DIY Project : Memasang lampu bilik

Projek hujung minggu aku kali ini ialah memasang lampu di dalam bilik stor rumah aku. Developer rumah aku cuma menyediakan satu point sahaja. Samada untuk lampu atau kipas. Bijakkan? Tak susah pun kalau nak buat dua point semasa dalam proses pembinaan. Cuma masukkan wayar lebih je dalam saluran wayar. Nampak senangkan? tapi mungkin bersebab kenapa developer cuma buat satu point saja.

Yang aku nampak, kalau tambah satu wayar live kat situ akan memerlukan lebih kurang 6 meter wayar. Nampak sikit je kan? Tuan rumah pasang sendiri takkan tak bolehkan? Janganlah nak berkira sangat dengan developer.. Kami mana untung banyak pun (ayat selalu aku dengar dari mana2 peniaga). Oklah tak banyak, aku boleh pasang sendiri banyak mana aku suka..

Kalau kat sini ada 100 buah rumah yang sama jenis dengan rumah aku, developer dah save 60 meter wayar. Belum campur ada beberapa tempat lagi yang hanya ada satu point saja. Lagi yang aku nampak bila renovate bahagian dapur, ada beberapa biji bata yang dicilok antara rumah jiran dalam bahagian siling (mana ada orang nk buka siling untuk check). Mungkin juga bersebab. Untuk pengaliran udara dalam siling dapur yang baik sepanjang teres rumah aku kut. Atau untuk memudahkan tikus berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain.

Cuma yang aku hairan, kenapa ada dua soket plug dalam satu bilik yang kecik yang aku rasa tak perlu ada pun. Kalau sebelah menyebelah atau dekat dinding yang bertentangan masih ok lagi, tapi ini di atas dan bawah sahaja.

Projek mengambil masa aku selama dua jam. Agak lama sebab aku bukannya superman wireman.

Sebelum

Sudah Siap

Tadaaa.......

Pesanan Penaja:
Black & Decker The Complete Guide to Wiring: Upgrade Your Main Service Panel - Discover the Latest Wiring Products - Complies with 2008 NEC (Black & Decker Complete Guide)Step-By-Step Guide Book #1 Home Wiring ManualComplete Wiring (Stanley Complete)

2 comments:

  1. good job.well done.lulus jd wireman.hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau ada masalah wiring, contact saya.. :)

    ReplyDelete