Pak Ngah meninggal dunia

Tanggal 2 Januari 2013, bapa saudara aku (Pak Ngah Karim) telah pulang ke rahmatullah setelah sebulan lebih dimasukkan ke hospital akibat sakit.
 
Aku berkesempatan pulang untuk menziarah buat kali terakhir (Sempat berjumpa dan berbual dengan Pak Ngah dua hari sebelum tu).

Tahun Baru 2013

Dah masuk 2013 ek.. Masa begitu cepat berlalu.. Bagi yang membuat azam tahun 2012, ada yang tercapai, ada yang tak tercapai dan ada yang dah tak ingat apa azam dia..
 
Aku seperti biasa, dikatakan mencapai lebih daripada matlamat sebab tiada azam yang dibuat.. Jadi apa-apa yang berlaku adalah satu kejayaan.. (boleh gitu?)
 
Walaupun "mungkin" kita tak berjaya dalam apa yang kita usahakan, bukanlah itu penamat segalanya.. Natijah sesuatu perkara/ kejadian itu cuma dua;
1) Ganjaran &
2) Pengajaran..
Kedua-duanya baik untuk kita.
 
Azam aku untuk 2013 akan dibuat selepas pertengahan bulan ini.. Kenapa? Adalah sebabnya.. Sebab apa? Sebab belum fikir lagi sebab-sebabnya (Itu baru belum fikir sebab-sebabnya, belum lagi fikir pasal azam)..
 
 
 
Tindakan luar biasa mencapai impian tidak menunggu tahun baru akan datang kerana tahun baru tersebut adalah SEKARANG! - Petikan daripada status Facebook DAO