Tag from Qim

Tag from Qim thru my facebook.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

(To do this, go to "notes" under tabs (or the + sign) on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your 25 random things, tag 25 people (in the right hand corner of the app) then click publish.

Mengada2 lah Qim ni...

Aku:
1. Suka korek hidung.
2. Makan apa saja. (5 bintang kpd kedai makanan yg jual murah tapi isi banyak. Taste no. 2)
3. Suka simpan rambut panjang
4. Suka catit no. plate kenderaan yang penah kurang ajar dengan aku.
5. Selalu gosok gigi 1 kali sehari
6. Selalu mandi 1 kali sehari. Kadang2 tak mandi satu hari selagi badan berbau wangi..
7. Ada 3 bijik gitar karen (Fender, Yamaha, Vantage),
8. Ada 1 gitar kapok
9. Ada 1 gitar bass (Samick)
10. Ada 1 electric drum
11. Ada 1 drum set
12. Ada complete jamming set tapi jarang pakai..
13. Ada sekor anjing hitam ('Bela' kat luar rumah)
14. Suka mengemas rumah (bila suka saja)
15. Tak suka Mc Donald, KFC & sewaktu dengannya. Sebab: Mahal, tak sedap, tak menyihatkan badan.
16. Tak suka diperintah.
17. Buat home wiring sendiri
18. Selalu pokai
19. Nak beli Keyboard baru (Keyboard lama orang pinjam & tak pulangkan.. kalau terbaca sila pulangkan balik, pinjam = hutang)
20. Malas
21. Ada satu juta.. (serius weh)
22. Korang semua kena tipu.. harharhar
23. sebenarnya aku ada berjuta-juta.. (kali ni serius weh)
24. korang kena tipu lagi sekali... harharhar
25. Berapa juta aku ada pun, korang peduli apa...

OK.. dah cukup 25.. my next victims:
1) Syemy
2) Opiey
3) Dean
4) etc..

Sepetang di kedai Motor..

Kedai motor Ah Seng... Motor pancit + Chain set dah haus... Aku pun haus, so aku pegi la amik buah limau kat dalam kedai Ah Seng.. (dalam bakul, dah lembik pun..)

Aku : Pak cik.. Limau?
Pak Cik (salah sorang customer) : Tak pa.. tak pa.. Pak Cik dah bla! bla! bla! (aku tak dpt tangkap.. lagi pun tangan dia tunjuk merata tempat..)
(Lepas tu kitorang start borak.. habis dia guessed aku dari mana, anak sapa, motor sapa.. tapi semua tak kena/betul)

Pak Cik : Ni motor bapak hangkan?
Aku : Tak, ni motor saya..
Pak Cik : Mmmm, bukan motor bapak hang ka?
Aku : Bukan..

Bla.. bla.. bla..

Pak Cik : Hang keja kat mana?
Aku : Keja Kilang je pak cik.. Kilang Moto..
Pak Cik : Kat Penang tu?
Aku : Mmmm..
Pak Cik : Naik motor ni?
Aku : Mmmm..
Pak Cik : Uihh?!
Aku : (Kenape.. tak percaye..)

Bla.. bla.. bla..

Pak Cik : Company ni ok kut..
Aku : Okkkk..
Pak Cik : Gaji pun ok kut..
Aku : Okkkk..
Pak Cik : Ada sampai lapan ka?..
Aku : Lapan?..
(Uih! Banyak tu pak cik ni teka gaji aku.. sampai RM8k tu.. Mungkin aku nampak macam loaded kut walaupun aku cuma bawak motor buruk, pakai selipar, seluar pendek bawah lutut ngan t-shirt je..)
Aku : hehehe.. gaji ok la.. tak la sampai banyak tu pak cik.. (Tapi sikit lagi nak sampai.. increment bulan April ni, sampai la kut..)

Mungkin dia tak dengar jawapan aku, dia tanya sekali lagi..
Pak Cik : Ada sampai lapan ratus ka gaji kat situ?.. mesti lebih kut.. company besaq..
Aku : Erk?! (Neng! Nong! Neng! Nong!....)


Mmmm.. termasuk kali ni, dah berapa orang guess lebih kurang camtu.
antaranya:
Kes 1
Orang1 : Hang keja mana?
Aku : Keja kilang je.. (Aku suka jawap cam ni.. macam iklan gelang Edymium.. merendah diri)
Orang1 : Ooo.. Operator?
Aku : Erk?! tak.. (mmm.. patut kena start guess dari manager dulu, baru turun satu2...)
Orang1 : Supervisor kut?
Aku : tak..
Orang1 : Technician kut?
Aku : Mmm.. lebih kurang la..

Kes 2
Beberapa tahun yang lepas...
Aku : Weh! Gaji aku RM5 sebulan.. Hang caya tak?
Orang2 : (Tengok atas bawah + tengok Motor buruk aku).. Blah la hang... Gaji aku pun RM10k..

Kes 3
Masa tengah isi minyak.. aku drive sorang2 balik KL..
Orang 3 : Nak pegi mana?
Aku : Balik KL pak cik..
Orang 3 : Dah start cuti?
Aku : Ha'ah.. (Sabtu ahad memang cuti pun)
Orang 3 : Belajar kat mana?
Aku : Ngeee..


Aku mungkin dah patut gunting rambut ni.. Tapi rambut aku masih pendekkkk... Kes 3 tak de kaitan ngan rambut panjang.. mungkin keta yang aku drive nampak macam keta pinjam kut.. macam parent kasi pinjam untuk pegi sekolah.. memang pinjam pun.. ngeee...