Kisah Mimpi..


Dua mimpi dalam satu malam..

Mimpi 1
Aku tak nak cerita sebab sangat sedih & aku harap tak berlaku. Aku rasa macam aku betul-betul menangis dalam tidur. Tapi ending dia melegakan aku. Tapi aku masih sedih. Mimpi semalam macam sambungan dari mimpi 2 hari lepas, tapi 2 hari lepas mimpi yang tak sedih (seronok).

Mimpi 2
Aku mimpi kena kejar mak keliling rumah. Memang masa kecik aku pernah kena kejar, tapi keliling meja & dalam rumah saja (kes malas baca buku, dapat number corot dlm kelas, kes hisap rokok masa darjah 1, dan lain2 kes juvana). Kadang-kadang secara solo, kadang-kadang secara berkumpulan (dengan abang aku).
Selalu rotan payah nak hinggap kat aku sebab aku boleh cilok masuk bawah meja dan pick-up power compare ngan abang aku yang berbadan besar. Tapi dalam keadaan genting macam ni, pick-up abang aku juga power. Bila sekali kena, meraung la jugak dan rotan mesti patah atau hilang lepas tu.

Jalan yang paling selamat (dan selalu digunakan oleh mat2 rempit ketika diserbu polis) ialah lari ke ruang tamu, membuat pusingan U dekat meja depan dan patah balik ke ruang tengah. Di ruang tengah, ada satu lagi meja.. buat pusingan U di situ dan pecut balik ke depan. Lakukan berulang-kali sampai semua orang penat. Kalau boring, sila tukar rentak seperti pusing meja lebih dari satu kali. Lari ke tingkat atas adalah kesalahan yang amat malang sebab jalan mati.

Sepanjang malam aku asyik bersembunyi dan kena kejar. Rasa masa sangat panjang.

Lokasi penggambaran ialah sekeliling rumah mak aku kat kampung. Keadaan rumah, aku rasa macam rumah masa aku kecik2 dulu. Masa belum renovate, ada pokok2 kat depan rumah (sekarang depan rumah dah jadi kawasan lapang).

Rasa memang pelik pasal apa tiba2 aku mimpi cam tu. Tiba-tiba aku rasa macam nak balik Perlis minggu ni. Dah lama tak balik. Kalau balik pun, dua hari saja. Tapi cuma rasa sahaja kut. Minggu ni turun KL lagi kut. Pun tak tentu.

Apa-apa pun, mimpi cuma mainan tidur. Aku tak berapa kisah sangat. Cuma kadang-kala ia mengingatkan kepada perkara yang kita sengaja buat-buat tak ingat.

Kisah Berus

Hai.. Saya adalah seorang sebuah sebiji berus. Memandangkan tuan saya telah lama tak meng’updateblog ini, Saya ingin mengambil kesempatan untuk bercerita tentang kisah saya.

Menurut sejarah, saya diperbuat daripada sabut kelapa. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sabut yang lembut macam tali boleh dibentuk menjadi berus yang keras. Tak mungkin bulu saya disapu dengan gel Brylcream.

Saya begitu riak bangga dengan bulu saya yang mencacak-cacak. Saya dipamerkan di sebuah pasaraya yang terkemuka di tanah air sehinggakan pada suatu hari, saya dibeli oleh tuan saya. Saya begitu gembira mendapat tuan baru (tuan saya). Saya dibawa pulang ke sebuah rumah yang sederhana besar.

Di sini, saya mendapat ramai rakan baru. Saya jarang digunakan berbanding rakan-rakan yang lain. Sebab itu badan saya masih maintain macam dulu. Itulah rahsia saya menjaga badan. Terima kasih kepada tuan saya yang malas baik hati.

Baru-baru ini saya telah didapati hilang. Tuan saya begitu sibuk untuk pindah ke rumah baru hinggakan tak menyedari kehilangan saya. Menurut tuan saya, saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam sebuah telaga. Tak diketahui lama mana, mungkin seminggu, mungkin sebulan. Owh!

Menurut tuan saya, saya dipercayai ditolak ke dalam telaga oleh tikus/tikus-tikus yang jahat. Ini kerana rumah yang saya duduki telah kosong & tiada makanan. Lagi pun tuan saya telah berjaya menangkap sebanyak 5 ekor tikus dalam masa kurang 2 bulan sebelum berpindah. Mungkin mereka menjadikan saya sebagai sasaran dendam kerana tuan saya begitu besar untuk dihumban ke dalam telaga tersebut.

Sepanjang ingatan saya, saya digunakan untuk mencuci kawasan sekitar telaga tersebut. Setelah selesai, saya dibiarkan terbaring di situ dan tuan saya pulang ke rumah barunya. Akibat keletihan bekerja, saya tertidur dan pada masa itulah tikus/ tikus-tikus yang jahat keluar menyerang saya.

Tuan saya begitu yakin saya dianiayai kerana saya memang berada di tepi telaga sebelum dia pulang ke rumah. Lagi pun saya tiada kaki untuk bergerak (kalau tak, mesti tuan saya suruh saya berus sendiri).

Menurut tuan saya lagi, beliau cukup terkejut melihat benda seakan-akan ’benda’ di dalam telaga. Lagipun, telaga tersebut jarang digunakan dan siapa pula yang masuk ke rumah tersebut untuk membuang “hajat“. Tanpa berfikir panjang, tuan saya terus mencurah air ke dalam telaga. Pada masa itulah saya tersedar daripada pengsan dan terus menujah dinding telaga supaya tidak hanyut dibawa arus. Lagi sekali beliau terkejut kerana saya yang disangkakan “benda“ masih berada di situ. Setelah diamati betul-betul, barulah tuan saya menyedari yang benda itu adalah saya.

Masih terbayang bagaimana tuan saya dengan selamba machonya menyeluk tangan ke dalam telaga untuk menyelamatkan saya. Bak kata perpatah; "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Memang sampai ke pangkal lengan pun, malah lebih. Kagum sungguh dengan kehensemannya keberaniannya. Saya merasa amat bertuah mendapat tuan seperti beliau.

Katanya lagi, saya adalah mangsa kedua yang pernah diselamatkannya. Mangsa pertama ialah Motorola V70 yang baru dibeli tak sampai sebulan. V70 terjatuh di dalam telaga di Singapore. Walaupun berlainan negara, tetapi telaganya tetap sama.

Itu saja kisah saya. Babai!!

P/s: gambar saya akan diuploadkan kemudian… ini kerana tuan saya tidak mampu membeli tiada camera yang canggih.