Motorola Dinner & Dance 2011

Dinner & Dance tahun ni disambut sederhana tetapi meriah... hehehe.. ayat yang sama gak cam post terdahulu..

Tahun ni aku dah plan nak perform solo lagu I don’t Belong Here (Cromok). Tapi tak jadi lak.. sepatutnya aku pegi ujibakat Moto Got Talent Julai lepas. Entah cam mana aku rasa cukup nervous lak.. so cancel.. Lagi pun aku rasa ramai lagi yang berbakat.. hehehe

Antara lainnya, lagu ni mempunyai maksud tersendiri bagi aku - I don’t belong here. Lagu yang aku jamming masa zaman study dulu sebelum band berpecah dan abis belajar. Lagu yang aku performed masa D&D company lama sebelum aku resign. Semuanya disengajakan, sebab aku nak blah.. :)

Tahun ni pun serupa, ada mesej yang nak aku sampaikan melalui lagu.. Cuma insentif yang aku dapat tahun ni buat aku terikat hingga 3 tahun lagi memaksa aku simpan dulu lagu ni.. hehehe

Macam biasa, ramai yang ternanti-nanti hari yang agak grand setelah penat bertungkus-lumus berkerja. Hari ni gak aku boleh melihat ramai orang seperti orang.. (member gua tanya, abis sebelum ni nampak cam apa?.. cam beruang?).. sebelum ni kat ofis, ramai yang selekeh macam tak mandi (mengata dekat diri sendiri gak).. sibuk ngan isu, problem dan hal masing-masing..

Dekat function macam ni, ramai yang macam artis.. aku rasa cam pegi Anugerah Bintang Popular lak.. So pesanan kat member aku, kalau nak cari pasangan yang cun, jangan cari kat sini, tapi cari kat opis.. kalau kat opis dah cun, kat sini mesti melecun.. hehehe

Aku tak pasti lak apa theme tahun ni.. tapi kena pakai formal.. So, cam biasa aku pakai kemeja bak kata orang (kata je lah), macam nak keluar meniaga larut malam.. Cuma aku rasa sedikit kurang selesa sebab baju tuck-in.. rasa perut sudah makin membesar lak..

Overall, ok.. Cuma MC tak seseksi tahun terdahulu.. MC tahun ni mengingatkan aku kepada seseorang..
Emcee (MC) hari itu.. Aku tak cakap sama.. cuma teringat je..



Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

"Tanpa pengorbanan, kita takkan dapat berada di mana kita mahu berada" – Petikan kata-kata Dr. Afifi, anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Oxford

Fahami dan dalamilah maksud tersebut.

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada yang beragama islam dan semoga dengan ini akan menyucikan diri kita daripada perasaan hasad dengki, tamak dan segala yang negatif.

Tahun ini, aku solat sunat aidilahda di Kulim saja (ok sikit daripada tahun-tahun lepas.. atas katil)

Hujan rintik-rintik pagi tu.. Keberangkalian untuk sambung tidur sangat tinggi. Tapi last minit, speaker surau jadi kuat lak.. Kira belum start solat (ingatkan dah tak sempat).

Jadi aku cepat-cepat ke surau. Kali ni saja nak buat lain daripada orang lain. Pakai jeans dan kemeja je (plan nak pakai t-shirt ja). Memang lain dan aku buat tak peduli je dekat mata-mata yang memandang (May be raya puasa next year aku nak pakai kemeja gak.. Mesti parent bising)

Kandungan khutbah raya agak menarik kerana aku jarang amik tahu hal ehwal Negara.. Antaranya, tentang laporan Audit yang baru-baru ini dibentangkan, tentang hukum hudud di Malaysia, gejala so sial yang kini semakin parah di Malaysia (ada benarnya sebab dulu aku hanya mendengar, tapi kini aku ada melihat dan apakah harus kubiarkan ia selama-lamanya berlaku?)

Selesai solat sunat raya, aku pun pulang ke Perlis.


Orkestra

Orkestra (orchestra), ialah sekumpulan besar pemuzik yang memainkan pelbagai alat muzik bersama-sama dan diketuai oleh seorang konduktor..

Muzik yang jarang aku tengok masa kecik2 dan akan menukar channel lain. Bagi aku, orchestra ni sesuai untuk orang-orang tua.. Sebab genre aku lebih kepada metal dan rock (Rock oo).

Dulu yang selalu aku ingat, kalau orchestra mesti RTM punya, kalau RTM mesti untuk orang-orang tua punya (hahaha)..

