Happy Birthday to me...

Pukul 3 pagi lebih.. Aku rasa susah nk tido.. bukan kerana hari ni birthday aku.. Cuma terbayang2 kata nasihat daripada seorang ex-engineer yg baru berumur 24 tahun (24 tahun sudah jadi ex).. cuma 15 minit bersembang.. tapi buat aku pikir berjam2..

Dari segi pelajaran, mamat ni agak hebat.. darjah 4 sudah lompat kelas (aku penah dengar ada exam yang boleh skip darjah 4). Pas tu sambung belajar di sebuah Universiti di German. Berjaya habiskan degree yang tempoh 6 tahun keseluruhan dalam masa 4 tahun..

Lepas habis belajar, penah menjadi engineer di Dubai sekejup sebelum balik ke Malaysia. Di Malaysia pun bukan engineer biasa. Engineer yang berkelas. Kelas mende ntah.. Aku nak kena check balik dengan dia. Baru aku tahu, engineer pun ada kelas2nya.. Patut lah kerjaya yang menjadi cita2 aku dari kecik untuk jadi kaya, lum mampu membuat aku jadi kaya.. apatah lagi Jutawan.. hutangwang ada la… Rupanya aku termasuk kelas yang salah kut.. (Bak kata salah sorang pekerja senior aku.. "Aku ada peta untuk jadi kaya, tapi peta yang salah.. sebab tu aku tak kaya-kaya").. ini cuma kata2 dia.. bukannya aku nak kata keja aku tak ok, OK sesangat..

Tapi big bos aku selalu kata kami berada di tempat yang betul.. You’re the chosen one.. orang lain kat luar bermati-matian nak keja di tempat kitorang, tapi kitorang amat bernasib baik… Disclaimer: Paragraph ni aku cuma merapu je, bos aku tak cakap cam tu pun (Ayat cover in case bos aku adalah pelawat tegar secara senyap blog aku.. :p)..

Kelas yang dimaksudkan mamat ni mungkin seperti bidang mana yang korang nak masuk lepas grad.. Boleh dikatakan semua orang dalam satu batch akan mendapat segulung ijazah dan membawa haluan masing2 selepas tu.

Ada yang masuk line Oil & Gas, ada yang masuk line R&D (Rehat & Duduk), Manufacturing, Production dan ada yang masuk penjara lain-lain. Semua lebih kurang sama je.. Jadi ENGINEER.. tapi mungkin dengan tangga gaji yang sedikit berbeza.. Masing2 boleh berbangga dengan jawatan terkini. Tapi perubahan akan nampak dalam masa 5 tahun akan datang di mana pada masa tu ada yang bergaji melebihi 5 angka (aku sikit lagi tu), hampir mencecah 5 angka atau RM5 ribu pun tak sampai lagi..

Ok.. ini antara sedikit point dari mamat tu dan diputarbelitkan dihuraikan lebih panjang mengikut citarasa aku.. Aku mula faham di mana aku selama ini.. Sebelum ni aku cuma tahu, tapi tak faham.. Tak faham kerana kurang faham, tak nak faham dan salah faham (ada faham?).. Ada lagi point2 berguna lain yang mana tak perlu kut aku cerita..

Aku akan berjumpa mamat ni lagi (setelah dioffer beliau) untuk belajar apa2 yang patut. Hebat mamat ni bila orang tua berumur 30 lebih sanggup nak belajar dengan dia.. Untuk ini aku perlu membuang segala ego yang ada.. Ego tak akan membawa aku ke mana..

Akhir kata, Happy birthday to me..

Saya budak baru belajar

Boleh Click image bawah:
Rich Dad's Before You Quit Your Job: 10 Real-Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion-Dollar BusinessRich Dad's Retire Young, Retire RichRich Dad Cashflow for Kids

2 comments:

  1. bergaji melebihi 5 angka (aku sikit lagi tu)>>sangat hebat statement ini :P
    p/s:nk no tepon mamat tu bleh.hahaha =)

    ReplyDelete