SUTERA DI SEBALIK WAJAH (Sempena Hari Bapa)

CEREKARAMA TV3
19 JUN 2010

Mengisahkan seorang pemungut sampah, Sufian (Rosyam Nor) yang mpunyai 2 orang anak, Hakimi (addy ashraf) dan Fifi (Erynn Eryna). Sejak kematian isterinya, Sufian sering memanjakan anak-anaknya dan cuba memenuhi segala kehendak anak-anaknya walaupun Sufian adalah seorang yang daif. Pekerjaan sebagai pemungut sampah dirahsiakan daripada pengetahuan anak-anaknya. Akibat daripada kesempitan memaksa Sufian untuk melakukan pekerjaan tambahan dengan menjual tin, dan kotak.

Hakimi, yang tidak tahu mengenai pekerjaan bapanya berkawan dengan anak-anak daripada golongan berada dan terpengaruh dengan kehidupan mereka. Apabila kehendaknya tidak dituruti, Hakimi memberontak dan bersikap biadap sehingga mengecewakan neneknya (Mariani) yang tinggal bersama.

Fifi pula berbeza sikapnya. Setelah mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya, Fifi cuba sedaya upaya untuk membantu ayahnya. Hakimi yang mengetahui perbuatan adiknya, mengkritik dan memarahi adiknya. Tidak tahan dengan sikap abangnya, akhirnya Fifi nekad membongkar rahsia pekerjaan ayahnya kepada Hakimi mengharapkan berlaku perubahan terhadap abangnya.
Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)

Sebuah cerita yang bagus jalan ceritanya (diulangi.. jalan cerita.. cam ne pun, lakonan Rosyam Nor memang bagus.. cuma part romantik je yang aku tak tahan)

Soalan: Ko layan citer2 cam ni?

Jawapan : Tak de masalah aku nak layan citer2 cam ni.. aku layan je apa2 citer.. apa yang aku layan ialah isi & pengajaran dalam sesebuah cerita (dan heroin2nya sekali)

Apa yang menyentuh aku dalam cerita ni ialah masa Sufian mengutip tin kosong & kertas2 untuk dijual di kedai barang lusuh. Duit tak cukup, dengan anak meminta2 untuk beli benda2 yang kurang perlu (bila Rosyam Nor berlakon buat muka sedih, aku rasa cam nak suruh dia cakap cam ni kat anak dia “Nak! Sebenarnya bapak ialah jutawan Power Root.. kalau nak beli kasut bola tu, jadilah downline bapak.. bila dapat duit nanti belilah apa yang ko nak beli.. jangan meminta2 kat orang“).

Walaupun ia cuma sebuah lakonan, tetapi hakikat di luar sana memang ada yang macam ni malah lebih teruk.

Walaupun mengutip tin dan menjual sampah kat kedai barang lusuh adalah kerja sambilan aku,
Wah! kerja sambilan tu..
Wah! berebut sampah ngan pengutip sampah..
Ko dah banyak duit, buat apa nak berebut2 tin ngan diorang..
Jual sampah, dapat RM1? tak payahlah, nanti aku kasi RM2.. etc.. etc..

Aku saja buat benda2 cam ni.. saja.. di samping menambah pendapatan (tambah pendapatan?), aku dapat rasa apa yang pengutip sampah rasa terutama bila harga jatuh (Baca di sini...)

Fraggle Rock: Complete Series CollectionViolet DawnThe Girl with the Dragon Tattoo