Antara yang aku masih tak faham, kenapa perlu ada conductor kat depan tu sedangkan pemuzik2 kebanyakannya sibuk melihat note muzik kat depan diorang.. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang melihat gelagat konduktor yang menari sorang-sorang. Ada yang cam terover sikit siap dengan mimik muka lagi.. padahal pemuzik semua sibuk tengok note.

Semalam secara tak sengaja, aku terbuka channel RTM TV2. Kebetulan ada kumpulan orchestra sedang perform. Macam mana aku boleh terlayan pulak siaran ni sampai habis lak.. 

Ntah tiba-tiba aku rasa tertarik lak bila diteliti betul-betul. Irama mungkin tak masuk dengan aku.. Tapi cara diorang perform, agak menarik.. terlalu detail dan profesional.. main ikut notes, bukan cam aku bila jamming, main ikut suka hati je.. Kamera  zoom kat sorang-sorang, dan masing-masing dengan cara masing-masing.. bila digabung kesemuanya, menghasilkan satu irama yang cukup indah.. 

Antara yang menjadi konduktor ialah Dato’ Dr. Johari Salleh. Aku cuma pernah mendengar nama sahaja. Cuma baru tau siapa dia malam tu. Agak hebat walaupun kekadang rasa kelakar sebab pemuzik lain tak tengok dia pun.. Antara yang lain ialah Dato' Mokhzani Ismail. 

Ramai artis-artis yang menggunakan khidmat orchestra.. Mula-mula aku dengar dulu, band favorite aku, Metallica.. pelik tadi menarik.. dan best..

Band Malaysia pun ada gak seperti Search, Jinbara (tu je yang aku ingat.. artis solo cam Shella Majid)

Aku rasa teringin untuk melihat secara live satu hari nanti (harap ada yang tolong sponsor)


Steve Jobs (1955-2011)

Steve Job.. Satu nama besar yang aku kurang kenali (mungkin sebab kurang berminat dengan produk Apple).. tetapi menarik minat aku selepas kematiannya.. 

Kematiannya membuat aku rasa terpanggil untuk membaca tentang biografi beliau dan produk-produk keluaran Apple..Aku rasa tertarik dengan produk iPad2 (tolonglah sesiapa hadiahkan kat aku satu)..

Apa yang pasti, kebanyakan orang-orang yang hebat tidak berpendidikan tinggi/ hebat pun (sorry kalau statement menguris hati aku sendiri).. dan Steve Job antaranya (lain-lain boleh baca biografi orang-orang hebat yang lain)...


Early risers may be thinner, happier

Source: Yahoo News

Aku nak bangun awal lepas ni.. BANGUN AWAL, bangun awal, bangun awal, bangun awal, bangun awal, bangun awal, bangun awal,bangun awal, bangun awal, ......zzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ..

Pictures credit to puremobile.ca

*********************************************************************************

Bad news for those who love a good lie in: a new study finds that people who get out of bed by 7 a.m., on average, do better in the workplace and have a lower chance of being depressed, stressed and overweight.

"Morning people tend to be healthier and happier as well as having lower body mass indices," researcher Dr. Joerg Huber of Roehampton University in London said in a British Psychological Society conference, according to the UK's Telegraph last week.
In a study of 1,068 adults, evening people were found to get out of bed by 8:54 a.m., on average. On weekends, everyone enjoyed an extra hour under the covers: early risers awoke at 7:47 a.m., compared to 10:09 a.m. for late risers.

Another study in the US found that Americans who habitually stay up later and sleep in later eat more fast food and overall calories and less fruits and vegetables, and have a higher body weight and more difficulty with weight loss than people who have more normal sleep routines.

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada Abah di kampung. Hari yang tak pernah aku sambut. Sama seperti hari ibu dan hari-hari lain yang tiada cuti umum. Termasuk hari jadi aku (jarang sambut dan tak kisah pun).

Aku tidak diajar untuk menyambutnya. Walaupun masa kecik2, aku rasa teringin nak ada birthday party sendiri, tapi sekarang aku rasa lebih selesa begini. Cukuplah sekadar bersyukur kerana masih sihat hingga ke hari ini. Terpulang kepada diri masing-masing samada nak manafaatkannya atau sia-siakannya.

Bagi aku, tak perlu untuk menyambut hari bapa kalau hari lain tak ingat kepada bapa. Tak perlu untuk menyambut hari ibu kalau hari lain tak ingat kepada ibu. Tak perlu untuk menyambut hari jadi kalau hari lain tak ingat kepada diri (lupa diri?).

