Mimpi yang serius tapi kelakar


Aku dah terlupa jalan cerita mimpi aku, tapi aku masih terasa kelakar.

Ceritanya mungkin begini (sebab aku terlupa lak tapi mungkin beginilah), aku mimpi aku di asrama Sekolah Menengah Derma (sekolah lama aku tu, jadi budak sekolah balik).

Lokasi : ntah di mana (tak serupa asrama aku pun)
Watak utama : aku (mimpi aku, akulah hero, takkan nak amik Rosyam Nor lak, mana ada budget nak bayar)
Watak pembantu : Cik Din kut (dia memang junior aku kt sekolah dulu, masa aku form 5, dia form 1)
Watak heroin : Tiada sbb jalan citer tak memerlukan watak pompuan.
Watak2 lain : Orang yang aku tak kenal pun (orang awam yang ada berhampiran kut, lagi pun diorang tak de dialog pun)

Sinopsis cerita:
Aku dekat asrama (best gak tinggal kt asrama). Pas tu aku marah kt Che Din sebab dia amik barang aku? Tak nak kasi barang kat aku? Atau apa2 yang buat aku marah lah..

Punya lama aku bersabar dan menunggu peluang. Bila peluang dah ada, aku tangkap Che Din, aku tumbuk belakang dia dua kali kuat2 (Amik ko Che Din, degil sangat).

Tiba2 aku terkejut dan terjaga dari tidur sebab aku dengar ada orang menjerit sebab kena tumbuk. Rupa-rupanya aku tumbuk wife aku kat sebelah.. tepat kat belakang sama cam dalam mimpi lak.. Pas tu aku gosok2 balik dan sambung tidur.


The King Is DeadThe Social Network (Two-Disc Collector's Edition) [Blu-ray]

‘Berpesta’ pungut syiling atas lebuh raya

Petikan daripada Harian Metro 19 Jan 2011. http://www.hmetro.com.my/articles/2011011901000820110119010008/Article

Peluang di depan mata. Tapi jangan lupa, ia masih ada pemiliknya. Berapa banyak yang dapat di'cekau' masih belum cukup untuk meng'kaya'kan diri sendiri. Bagi yang jujur, akan menyerahkan kembali kepada tuan punya. Bagi yang tidak jujur, akan menyerahkan kepada diri sendiri.. hehehe..


SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.

Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.

Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.
PUNGUT...pengguna jalan raya memungut syiling yang bertaburan.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.
 
“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
 
Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.
 
Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.

Projek Hujung Minggu

Weekend ni aku menyambung projek memasang kipas ruang tengah tingkat atas yang terbelengu irama terbengkalai hampir setahun. Antara sebab2 terbengkalai kerana:
- Wiring yang tak betul (Wire live ke kipas sentiasa ada current).
- Lampu ruang wardrobe kena guna Main Circuit Breaker (MCB) untuk on/ off (tak penah dibuat orang)
- Wiring dibuat oleh orang lain (aku bayar, so malas nak kacau hasil keja orang lain)
- Dalam siling panas macam Sauna (tak tahan beb).
- Buat kerja tanpa bayaran.

Hari ni aku nekad untuk troubleshoot apa yang patut dan secara positifnya untuk membakar lemak2 di badan.

Aku mula balik dengan mengira jumlah wire dari siling ke dalam dinding (dah penah buat dulu, tapi berhenti separuh jalan). Ada 9 wire putih dan 2 wire hitam. Next, aku kira wire yang keluar dari dalam dinding. Ada 10 dekat master bedroom dan 3 dekat ruang tengah (total 13). So, ada 4 wire lebih yang perlu aku cari punca.

Kertas Kerja

Dipendekkan cerita, maka siaplah aku mentrouble shoot wiring (senangkan?) dan aku kurang lagi 2 wire untuk lampu dan kipas. So, dinding terpaksa di'hack' untuk wire tambahan.

Wiring baru untuk kipas dan lampu

So satu hari dihabiskan untuk betulkan balik wiring. Antara penambahan baru ialah wiring untuk kipas dan lampu ruang tengah (kalau kena kilat, kemungkinan besar dinding akan pecah), dimming switch untuk master bedroom, suis ke wardrobe. Kipas siap dipasang keesokkannya.

Suis tambahan

Kipas dalam proses pemasangan


Kipas yang sudah siap dipasang

Projek tambahan : Memasang lampu tidur bilik belakang

Projek seterusnya, mengecat rumah dan mengemas stor.


Pesanan Penaja:
BrothersThe Social Network (Two-Disc Collector's Edition) [Blu-ray]