Berani 2013

Alhamdullilah, akhirnya tercapai cita-cita aku untuk menjadi seorang jutawan (serius ni).

Karangan asal lebih panjang. Cuma dipendekkan supaya tiada yang muntah-muntah akibat jeles. Ini cuma salah satu aktiviti yang ada di dalam seminar Berani Mati 2013 oleh Dr. Azizan Osman.


First time aku datang ke program Dr. Azizan.. di Sunway Carnival Convention Center -15 jan 2013 (sape yg datang malam tu, sila hai-hai kalau berani). Sebelum ni walaupun ada seminar percuma, aku sentiasa buat tak peduli dan macam-macam alasan lagi (tak ada masa, masa tak sesuai, malam, hari kerja, malas, takut, bla! Bla! Bla!)

Mungkin kali ini tergerak sebab tajuk dia kot.. Berani 2013. Ntah, memang kali ni aku rasa perlu berani untuk mendaftar dan berani untuk berubah.

Perjalanan seminar memang menarik. Kebanyakan sharing daripada Dr. Azizan menjawab beberapa perkara yang aku pernah jawab/ tak tahu nak jawab/ menjawab dengan kurang tepat semasa bersembang-sembang di kedai kopi.

Bagi aku, tak ada masalah dengan program ni. Ini adalah salah satu daripada marketing strategi (ada terbaca komen-komen negative tentang Dr. Azizan). Apa yang disampaikan adalah sesuatu yang positif dan membuka minda. Terpulang kepada yang menerima samada nak ikut atau buat tak kisah. Bak kata Dr. Azizan masa seminar – Ada aku kesah? (setuju).. 

Aku datang cuma nak tahu bagaimana hebatnya program ni sampai ramai yang telah berjaya mengubah hidup. Kebanyakan isi program aku pernah belajar. Samada secara sendiri atau melalui seminar bisnes-bisnes lain.  So program ni lebih kepada utntuk refresh kembali dan yang paling penting, nak tengok dr. Azizan secara live (huhuhu). Memang dia ada Aura tersendiri (macam aku la gak..)

Aku rasa bersemangat sepanjang program ni (menjerit, menari, bergoyang inul, bershuffle, melompat sana sini – ini sudah tipu sebab aku adalah orang yang sopan santun). Cuma ada sedikit terganggu sebab pak cik kat belakang buat muka kering je. Apa yang orang lain buat, dia cuma berpeluk tubuh saja sambil senyum sinis kat sesapa yang pandang dia.. Cuma aku berbaik sangka kat dia sepanjang seminar. Mungkin dia memang dah lama jadi jutawan dan tak perlu terhegeh-hegeh macam orang lain.

“Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan”