Motor Pancit

Minggu ni motor aku pancit buat kali ketiga dalam masa sebulan.. Pancit kali pertama masa Chinese New Year lepas. Pancit perlahan-lahan. Hari ni ok, esok dah kempis. Bila tukar, pomen cakap tak jumpa apa-apa pun. Tapi aku rasa ada makhluk benda halus yang kasi bocor. Malas nak cakap banyak, aku terima nikahnya saja.

Memang betul, baru tukar tiub, pancit lagi. So aku pegi kedai lain lak. Kasi tau ada bocor halus. Dia punya cari, jumpa dawai halus. Kan dah kata, tak pasal-pasal terbang RM20 untuk tiub saja. Pomen cadangkan supaya pakai tayar tubeless je. Aku mau tunggu sampai tayar botak dulu.

Baru seminggu lebih pakai, pancit lagi. Menurut pomen, rim Honda RS110 memang selalu makan tiub. Apa yang aku perasan, kepala tiub dia agak pendek. Sesetengah pam angin di stesen minyak tak boleh nak pam angin. Selalunya, aku kena keluarkan nut di kepala tiub dulu.

Macam ni punya pancit, tak sempat tunggu tayar yang botak, aku yang botak dulu. So aku terus tukar tayar tubeless. Beza RM10 saja berbanding tayar biasa.



Tak pasal-pasal dapat free gift sebab pekerja dia salah kira

Rock Legend KL live 16 March 2013

Petang sabtu lepas, sedang gua berjalan-jalan di KLCC, gua menerima satu panggilan jemputan untuk ke konsert Rock Legend. Antara band yang akan buat show ialah Bloodshed, Lefthanded, Sofea dan Rusty Blade dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Jebat.

Nama-nama yang pernah top masa zaman rock kapak dulu. Bloodshed yang popular dengan lagu Srikandi cintaku dan Samarkhand, Lefhanded, banyak lagu-lagu yang best, Sofea dengan lagu Orang Timur dan Bunga Padang Pasir dan Rusty Blade dengan lagu Tiada Lagi Aku.


Jadi gua terpaksa membatalkan beberapa appointment malam tu sebab disogokkan dengan tiket free. Pukul 8:30 malam, gua bertolak ke Stadium Chin Woo di Jalan Jebat. Ramai gak orang yang rambut panjang menggerbang kat situ. Dulu-dulu, gua memang teringin nak berambut cam tu. Tapi selalu dicantas orang.


Sampai-sampai je, konsert baru nak bermula. Gua dapat masuk sebagai krew. Mak aih orang.. Ramainya, penuhnya.. tapi kat depan stage je. Tak sampai separuh dewan pun. Rasa cam konsert khas untuk orang-orang tertentu je. Senang sikit gua nak tengok. Tak payah bersesak-sesak.

Persembahan dimulakan dengan kumpulan Bloodshed. Gua cuma tau lagu Srikandi Cintaku dan Samarkhand je. Kemudian persembahan solo Man Kidal dan diikuti kumpulan SYJ @ Sofea. Ahli-ahli Lefthanded lain dan kumpulan Rusty Blade tak nampak bayang pun. Kemudian, ketiga-tiga gitaris bergabung untuk lagu Srikandi Cintaku. Sakit tekak gua sebab tumpang menyanyi.

 Bloodshed

Man Kidal
 
Man Kidal Solo

Sofea

Jebat

Last sekali, persembahan penutup oleh kumpulan Jebat, sebuah kumpulan baru. Dekat banner/ flyer tulis persembahan pembukaan. Agak berterabur sikit penganjuran. Selalunya kumpulan baru sebagai pembuka. Letak kat hujung, memang ramai yang angkat kaki balik. Mungkin ada yang rasa tertipu sebab artis tak semua datang tapi tiket dah bayar. Bagi gua, itu masalah penganjur dengan artis. Adalah sebabnya. Semua orang ada masalah. So, bersangka baik.

Dari Kiri: Man Kidal, Hamdan Bloodshed & Man Rani Sofea