SMS di Tengah Malam

Benda pertama aku nak cakap ialah, "aku pakai tepon iphone celup". hehehe!... Benda kedua lak, "aku nak beli Droidpad".. tapi belum mampu (Sila hulur bantuan bagi yang mampu).

Hari itu, aku pulang lewat atas satu urusan kerja/ perniagaan/ rasmi. Dalam pada sibuk merempit sorang2 di atas Penang Bridge, tiba2 aku ternampak seorang minah mamat tengah menolak motor sorang2.

Aku mengambil masa selama lebih kurang 5.3278 saat (memang Gaban lagi cepat dari aku) untuk berfikir sama ada untuk tolong atau biar je dia exercise tengah2 malam. Akibatnya, memang terlajak dan aku terpaksa reverse motor aku (heran motor aku leh reverse? jangan herannn)

Aku pernah mengalami situasi cam ni. Cuma waktu siang dan panas. Berpeluh2 gak aku tolak motor masa tu. Motor2 yang lalu masa tu cuma lalang sahaja atau dengan kata lain cuma lalu-lalang saja (ayat apa ni). Dalam sibuk-sibuk aku menolak motor, ada sorang tua yang baik hati berhenti untuk tolak motor aku.

Aku rasa sangat berterima kasih kat brader yang tolak motor aku dari atas bridge hingga ke kedai motor yang berjauhan (atas Penang Bridge mana ada kedai motor yang berdekatan) tanpa mengira bangsa, kaum dan rupa paras.

Banyak benda yang aku terfikir kalau jumpa kes2 cam ni. Antaranya, aku tak akan berhenti tolong kalau:
- Ia berlaku di jalan yang sunyi. (takut kena rompak)
- Ada pembonceng dan kedua2nya lelaki (kalau betul2 rosak pun, at least ada teman)
- Pakai baju putih yang labuh & rambut mengerbang
- aku rasa malas nak menolong... hehehe!

Dan aku akan berhenti kalau:
- ia berlaku di jalan yang ramai orang. (dalam kes ni, aku tolak ke kawasan Perindustrian Perai, mmg sunyi)
- Ada pembonceng dan salah sorang daripadanya perempuan (bukan nak menggatal, tapi untuk keselamatan)
- perempuan cun? (harharhar)
- aku rasa rajin nak menolong

Portable Tow Truck (black)21st Century Breakdown Limited Edition 2 CD w/Bonus Live Disc!

Aktiviti Mingguan 2 (20 Feb 2011)

Hari Ahad, aku tak ke mana-mana. Sambung kemas bilik stor. Kertas dan plastik dah banyak terkumpul. Jadi aku call kedai barang lusuh untuk datang kutip segala mak nenek sampah-sarap. 

Sepatutnya lori sampai pukul 12:30 tgh hari, tapi sampai pukul 3:30 petang pun belum sampai. Call kali pertama, lagi satu jam sampai. Kali kedua, baru nak bertolak dari Butterworth. Kali ketiga, terus tak angkat (Accident kut, semoga tiada yang buruk2 berlaku).  

Nak tak nak, aku kena buang gak sampah-sarap ni sebab semua dah tersedia longgok dekat luar rumah. Dengan ada tanda-tanda hari mau hujan lagi. Jadi, penuh gak kereta ngan sampah-sampah ni.


Hasil jual sampah hari ni:
Kertas 16kg x 30 sen = RM4.80
Plastik 8kg x 70 sen = RM5.60
Tin 4kg x 30sen = RM1.20
Tembanga 1kg x RM18 = RM18.00
Total RM29.60..

Ok la sikit pendapatan hari ni. Rasa berbaloi sikit kalau nak bandingkan masa zaman ekonomi kurang baik dulu (baca di sini).

 Starting from Scrap: An Entrepreneurial Success StoryWhat Can We Do With Garbage?: Sampah Bisa Diapakan Ya?

Aktiviti Mingguan 1 (19 Feb 2011)

Minggu ni aku melawat kedai tayar sebab kereta berbunyi bising (berdengung). Kebiasaannya bearing rosak atau bunga tayar tak sekata. Tapi aku pernah check dulu masa mula2 bunyi. Cuma bunga tayar saja tak sama, bearing masih elok. So, tak de effect sangat dekat fuel consumption (bearing rosak, minyak hirup kuat sikit).

Kali ni saja je nak tanya lagi sekali (walaupun akan tau jawapan yang sama). Memang betul, bunga tayar tak sekata tapi kali ni ditambah dengan bearing rosak kedua2 belah tayar belakang (alamak!). Lagi dua tayar depan dah botak. So, kena tukar semua tayar..

Aku plan untuk repair bila dapat gaji. Tapi atas keterroran orang kat kedai tu physcho aku (Power Selling - How to Convince People to Buy What You Sell), maka terpaksalah aku mengalah.. Maka terbanglah duit aku (belum terbang lagi, next month punya bill kredit kad baru terbang) seperti berikut:

Tayar dua biji = RM250
Bearing 2 bijik = RM130
Brake pad (sempat lagi diorang suh tukar) = RM70
Tube 2 bijik = RM6
Allignment = RM12

Semua berjumlah RM468. So, tergoreslah hatiku kad aku sebanyak RM450 (lagi RM18 pandai2lah diorang korek kt mana2 atau dengan kata lain, diskaun)

Lain2 benda yang perlu ditukar kat kereta ni:

- Tayar 2 bijik yang dah botak (~RM250)
- Absober belakang pun dah rosak, sebab tu bunga jadi tak sekata (~RM190)
- Pipe getah water cooler dah keras dan tunggu masa untuk bocor (~RM1++)
- Bawah keta ada rosak (menurut kata pomen), sebab tu tayar jadi tak sekata.. (RM3++)
- Dalam keta bau asap. Aircond dah service, enjin dan tune, tapi tak settle gak. Next buat full piping kt ekzos lak (~RM4++)
- Ada banyak lagi benda nak kena tukar kat keta berusia hampir 10 thn ni.
- Tukar keta terus. (~RM200k)

Your Essential Car Buying Guide: : Save A Bundle Of Money When You Buy A New Or Used Car!