Kebakaran kedai 3 tingkat di Bukit Mertajam

Kebakaran yang berlaku semasa aku dalam perjalanan balik dari kerja. Bertempat di Bukit Mertajam/ Bukit Minyak/ Bukit Tengah (nanti aku check). Lebih kurang pukul 11 malam. Sebuah stor simpanan mainan kanak-kanak.

Sebanyak 11 buah truk bomba yang sempat aku kira berada di tempat kejadian. Rasa respek kepada pasukan bomba yang bertungkus lumus memadam api. Korang memang hebat.

Ramai orang awam yang berada di tempat kejadian untuk menonton (termasuk aku). Dan ramai yang melihat dari dekat (tidak termasuk aku) di mana boleh mengganggu tugas bomba dan menghadapi risiko yang tak terjangka seperti letupan dan sebagainya.

Gambar tak se'ngeri' ketika berada di tempat kejadian.

Apa-apa pun, janganlah bermain dengan api. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi (ini sudah mengarut & keluar tajuk)

The King Is DeadSummer at Willow Lake

No comments:

Post a Comment