Orkestra

Orkestra (orchestra), ialah sekumpulan besar pemuzik yang memainkan pelbagai alat muzik bersama-sama dan diketuai oleh seorang konduktor..

Muzik yang jarang aku tengok masa kecik2 dan akan menukar channel lain. Bagi aku, orchestra ni sesuai untuk orang-orang tua.. Sebab genre aku lebih kepada metal dan rock (Rock oo).

Dulu yang selalu aku ingat, kalau orchestra mesti RTM punya, kalau RTM mesti untuk orang-orang tua punya (hahaha)..

Antara yang aku masih tak faham, kenapa perlu ada conductor kat depan tu sedangkan pemuzik2 kebanyakannya sibuk melihat note muzik kat depan diorang.. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang melihat gelagat konduktor yang menari sorang-sorang. Ada yang cam terover sikit siap dengan mimik muka lagi.. padahal pemuzik semua sibuk tengok note.

Semalam secara tak sengaja, aku terbuka channel RTM TV2. Kebetulan ada kumpulan orchestra sedang perform. Macam mana aku boleh terlayan pulak siaran ni sampai habis lak.. 

Ntah tiba-tiba aku rasa tertarik lak bila diteliti betul-betul. Irama mungkin tak masuk dengan aku.. Tapi cara diorang perform, agak menarik.. terlalu detail dan profesional.. main ikut notes, bukan cam aku bila jamming, main ikut suka hati je.. Kamera  zoom kat sorang-sorang, dan masing-masing dengan cara masing-masing.. bila digabung kesemuanya, menghasilkan satu irama yang cukup indah.. 

Antara yang menjadi konduktor ialah Dato’ Dr. Johari Salleh. Aku cuma pernah mendengar nama sahaja. Cuma baru tau siapa dia malam tu. Agak hebat walaupun kekadang rasa kelakar sebab pemuzik lain tak tengok dia pun.. Antara yang lain ialah Dato' Mokhzani Ismail. 

Ramai artis-artis yang menggunakan khidmat orchestra.. Mula-mula aku dengar dulu, band favorite aku, Metallica.. pelik tadi menarik.. dan best..

Band Malaysia pun ada gak seperti Search, Jinbara (tu je yang aku ingat.. artis solo cam Shella Majid)

Aku rasa teringin untuk melihat secara live satu hari nanti (harap ada yang tolong sponsor)