Campak bayi marahkan isteri

Petikan daripada Harian Metro 20 Jan 2009. Ada gak manusia bodoh macam ni...

Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my



AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.

Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



Fonts.com

Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL 23)

Dah lama aku tak ikut perkembangan AJL.

Kalau masa dulu2, aku siap ke rumah tok untuk tengok AJL sebab kat rumah aku tak de TV3 (tv hitam putih je). Bila tengok balik flashback lagu-lagu yang berentap masa tu, kebanyakannya memang best2. Walaupun tak menang, tapi lagu dia aku rasa boleh 'makan' lagu2 yang dipertandingkan beberapa tahun kebelakangan ni.

Tapi bila setiap tahun asyik muka sama je yang menang (mungkin bukan genre kegemaran aku) aku dah tak follow AJL. Pas tu kebanyakan lagu bukan lagu favourite aku. So, memang tak amik tau habis.

Tahun ni aku tengok gak AJL. Itu pun sebab ada fav singers such as Faizal Tahir (suara cam ni baru boleh kata rock) dan MUH. Lain-lain pun not bad. Ada yang aku sempat tengok, ada yang tak sempat sebab aku ada keja yang perlu dibuat.

"Lagu Untukmu"
pernah jadi OST untuk drama series 'KAMI'. First time dengar, memang rasa quite impress with the song plus jalan cerita yang menarik. Dengan nama kumpulan yang tak penah dengar & unik, (Kumpulan Jumpa Pak Hussein) aku rasa diorang boleh pegi jauh (kalau record bersih la). Tak sangka pulak diorang masuk AJL (Tak tau sebab tak penah follow rancangan Muzik-muzik).

Apa-apa pun, layannn..



Free Font