Kisah Motor Lagi

Hujan yang lebat di atas Jambatan Pulau Pinang. Motor aku meluncur gagah di dalam hujan lebat kali ini. Satu pencapaian terbaik di mana motor aku tak mengalami batuk2 atau sesak nafas macam kebiasaannya yang mana memerlukan aku berhenti seketika untuk memujuknya kembali berjuang..

Mungkin sebab aku menukar arah kaburator menghala ke kiri. Kebiasaannya kaburator dan lubang udara dihalakan ke hadapan. Antara sebab motor semput kerana kaburator dimasuki air. Lagi pun air filter memang tak pasang (supaya bunyi garang sikit, tambah pick-up, makan minyak dan sedikit rasa poyo). Bukan setakat air boleh masuk, pasir dan cicak pun boleh masuk (kalau besar sikit, silap2 kucing pun boleh masuk).

Aku sentiasa mengelakkan motor aku daripada disimbah air pada sebelah kiri motor tapi ada juga motor2 nakal yang memotong di sebelah kiri.

Aku sudah hampir sampai ke rumah,  tiba-tiba motor aku membuat tanda-tanda semput. Seperti minyak hampir kering. Aku cuba sedaya upaya menambah kilometer. Akhirnya, suasana malam yang tadinya rancak, tiba-tiba menjadi senyap. Seperti berlakunya sebuah kematian. Ya, kematian enjin motor aku.. isk!

Perkara pertama yang aku buat ialah membuka seat motor. Penutup minyak tak tutup, antara andaian awal ialah penutup minyak tak tutup, jadi minyak meresap keluar sampai habis , minyak kena curi dan yang paling popular tak isi minyak lepas bayar.

Jadi cabaran kali ini memerlukan aku menolak motor di dalam hujan sejauh hampir 1 kilometer. Kurang mencabar kerana tak terlalu jauh dan tidak panas (tapi tak sanggup aku kalau saja2 nak tolak)

Keesokannya, aku ke stesen minyak yang aku isi minyak semalam dan bertanya sama ada pernah tak dibuat dek orang selepas bayar terus blah. Dan secepat kilat dia kata ya dan terus memberi refund.

Pesanan penaja:
LEGO DUPLO® LEGOVille Petrol Station 5640Imco Windproof Petrol Lighter - StreamlineUpscale OGIO Metro Nylon Backpack with Laptop Pocket

2 comments: