Popia Durian..

Durian sekarang sudah ada dijual di tepi-tepi jalan walaupun musim sebenar (menurut penjual durian) ialah bulan Jun/ Julai nanti.

Durian merupakan favourite aku dan cuma aku seorang je peminat tegar buah durian dalam rumah aku.

Seperti biasa budget aku untuk sebijik durian ialah RM10 ke bawah je. Tak perlu beli masa harga RM20 sekilo.

Aku selalu menunggu masa ada jualan lelong dan kebetulan sudah ada dijual secara lelong. Jadi dapatlah RM10 untuk 4 biji.. Memang banyak, tambahan untuk sorang makan je..

So aku plan untuk jadikan popia durian bagi mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bau durian dalam rumah.

Cara proses menanggalkan isi durian yang aku buat AMAT tidak sesuai untuk aku hidangkan kepada sesiapa. Cam mana tu? Lu pikir la sendiri.. :D Tapi untuk sendiri makan, tak kisah lah..

Kekadang tepikir gak cam mana proses yang diorang buat sebab aku selalu gak beli popia durian kat luar.. adeh..

(Semalam aku mimpi aku hidang popia durian aku kat kawan-kawan.. Sape kawan-kawan tu, aku terlupa lak.. tapi tak sampai hati lak nak kasi tau jangan makan sebab awal-awal lagi dia dah bedal, tak sempat nak kasi warning.. apa-apa pun, memang aku tergelak-gelak dalam tido semalam)

Hasil kerja aku

Iklan (boleh click untuk maklumat lanjut):

Durian:Danielle Crispy Fruit Chips, Golden Durian, 1.6-Ounce Bags (Pack of 6)Dodol Durian

No comments:

Post a Comment