Siasatan Kes Motor Kehabisan Minyak

Baru-baru ini, motor aku secara tiba-tiba telah kehilangan power semasa on the way balik rumah dan seperti biasa aku tak panik sebab symptom kehilangan power adalah disebabkan kehabisan minyak (Ya, ini kali yang ke berapa ntah minyak habis).

Aku agak bernasib baik sebab motor tiba-tiba semput betul-betul depan stesen minyak tapi kurang bernasib baik sangat sebab aku biar lajak lebih kurang 500meter (dengan harapan boleh lajak sampai ke rumah)


Gambar Hiasan: Gambar sebenar tidak dapat disiarkan kerana tepon berkamera hilang.
Derma ikhlas diterima untuk pembelian tepon berkamera baru.. :p

Sungguh heran, aku baru saja isi RM4 pagi tadi dan selalunya tangki hampir penuh dan dapat bertahan untuk perjalanan sejauh 40 kilometer lagi. Antara kemungkinan kehabisan minyak:

1) Minyak digunakan secara tidak efisien sebab aku baru test power masa atas Penang Bridge (ehem.. ehem.. motor gua baru saja bikin) tapi takkan kuat sangat hirup minyak..
2) Tak isi minyak. Kan aku sudah bilang yang aku baru saja isi RM4 pagi tadi?

Bila aku buka seat (seat memang sentiasa tak berkunci), penutup minyak tak ketat. So,
3) Minyak kena sedut?

Paras minyak memang betul-betul kat bawah sekali.. Minyak kena sedut?.. Argh! Minyak pun nak sedut.. Dulu minyak spare dalam bakul pun kena curi, kali ni takkan nak sedut minyak lak.. takkan nak kena repair kunci seat lak.. duit lagi.. (eleh! Repair kunci berapa RM je)

So, apa-apa hal, tolak dulu motor ke stesen minyak.. isi dan balik rumah dulu.. Siasatan diserahkan kepada penyiasat persendirian yang tak kurang hebat untuk menyiasat.. cap jari di sekitar penutup tangki diambil untuk mengesan dalang disebalik kejadian. Keterangan mangsa telah diambil (Casss..)

Hari kedua, siasatan dijalankan di stesen minyak yang aku isi RM4.

Soalan: Apa kes ko gi siasat kat stesen minyak?

Jawapan : Oh! Ini procedure biasa dalam siasatan kami.. jangan banyak soal.. sila beri kerjasama.. ok?

Beberapa pekerja telah disoal siasat termasuk pekerja yang berurusan dengan aku semalam. Soalan biasa (eh! Biasa? Macam biasa je ni)..

Bro! Mana pegi minyak yang aku isi semalam?
Bro! Kenal gua tak?
Bro! Nak buat biz ngan aku tak?

Itu cuma contoh soalan yang tak berani aku tanya, soalan sebenar ialah:

Aku : Bang! Semalam ada orang lupa isi minyak tak?

Cashier: Mmm.. Ntah.. tak de.. tak tau.. bisinglah ko..

Mmm.. ok lah..

Tiba-tiba datang seorang tua (berjubah putih, muka bersinar2.. ini sudah mengarut sikit)

Orang Tua : Apa? Lupa isi minyak? Haa! Semalam ada orang lepas bayar terus blah.. ni pak cik simpan resit dia..

Hasil siasatan mendapati no card kat resit serupa ngan no card dlm wallet aku.. eh! Apsal aku tak isi minyak semalam.. takkan aku dipukau lagi? Ini kali kedua aku terus blah tanpa mengisi minyak lepas bayar.. hampir jadi kali ketiga, tapi aku perasan lepas start motor.

So, wang dikembalikan.. kes selesai.. Tahniah kepada penyiasat persendirian yang tak kurang hebatnya...

10 comments:

  1. hang ni banyak berangan laaa

    ReplyDelete
  2. Harhar.. hari2 keja isi minyak je, sampai naik muak..

    ReplyDelete
  3. ada sedikit pening baca entry ko..byk tol koner baring. penangan nasi kandaq ke aci?

    ReplyDelete
  4. apa yg koner baring? aku nampak biasa je.. atau ko yg dlm mood malas lagi..

    ReplyDelete
  5. ramai sgt watak sampingan jelmaan dlm imiginasi ko..aiyak!

    shhh jgn sebut malas tu kuat3..nanti dia dtg.

    ReplyDelete
  6. Apa? semua tu watak sebenar la.. termasuk penyiasat persendirian tu..

    dh online tapi tak buzz aku, kira malas la tu..

    ReplyDelete
  7. ko ni lebih teruk pelupa dr aku. lenkali isi minyak dulu baru berangan.

    btw, leceh la asyik kena filter ngan server ko..

    ReplyDelete
  8. tak.. lps bayar aku gi bayar muka dpn paper.. pas tu terus blah..

    aku kena filter la, takut aura malas ko masuk dlm YM aku.. harhar

    ReplyDelete
  9. ** Pembetulan... Lps bayar aku gi baca muka dpn paper...

    ReplyDelete