Hari Bapa tak salah aku disambut setiap minggu ketiga pada bulan Jun. So tahun ni jatuh pada 19 Jun 2011. Walaupun sudah beberapa hari berlalu, hari ni aku mendapat Kad daripada anak sulung aku. Hasil kerja dari Tadika.


Dan satu video dari Youtube untuk dikongsi bersama. Selamat menonton....






"Greatest Gift" Dad & Tools Father's Day Afghan Throw Blanket 48" x 60"Broadway Basketeers Father's Day Gourmet Fruit and Nut Gift Basket for Dad

Servis Kereta..

Minggu ni aku hantar kereta ke pusat servis. Sudah terlebih tarikh (sepatutnya bulan Mac) dan terlebih mileage (terlebih 500km). Ni sebab nak save punya pasal. Kali ni servis normal untuk 70, 000 km. Meter mileage baru je cecah 57, 000 km. 


Selalunya kena dalam RM150 untuk servis normal, kali ni hampir RM200. Alasan, harga Barang Naik.. Peningkatan harga dalam 30%.

Eleh, RM45 je pun nak berkira.. bukan tiap-tiap bulan nak servis.

Ok la.. aku terima.. T-T

Cuma benda-benda lain pun ikut naik. Terbaru yang aku perasan, mihun goreng RM3.50 (peningkatan 17%). Aku jarang amik kisah sebab aku mampu selalu aku beli dengan makan lain. Jadi main bayar je. Bila beli satu jenis, baru perasan harga dah naik. Roti pun naik. Minyak? Lain2? tak perlu senarai.. cuma perlu sediakan wang yang secukupnya...

Eleh, semua naik sikit je.. tu pun nk berkira..

Ok la.. tak berkira.. sib baik increment aku lebih 10% tahun ni. Cuma cam mana dengan orang lain yang increment kurang. Sedikit sebanyak, aku kisah apa dengan Barang Naik (Ayat berlagak konon).

Berbalik kepada servis kereta, semua berjalan dengan lancar. Settle pakai duit plastik. Next service masih normal, lagi sekali major. Anggaran dalam RM1000 je. So, aku kena start simpan/ cari RM1000.. (Adeh.. Duit plastikkan ada..) 


Sebuah kereta model Accord di pusat servic. Dipercayai dipandu melebihi 200km/j kat highway dan terbabas. Pemandu terselamat dalam kejadian (katanya lah).

Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalanraya.

The 2011-2016 Outlook for Investigation, Guard, and Armored Car Services in JapanHonda Accord 2003-2007 (Haynes Repair Manual)

Kisah Seorang Jutawan

Aku seorang jutawan.. (kenapa? tak percaya..) Ya.. diulangi, AKU SEORANG JUTAWAN..

Cermin mata yang baru beli.. tiada kaitan dengan posting kali ini,
tapi ada kaitan dengan apa yang aku lalui hari ni

Rutin harian aku..
Pagi Isnin:
Pagi:
Bye-bye anak-anak dan bini-bini pegi sekolah dan keja. Lepak-lepak breakfast, tengok televisyen (layan drama melayu jup), surfing... layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. sambung tido.. zzzZZZZZZ

Tengah hari:
Wife balik bawak lunch.. makan-makan dan baring-baring sementara tunggu diorang bersiap untuk pegi nursery dan masuk keja balik... Bye-bye diorang.. solat zohor dan tengok televisyen. Surfing sambil layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. telefon pekerja-pekerja tanya bila nak buka gerai tepi jalan dan pasar malam.. telefon bisnes partner yang lain untuk bertanya khabar.. tido sekejup untuk merehatkan badan..

Petang:
Wife dan anak-anak sampai rumah. Standby depan rumah untuk keluar. Jalan-jalan pusing Kulim dan pegi Tesco Kulim. Balik umah.

Malam:
Layan tengok televisyen lagi sambil wife memasak kat dapur. Makan malam. Check hasil jualan hari ini dengan pekerja-pekerja dan tanya khabar bisnes partner yang lain. Memulakan tidur yang sebenar.

Pagi Selasa:
Pagi:
Bye-bye anak-anak dan bini-bini pegi sekolah dan keja. Lepak-lepak breakfast, tengok televisyen (layan drama melayu jup), surfing... layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. buat planning untuk mengembangkan bisnes.. sambung tido.. zzzZZZZZZ

Tengah hari:
Wife balik.. keluar lunch di restoran berhampiran (restoran sendiri sebenarnya.. saja tak kasi pekerja-pekerja tau yang datang makan ni tuan diorang.. nanti mesti nak mintak naik gaji nih).. balik rumah dan baring-baring sementara tunggu diorang bersiap untuk pegi nursery dan masuk keja balik... Bye-bye diorang.. solat zohor dan tengok televisyen. Surfing sambil layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis lagi (senang ek keja diorang.. hari-hari berchatting ngan aku je.. keje ke mengular?).. telefon pekerja-pekerja tanya bila nak buka gerai tepi jalan dan pasar malam.. telefon bisnes partner yang lain bertanyakan khabar.. tido sekejup untuk merehatkan badan..

