Kisah Kucing

Aku suka kucing. Tapi aku tak bela kucing sebab tiada masa untuk membela kucing. Baru-baru ini ada seekor kucing beranak di belakang rumah aku.. 4 ekor.. Ok, boleh tumpang buat sementara waktu.. nanti bila besar, sila bawa diri masing-masing..

Boleh dikatakan setiap hari aku pegi menjenguk diorang.. Teringat masa kecik, rumah aku ada banyak kucing. Penah aku sampai tertido dalam stor bawah tangga sebab seronok duk layan anak kucing yg baru lahir..

Berbalik kepada kisah kucing kat rumah aku, pagi sabtu, aku keluar untuk beli breakfast.. Sempat aku menyapa jiran sebelah yang nak pergi kerja dan ke balakang rumah untuk tengok kucing.. Tinggal anak-anak kucing sahaja.. tengah nyenyak tido.. comel2..

Kereta jiran aku sudah keluar dari halaman rumah dan ada sebuah Myvi hitam lalu dan terus memotong kereta jiran aku.. tiba2 aku terdengar bunyi seperti bumper kena langgar dan jiran rumah hadapan menjerit (ada bermacam2 jenis bunyi jeritan dan bagi mengelakkan korang membuat bunyi jeritan yang mengarut2, bunyi jeritan beliau adalah seperti berikut… “Auww..”). Kereta myvi tersebut berhenti.. Aku ingat dia terlanggar kereta jiran aku.. kemudian terus beredar.. Aku keluar dari rumah, seekor kucing tengah mengelepar kesakitan di atas jalan. Sekali pandang, semacam ibu kucing yang beranak di belakang rumah aku..

Aku terus mengejar Myvi tersebut dan berborak2 kosong.. kemudian terus ke kedai.. Sampai di rumah, kucing tadi sudah mati.. Semut2 pun sudah sampai untuk mengalihkan kucing tersebut dari tempat kejadian..

Sebelum ni, aku selalu nampak anjing dan kucing kena langgar di atas jalan dan tiada siapa yang ambil kisah termasuk aku (ada ko kisah?... Cak! Cak! Cak!). Aku cuma tumpang bersedih. Apa yang pasti, keesokannya (atau lusa) jalan sudah clear (orang kutip makan buang atau kena lenyek sampai hilang).

Selalunya, aku terfikir apa yang akan terjadi kalau binatang2 tu ada anak kecik & masih menyusu.. apa nasib anak2 diorang (diaekor?).. Dan sekarang ia betul2 berlaku depan aku untuk aku menjawab persoalan tersebut..

Aku ke belakang rumah dengan harapan kucing yang baru kena langgar tadi adalah kucing lain dan ibu kucing tengah menyusu anak2.. 4 ekor anak kucing masih lagi tido dengan nyenyak.. tidur dengan seribu harapan... tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi nanti.. hilang tempat bergantung.. Aku tidak sanggup memberitahu diorang apa yang telah terjadi ke atas ibu diorang (poyo!!)..

Petang Sabtu:
Aku sampai rumah selepas keluar bercuti.. Anak2 kucing sudah mula menjerit2 kelaparan.. Apa yang mampu aku buat ialah memberi susu (sustagen junior 1+).. tapi kucing2 tu masih belum mampu membuka mata (baru umur seminggu) dan tak reti nak minum sendiri.. seekor anak kucing sudah mati..

Bau kucing semua busuk2 sbb bercampur dengan bangkai kawan diorang (telah dikebumikan di tepi rumah aku).. so, aku mandikan guna sabun (Lifebuoy).. Aku harap diorang (diaekor?) kenyang ngan air paip.. semua kucing diam je bila kena mandi..

Malam Sabtu:
Aku ke kedai Haiwan untuk mencari susu kucing & botol susu kucing.. payah gak diorang nak minum sampai keluar ikut hidung..

Pagi Ahad:
Anak kucing tinggal 2 ekor.. sekor kena curi atau kena makan atau ada ibu kucing lain yang sanggup membela.. aku cuma beri susu kepada yang tinggal saja.. pun payah nak menyusu botol.. susu keluar ikut hidung..

Petang Ahad:
Anak kucing tinggal seekor.. sekor lagi kena curi atau kena makan atau ada ibu kucing lain yang sanggup membela.. aku cuma beri susu kepada yang tinggal saja.. pun payah nak menyusu botol.. susu keluar ikut hidung.. ada kesan tapak kaki kucing berhampiran (aku taruk minyak sekeliling bekas supaya semut tak datang menolong).. kucing makin lemah.. tak mampu menjerit tapi masih boleh berjalan..

Pagi Isnin:
Menjenguk anak kucing dengan harapan tinggal bekas saja.. so, settle tanggungjawab aku.. masih ada.. so, bancuh susu.. kucing makin lemah dan hanya terbaring.. susu yang aku suap pun cuma bertakung dalam mulut dan perlahan2 keluar dari hidung (tanda nafas semakin perlahan).. badan kucing rasa sejuk..

Lepas siap2 untuk keja (dalam 30 minit), aku melawat kucing lagi.. sudah tak bergerak.. aku rasa sudah mati.. Aku selimutkan dia dan pegi kerja..
(Balik dalam pukul 8 malam, memang tak bergerak-gerak dalam selimut.. dah mati.. aku pun tanam kat luar pagar..)

Maka berakhirlah sebuah kisah keluarga kucing yang menyayat hati.. (Yeay!!.. ?)

Tiada apa yang menarik dalam cerita ini.. Cuma kisah kucing yang mana nyawa diorang (diaekor?) tiada nilai.. walaubagaimanapun, ia masih sebuah nyawa.. semoga usaha aku yang tak seberapa ini menjadi antara penyelamat aku nanti dan dimurahkan rezeki.. amin.. sekian..


Pesanan Penaja:
No MercyKindle Wireless Reading Device, Free 3G, 6" Display, White, 3G Works Globally - Latest GenerationRecovery