Ribut Di Penang (13 Jun 2013)

Hari ni aku gi keja bawak motor baru yang dah tamat tempoh cukai jalan. Sebelum ni aku bawak motor lama sebab takut ada roadblock. Padahal motor lama pun ada potensi disaman sebab nombor plate tak berada di tempat yang sepatutnya dan tak ikut spec.

Tak tau kenapa aku nak bawak motor baru walaupun memang nak bawak motor lama sebab laju dan sah di jalanraya.

Jadi, lepas kerja aku balik cam biasa. Sebelum masuk jambatan pulau pinang, hujan mula turun dan jadi makin lebat. Ada hikmahnya atas perasaan tak sedap hati nak bawa motor lama. Motor lama tak ada penapis udara. Kalau hujan lebat, confirm sangkut tengah-tengah hujan sebab air masuk dalam kaburator.

Sampai je ke mainland selepas tol (7:15pm), kereta dah tak bergerak dan nampak ada pokok tumbang di kawasan tempat bas kilang menunggu. Dan punca kereta tak bergerak disebabkan sebatang pokok tumbang merentas jalan. Motor pun sangkut, tapi lepas gak sebab cuma ada satu lorong saja muat-muat motor.

Yang ternampak, sebuah kereta, van dan motor yang kena hempap. Bomba sampai dan menjalankan tugas mereka dengan pantas. Terima kasih bomba.. anda hebat! Sebarang kemalangan jiwa tidak dapat dipastikan. Sila tanya di balai polis yang berdekatan anda.