Petang:
Gi lepak Giant Kulim.. Jumpa pekerja-pekerja kat situ bertanyakan khabar.. Layan karaoke sorang-sorang (Lagu hari ni, Rindu Terhenti (Tomok), Fantasia Bulan Madu (Search), Kamelia (Sweet Charity), Kejora (Search), Cinta Kristal (Rahim Maarof), Taman Rashidah Utama (Wings)).. Pegi mengurut di kedai Takasima.. Letak deposit untuk tempah pengurut badan yang mahal (lagi 2 minggu sampai). Keluar ambil anak-anak dekat nursery. Hari masih awal, bawak bebudak pegi main di Tescco Kulim. Masih siang, bawak diorang pegi jejalan naik motor lak... Balik rumah dan mandikan budak-budak..

Malam:
Wife balik bawak makan malam (nasi lemak mami). Layan tengok televisyen lagi sambil makan malam. Check hasil jualan hari ini dengan pekerja-pekerja.. keluar rumah sebentar untuk bertemu bisnes partner dan pekerja-pekerja.. Memulakan tidur yang sebenar.

Begitulah rutin harian aku.. AKU SEORANG JUTAWAN....
 
Ok lah.. aku terpaksa beransur dulu.. BOS dah call.. dah dua hari MC. Mesti banyak keja yang nak kena follow up..

Buku yg aku ada:
Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth 

Aktiviti Mingguan (7 May 2011)

Weekend ni tiada aktiviti yang berfaedah aku buat. Semuanya kurang menjadi. Mengecat pagar cancel (tiada reply dari pengecat). Repair alarm pun cancel. Janji hari ni, tapi call tak angkat. Macam ni lah selalunya sampai setahun tak settle-settle (Aku akan buat aduan dekat Tribunal Pengguna nanti).

Petang jaga budak sebab mak dia keluar meronggeng. Petang yang panas buat kitorang tidor dalam aircond sampai petang.

Malam lak member ajak lepak kat tempat minum yang ada aura punya (naik suspen lak bila dia ckp cam tu). Member yang agak lama tak jumpa (drummer gua). Lepak bincang-bincang pasal projek baru dan nak start balik aktiviti jamming.

Masih dalam pertimbangan aku sebab aku terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain yang membuat aku terpaksa menggantung sementara gadget-gadget aku.




Selamat Hari Buruh (1 Mei)

Selamat menyambut hari buruh kepada semua buruh-buruh yang menyambutnya tak kira yang kasar, lembut, paksa atau suka rela (suka hati). Posting ini tidak dilayangkan pada 1 Mei kerana aku juga sibuk menyambutnya.

Walaupun aku berdegree, berkerjaya professional (kata orang la) dan berpendapatan hampir lima angka, tapi aku masih dalam kategori pekerja tidak berpengetahuan (baru aku tau masa nak isi borang cukai BE). Menurut pegawai LHDN, pekerja berpengetahuan "Knowledge worker" ialah mereka yang terlibat dengan Projek Iskandariah (Ooo.. lagu tu ka).

Tak kisahlah apa-apa pun, yang penting masing-masing riang.

Cuti kali ni, aku beraya pulang ke bandar Kuala Lumpur. Cuti yang tak seberapa kali ni aku guna untuk lepak dengan kawan-kawan bersama-sama keluarga.


 Hi papa! Cheese...

 Eh! Ini sudah lebey...

Ah! ada aku kisah..

Di Sunway Carnival Seberang Jaya, Penang

Terdetik seketika kan best kalau hari-hari macam ni. Tapi kesempatan macam ni cuma bila tiba hari cuti sahaja.

Aku mungkin ada peluang sebegini suatu hari nanti tapi mungkin selepas aku mencapai umur pencen. Dan watak kanak-kanak masa tu ialah cucu-cucu aku bukannya anak-anak aku. Masa untuk anak-anak aku sekarang banyak "dilaburkan" di tempat kerja untuk kesenangan masa depan.

