Bila Kancil bergaduh


Kejadian yang berlaku awal minggu lepas di Bukit Mertajam. Kisah terjadi apabila kereta kancil1 (belakang) memotong barisan di traffic light ke Jalan Rozhan, Alma (Kadang-kadang ada polis tunggu di depan. Saman RM300 je). Bila lampu hijau, dia cilok masuk ke kanan. Tindakan tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati kepada kereta kancil2 (depan) dan dia kasi hon panjang. 

Kereta kancil1 yang mencilok masuk bawak dengan perlahan. Kancil2 memotong dan bawak lagi perlahan. Kancil1 memotong kembali. Kancil2 cuba memprovoke kancil1 dengan memandu rapat-rapat. Kancil1 brek mengejut dan kancil2 mengelepar tekan brek. Kancil2 potong balik dan suruh kancil1 berhenti. Kancil1 tak layan dan terus jalan. Kancil2 potong semula dan terus berhenti mengejut. Kancil1 terlanggar bontot kancil2.

Kancil2 keluar dari kereta dan marah2 kancil1. Bila kancil2 menendang2 kancil1, gua merapatkan motor ke sebelah diorang dan menengok apa yang perlu. So kancil2 berhenti menendang. 

Kancil2 balik ke kereta, ingatkan dah settle tapi dia keluarkan sebatang besi. Time ni gua ke belakang semula supaya motor gua tak kena ketuk dan ada jarak untuk gua rakam. So berlaku acara belasah menggunakan besi. Gua tak tolong leraikan sebab tengah sibuk merakam (Video tak perlu gua viralkan).

Kemudian datang pak cik helmet biru untuk leraikan. Masa tu gua sudah kat sebelah diorang. Kancil2 masih tak puas hati dan nak membelasah. Gua perasan dalam kancil1 ada kanak-kanak menangis buat gua rasa panas. Satu ayat gua kat kancil2 buat dia berundur. Nasib baik dia mendengar kata (kalau tak dengar kata, nak lawan memang tak terlawan lah dengan saiz badan dia camtu). Gua cuma mampu tunjuk kad kuasa gua atau tiup kasi dia tumbang kat situ. 

Masing-masing dinasihatkan buat report kat Balai Polis. 

Begitulah kisah perganduhan antara kancil. Sebagai peringatan dan langkah keselamata, cuba bertolak ansur, tahan sabar (Sebab tak tahu orang di sebelah pihak bagaimana.. Ada senjata, agak bahaya). Kalau gua, lebih suka berdiam dan mengalah.. Kemudian, execute plan B... ;)