Kisah Seorang Jutawan

Aku seorang jutawan.. (kenapa? tak percaya..) Ya.. diulangi, AKU SEORANG JUTAWAN..

Cermin mata yang baru beli.. tiada kaitan dengan posting kali ini,
tapi ada kaitan dengan apa yang aku lalui hari ni

Rutin harian aku..
Pagi Isnin:
Pagi:
Bye-bye anak-anak dan bini-bini pegi sekolah dan keja. Lepak-lepak breakfast, tengok televisyen (layan drama melayu jup), surfing... layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. sambung tido.. zzzZZZZZZ

Tengah hari:
Wife balik bawak lunch.. makan-makan dan baring-baring sementara tunggu diorang bersiap untuk pegi nursery dan masuk keja balik... Bye-bye diorang.. solat zohor dan tengok televisyen. Surfing sambil layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. telefon pekerja-pekerja tanya bila nak buka gerai tepi jalan dan pasar malam.. telefon bisnes partner yang lain untuk bertanya khabar.. tido sekejup untuk merehatkan badan..

Petang:
Wife dan anak-anak sampai rumah. Standby depan rumah untuk keluar. Jalan-jalan pusing Kulim dan pegi Tesco Kulim. Balik umah.

Malam:
Layan tengok televisyen lagi sambil wife memasak kat dapur. Makan malam. Check hasil jualan hari ini dengan pekerja-pekerja dan tanya khabar bisnes partner yang lain. Memulakan tidur yang sebenar.

Pagi Selasa:
Pagi:
Bye-bye anak-anak dan bini-bini pegi sekolah dan keja. Lepak-lepak breakfast, tengok televisyen (layan drama melayu jup), surfing... layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis.. buat planning untuk mengembangkan bisnes.. sambung tido.. zzzZZZZZZ

Tengah hari:
Wife balik.. keluar lunch di restoran berhampiran (restoran sendiri sebenarnya.. saja tak kasi pekerja-pekerja tau yang datang makan ni tuan diorang.. nanti mesti nak mintak naik gaji nih).. balik rumah dan baring-baring sementara tunggu diorang bersiap untuk pegi nursery dan masuk keja balik... Bye-bye diorang.. solat zohor dan tengok televisyen. Surfing sambil layan chatting ngan member-member yang tengah sibuk curi tulang berchatting dari ofis lagi (senang ek keja diorang.. hari-hari berchatting ngan aku je.. keje ke mengular?).. telefon pekerja-pekerja tanya bila nak buka gerai tepi jalan dan pasar malam.. telefon bisnes partner yang lain bertanyakan khabar.. tido sekejup untuk merehatkan badan..

Petang:
Gi lepak Giant Kulim.. Jumpa pekerja-pekerja kat situ bertanyakan khabar.. Layan karaoke sorang-sorang (Lagu hari ni, Rindu Terhenti (Tomok), Fantasia Bulan Madu (Search), Kamelia (Sweet Charity), Kejora (Search), Cinta Kristal (Rahim Maarof), Taman Rashidah Utama (Wings)).. Pegi mengurut di kedai Takasima.. Letak deposit untuk tempah pengurut badan yang mahal (lagi 2 minggu sampai). Keluar ambil anak-anak dekat nursery. Hari masih awal, bawak bebudak pegi main di Tescco Kulim. Masih siang, bawak diorang pegi jejalan naik motor lak... Balik rumah dan mandikan budak-budak..

Malam:
Wife balik bawak makan malam (nasi lemak mami). Layan tengok televisyen lagi sambil makan malam. Check hasil jualan hari ini dengan pekerja-pekerja.. keluar rumah sebentar untuk bertemu bisnes partner dan pekerja-pekerja.. Memulakan tidur yang sebenar.

Begitulah rutin harian aku.. AKU SEORANG JUTAWAN....
 
Ok lah.. aku terpaksa beransur dulu.. BOS dah call.. dah dua hari MC. Mesti banyak keja yang nak kena follow up..

Buku yg aku ada:
Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth 

Aktiviti Mingguan (7 May 2011)

Weekend ni tiada aktiviti yang berfaedah aku buat. Semuanya kurang menjadi. Mengecat pagar cancel (tiada reply dari pengecat). Repair alarm pun cancel. Janji hari ni, tapi call tak angkat. Macam ni lah selalunya sampai setahun tak settle-settle (Aku akan buat aduan dekat Tribunal Pengguna nanti).

Petang jaga budak sebab mak dia keluar meronggeng. Petang yang panas buat kitorang tidor dalam aircond sampai petang.

Malam lak member ajak lepak kat tempat minum yang ada aura punya (naik suspen lak bila dia ckp cam tu). Member yang agak lama tak jumpa (drummer gua). Lepak bincang-bincang pasal projek baru dan nak start balik aktiviti jamming.

Masih dalam pertimbangan aku sebab aku terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain yang membuat aku terpaksa menggantung sementara gadget-gadget aku.