Adakah aku selesa dengan keadaan sekarang (Bergaji hampir lima angka). Jika ya, aku boleh teruskan seperti biasa. Jika tidak, buatlah apa yang patut (bila la nak meniaga kat pasar malam ni). Segala TINDAKAN bermula daripada PERMIKIRAN.

Akhir kata, Selamat Hari Perkerja... Kerja rajin-rajin, bila rajin, bos pun sayang...

Labor Day: A NovelLabour Day

Popia Durian..

Durian sekarang sudah ada dijual di tepi-tepi jalan walaupun musim sebenar (menurut penjual durian) ialah bulan Jun/ Julai nanti.

Durian merupakan favourite aku dan cuma aku seorang je peminat tegar buah durian dalam rumah aku.

Seperti biasa budget aku untuk sebijik durian ialah RM10 ke bawah je. Tak perlu beli masa harga RM20 sekilo.

Aku selalu menunggu masa ada jualan lelong dan kebetulan sudah ada dijual secara lelong. Jadi dapatlah RM10 untuk 4 biji.. Memang banyak, tambahan untuk sorang makan je..

So aku plan untuk jadikan popia durian bagi mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bau durian dalam rumah.

Cara proses menanggalkan isi durian yang aku buat AMAT tidak sesuai untuk aku hidangkan kepada sesiapa. Cam mana tu? Lu pikir la sendiri.. :D Tapi untuk sendiri makan, tak kisah lah..

Kekadang tepikir gak cam mana proses yang diorang buat sebab aku selalu gak beli popia durian kat luar.. adeh..

(Semalam aku mimpi aku hidang popia durian aku kat kawan-kawan.. Sape kawan-kawan tu, aku terlupa lak.. tapi tak sampai hati lak nak kasi tau jangan makan sebab awal-awal lagi dia dah bedal, tak sempat nak kasi warning.. apa-apa pun, memang aku tergelak-gelak dalam tido semalam)

Hasil kerja aku

Iklan (boleh click untuk maklumat lanjut):

Durian:Danielle Crispy Fruit Chips, Golden Durian, 1.6-Ounce Bags (Pack of 6)Dodol Durian

Resipi Telur Ayam

Kali ini aku nak berkongsi resipi lak.. resipi masakan berasaskan telur (jadi chef lak.. hehehe).. benda paling utama dan wajib ada untuk masakan berasaskan telur ialah TELUR (takkan ikan lak bang).. 

Memang pelik tajuk resipi kali ni.. Resipi telur ayam je.. kenapa tak telur ayam masak kicap ke, telur ayam goreng ke, telur mata dadar ke, telur masak cili ke dan lain..

Sebab memang aku nak kongsi cara-cara nak buat telur je.. Lepas tu korang nak buat apa dangan telur tu, ikut suka hati korang lah.. Kalau tak de telur, macam mana nak masak telur.. Jadi mari kita buat telur dulu... hehehe..

Ya, mesti korang dah tak sabar nak bermulakan.. mari kita mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut:
Bahan membuat kulit
lilin parafin,
serbuk gypsum 
kalsium karbonat

Bahan-bahan membuat kuning telur dan putih telur
natrium alginat,
alum,
geletin,
asid benzoik,
kalsium klorida,
air
bahan pewarna makanan.


Sekarang kita beralih kepada cara-cara membuat telur.


Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama kalsium klorida, dan pewarna. Jika korang bosan dengan warna kuning, boleh juga cuba dengan warna-warna lain cam hijau ke, biru dan sebagainya.

 
Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat. Kalau nak lagi gempak, korang boleh gunakan cetakan berbentuk bunga ke, kotak ke, tiga segi ke, bintang ke.. mesti lagi hebat..

Maka lapisan luar telur kuning terbentuk

 
Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.



Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar.

Ya, maka siap lah bahan utama untuk masakan berasaskan telur.. Sekarang, korang boleh lah nak masak apa-apa je masakan berasaskan telur.. Selamat menjamu seleraaa..

PERHATIAN : Antara kesan daripada resipi ini boleh menjejaskan kesihatan anda seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati. Oleh itu, JANGAN sekali-kali cuba di rumah. DILARANG cuba menjual hasil kerja korang kepada orang lain (Untuk makan sendiri, tepuk dada, tanya selera), ADUKAN kepada pihak berkuasa jika anda terjumpa di pasaran.

Pictures credit to terkinibersama.blogspot.com

Yang bawah ni korang boleh beli.. Selamat walaupun tiruan (tulen bang!!)..

DOZEN wooden Chicken faux fake EGGS kitchen decor BROWNFake Fried Egg - 36 Count (3 Dozen)Bulk Green Plastic Easter EggsFaberge Style EGG