Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

"Tanpa pengorbanan, kita takkan dapat berada di mana kita mahu berada" – Petikan kata-kata Dr. Afifi, anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Oxford

Fahami dan dalamilah maksud tersebut.

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada yang beragama islam dan semoga dengan ini akan menyucikan diri kita daripada perasaan hasad dengki, tamak dan segala yang negatif.

Tahun ini, aku solat sunat aidilahda di Kulim saja (ok sikit daripada tahun-tahun lepas.. atas katil)

Hujan rintik-rintik pagi tu.. Keberangkalian untuk sambung tidur sangat tinggi. Tapi last minit, speaker surau jadi kuat lak.. Kira belum start solat (ingatkan dah tak sempat).

Jadi aku cepat-cepat ke surau. Kali ni saja nak buat lain daripada orang lain. Pakai jeans dan kemeja je (plan nak pakai t-shirt ja). Memang lain dan aku buat tak peduli je dekat mata-mata yang memandang (May be raya puasa next year aku nak pakai kemeja gak.. Mesti parent bising)

Kandungan khutbah raya agak menarik kerana aku jarang amik tahu hal ehwal Negara.. Antaranya, tentang laporan Audit yang baru-baru ini dibentangkan, tentang hukum hudud di Malaysia, gejala so sial yang kini semakin parah di Malaysia (ada benarnya sebab dulu aku hanya mendengar, tapi kini aku ada melihat dan apakah harus kubiarkan ia selama-lamanya berlaku?)

Selesai solat sunat raya, aku pun pulang ke Perlis.