Sesat dalam rumah

Petikan daripada Harian Metro 17 Feb 2011.
Di zaman yang serba memerlukan duit, manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkannya.

Kes biasa yang selalu didengar ialah pecah rumah, ragut dan sebagainya yang melibatkan kerugian di sebelah pihak yang lain, malah kadang-kadang melibatkan kecederaan.

Kebiasaannya, kita memasang jeriji besi (Grill) bagi melindung rumah daripada dipecah masuk. Bagi yang berkemampuan, akan memasang system penggera bunyi (alarm system) dan CCTV. Bagi yang lebih mampu, akan pasang pengawal keselamatan dekat rumah.

Bak kata orang, kalau pencuri nak pecah masuk rumah, pasang je apa2 pun, dia akan cuba nak pecah gak. Cuma benda-benda tadi mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam melindungi harta benda.

Tapi jangan lupa, antara pelindung harta yang paling berkesan ialah berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta. Tidak dinafikan, terdapat amalan-amalan yang boleh menjaga harta benda berpandukan al-quran dan hadis.

Kes sesat dalam rumah ini merupakan kali kedua aku terbaca di dalam akbar (dengar cakap orang pun ada berapa kes). Kedua-dua kes berlaku di rumah orang yang dah berusia (orang muda sekarang banyak merempit je). Aku percaya pak cik tuan rumah ni mesti mengamalkan ayat2 tertentu (antaranya banyak amalkan ayat kursi) untuk melindungi harta benda dia.

credit to kidopo.com for the image

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.

Pesanan Penaja:
Practical Street Self-Protection Vol.2: Locks, Strikes & Transitions to Stop an Attacker QuicklyThe Truth About Self Protection