana2 New Year countdown pun even kat tv. Yang aku ingat, tengah malam new year 2009, aku masih sibuk cuci keta kancil. Vacuum, buang roadtax lama, tanggal kesan roadtax kat windscreen, wipe debu2 kat dashboard, dll.. Pukul 1 pagi baru siap. Cuci untuk kali terakhir sebab nak bertukar tangan.

Masing2 happy dengan azam baru.. Happy sampai masuk paper sebab terlalu happy; merempit, bergaduh, terlibat dengan dadah dan berparti. Aku macam biasa, takde azam baru sebab azam yang lama pun tak de. Azam aku sepanjang masa. Bila datang je, terus buat. Tak payah nak tunggu tahun baru.

Macam mana pun, untuk tidak menghampakan semua pihak, aku nak gak ada azam baru untuk tahun ni..

1) Bagi sesetengah orang, lelaki (pompuan pun leh join sekali lah) dan rokok bagaikan lagu dan irama. Andai dipisah, pincanglah irama. Aku pun suka merokok sebab suka bau asap rokok. Tapi tak selalu. Stok awal tahun 2008 pun belum habis. Tu baru yang sekotak 14 batang je. Selalunya bila member2 hisap rokok pun dah cukup, aku cuma tumpang asap diorang saja.. tu yang tak habis2 rokok aku. So, Azam aku ialah untuk memperuntukkan budget untuk rokok seminggu sekotak (20 batang). Jadi, sebulan 80 batang. Sekotak RM9 dan sebulan RM36.. Mmm, macam tak power je sebulan 80 batang. Macam sikit je RM36 kalau nak bandingkan dengan income bulanan aku. Patut up lagi ni. Apa2 pun, OK la sebagai permulaan azam tahun baru aku. Kalau ada budget lebih, aku nak up lagi kasi lagi power.. Hujung tahun nanti aku akan summarize balik azam yang aku buat ni. Semuga tercapai dengan cemerlang.


2) Cukup la satu azam. Banyak2 azam pun, nanti tak terbuat lak.

AMARAN 1 : Merokok membahayakan kesihatan anda dan poket anda KECUALI jika paru2 anda dan poket anda kebal.

AMARAN 2 : Anda dinasihat jangan sekali2 meniru azam tahun baru aku ni. Aku tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang terjadi ke atas kesihatan dan poket anda.