Pak Ngah meninggal dunia

Tanggal 2 Januari 2013, bapa saudara aku (Pak Ngah Karim) telah pulang ke rahmatullah setelah sebulan lebih dimasukkan ke hospital akibat sakit.
 
Aku berkesempatan pulang untuk menziarah buat kali terakhir (Sempat berjumpa dan berbual dengan Pak Ngah dua hari sebelum tu).

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Semua orang semakin dimakan usia.
 
Dulu, semasa aku kecik, selalu aku dengar/ ziarah orang-orang yang meninggal dunia daripada kalangan datuk-datuk dan nenek-nenek. Kini, bila aku sudah dewasa, kerap aku dengar (ziarahnya jarang) orang-orang yang meninggal dunia daripada kalangan bapa/mak sedara. Dan selamanya akan datang, akan ramai daripada batch-batch aku (batch anda pulak bila?).
 
Apa-apa pun, kematian tidak mengikut batch. Itu cuma contoh kekerapan mengikut batch sahaja. Kematian akan datang bila-bila masa. Tak kira tua atau muda.
 
Pengalaman mengiringi jenazah Pak Ngah ke tanah perkuburan sehingga selesai dikebumikan sedikit sebanyak menginsafkan aku yang masih hidup. Dan aku tersedar yang aku dah lama tak ziarah kubur di kampung (dah berapa kali raya.. T T).
 
Apa yang pasti, mati itu pasti. Apakah persediaan kita? Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
Al-fatihah buat Arwah Pak Ngah (Abdul Karim b. Hj Abas).
 

No comments:

Post a Comment