Salah Parking

Hari ni aku (dan semua orang di opis aku) mendapat email seperti berikut:


FW: Incorrectly parked car at Cyberplex

To : ALL CYBERPLEX
Will the owner of Car No. PHL**** (PH Low?), please remove your car IMMEDIATELY !!
Please register your car with Cyberplex Security , as our Security does not have your car record.

Regards,
Serina

Selalunya orang park di luar kotak parking dan kebiasaannya security akan meletak notis salah parking di cermin kereta. Tapi kes ni agak menarik sikit kerana tak pernah aku jumpa sebelum ni.

Aku pun tak pasti macam mana dia ni boleh parking kereta cam ni. Antara andaian yang boleh dibuat ialah:
- Parking sudah penuh.
- Datang waktu tengah malam dalam keadaan mabuk masa kereta tak banyak. Kebetulan ada sebuah kereta yang reverse parking, so, dia ingat dia parking di dalam kotak yang betul (menghadap kereta depan)
- Tak tarik hand brake. So sesape je (termasuk tuan punya kereta) boleh tolak ke belakang
- Tak puas hati kat seseorang
- Saja nak popular
- Saja nak buat lawak
- Putus cinta
- Dapat rating Need Improvement (NI)

Apa-apa pun ada sebab kenapa dia parking sebegitu. Tak baik berburuk sangka.. hehehe

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemilik kereta terlupa menarik hand-brake. Sekian.

Pesanan penaja:



MAXSA Innovations 37356 Park Right Yellow Parking Mat Wrong Way Sign - 24x18Park'N Place

Humaira's First Day of School (Tadika)

Hari ini merupakan hari pertama Humaira ke sekolah tadika. Semua orang excited. Mama papa sampai buat kenduri ambik cuti. Yang jarang mandi pagi (adik) pun turut bangun mandi pagi macam dia pun nak pegi sekolah.
Ready to school

Saya pun sudah ready nak ke sekolah

Reader Rabbit ToddlerKid on the First Day of School

Motor Pancit

Setelah sekian lama aku berulang-alik ke tempat kerja, akhirnya pancit jua tayar motor aku. Kira satu pencapaian yang baik bagi tiub tayar motor ni berkhidmat untuk aku. Kalau nak diikutkan, pernah baru satu hari tukar tiub, esok dah pancit balik. Gara-gara penabur paku di atas jambatan Pulau Pinang yang ingin mencari duit mudah.


Rasa-rasa lebih setahun tayar dan tiub (tayar depan je la, tayar belakang jangan harap la lebih setahun kalau asik main drift je) tak ditukar. Sudah tiba masanya untuk aku menukar tayar baru (tayar botak bukan alasan untuk menukar motor baru)


Pesanan penaja:

Slime Powerspair - 48 Piece Kit Tire Repair KitPark Tool TR-1 Tire and Tube Repair Kit