Motorola Dinner & Dance 2011

Dinner & Dance tahun ni disambut sederhana tetapi meriah... hehehe.. ayat yang sama gak cam post terdahulu..

Tahun ni aku dah plan nak perform solo lagu I don’t Belong Here (Cromok). Tapi tak jadi lak.. sepatutnya aku pegi ujibakat Moto Got Talent Julai lepas. Entah cam mana aku rasa cukup nervous lak.. so cancel.. Lagi pun aku rasa ramai lagi yang berbakat.. hehehe

Antara lainnya, lagu ni mempunyai maksud tersendiri bagi aku - I don’t belong here. Lagu yang aku jamming masa zaman study dulu sebelum band berpecah dan abis belajar. Lagu yang aku performed masa D&D company lama sebelum aku resign. Semuanya disengajakan, sebab aku nak blah.. :)

Tahun ni pun serupa, ada mesej yang nak aku sampaikan melalui lagu.. Cuma insentif yang aku dapat tahun ni buat aku terikat hingga 3 tahun lagi memaksa aku simpan dulu lagu ni.. hehehe

Macam biasa, ramai yang ternanti-nanti hari yang agak grand setelah penat bertungkus-lumus berkerja. Hari ni gak aku boleh melihat ramai orang seperti orang.. (member gua tanya, abis sebelum ni nampak cam apa?.. cam beruang?).. sebelum ni kat ofis, ramai yang selekeh macam tak mandi (mengata dekat diri sendiri gak).. sibuk ngan isu, problem dan hal masing-masing..

Dekat function macam ni, ramai yang macam artis.. aku rasa cam pegi Anugerah Bintang Popular lak.. So pesanan kat member aku, kalau nak cari pasangan yang cun, jangan cari kat sini, tapi cari kat opis.. kalau kat opis dah cun, kat sini mesti melecun.. hehehe

Aku tak pasti lak apa theme tahun ni.. tapi kena pakai formal.. So, cam biasa aku pakai kemeja bak kata orang (kata je lah), macam nak keluar meniaga larut malam.. Cuma aku rasa sedikit kurang selesa sebab baju tuck-in.. rasa perut sudah makin membesar lak..

Overall, ok.. Cuma MC tak seseksi tahun terdahulu.. MC tahun ni mengingatkan aku kepada seseorang..
Emcee (MC) hari itu.. Aku tak cakap sama.. cuma teringat je..