Aku dan Handphone baru.

Hari ni genap sebulan aku beli handphone baru, Blackberry Blueberry.. Tapi agak malang belum sempat sebulan, handphone sudah bertukar milik atau dengan kata lain, sudah hilang..

Soalan Lazim: Cam ne leh hilang tu?
Jawapan: Begini kisahnya...
Kisah 1
Aku sedang memandu kereta, kemudian tepon berbunyi. So aku jawap.. lepas jawap, aku letak atas riba (sebab kalau nak masukkan balik dalam poket, aku kena berdiri macam yang selalu aku buat masa naik motor.. lagi satu korang penah berdiri dalam kereta? Aku penah, masa kecik2 dulu)

Lepas sampai ke destinasi, aku terus melompat keluar (Wah! Bunyi macam naik kuda lak).. so korang boleh agak2 lah apa yang terjadi.. lagi pun handphone aku terletak dalam sarung kulit.. memang jatuh pun tak berbunyi (kecuali ada orang call baru berbunyi)...

Kisah 2
Aku sedang memandu kereta, kemudian tepon berbunyi. So aku jawap.. lepas jawap, aku letak atas riba (sebab kalau nak masukkan balik dalam poket, aku kena berdiri macam yang selalu aku buat masa naik motor.. lagi satu korang penah berdiri dalam kereta? Aku penah, masa kecik2 dulu)

Lepas sampai ke destinasi, aku terus melompat keluar (Wah! Bunyi macam naik kuda lak).. sambil memegang handphone dan sekeping kertas, aku berjumpa seseorang sambil bertanyakan sesuatu tentang isi kandung kertas tersebut (ayat skema)..

Aku sudah lupa sama ada aku tunjuk kertas atau tunjuk handphone.. aku pun tak berapa ingat dia pegang kertas atau pegang handphone.. aku pun hilang akal sama ada dia kasi balik benda yang dia pegang atau tak.. yang pasti, kertas ada di tangan aku dan handphone tak ada di tangan aku..

Kisah 3
Aku sedang memandu kereta, kemudian tepon berbunyi. So aku jawap.. lepas jawap, aku letak atas riba (sebab kalau nak masukkan balik dalam poket, aku kena berdiri macam yang selalu aku buat masa naik motor.. lagi satu korang penah berdiri dalam kereta? Aku penah, masa kecik2 dulu)

Lepas sampai ke destinasi, aku terus melompat keluar (Wah! Bunyi macam naik kuda lak).. sambil memegang handphone dan sekeping kertas, aku berjumpa seseorang sambil bertanyakan sesuatu tentang isi kandung kertas tersebut (ayat skema)..

selepas bersembang2, aku terus blah sambil ketawa berdekah2.. aku melambai kepada beliau dan beliau mengucapkan terima kasih atas sesuatu yang tak pasti.. aku pun tak pasti, yang pasti handphoneku sudah lesap.. adakah aku dipukau?

Kisah 4
Aku sedang memandu kereta, kemudian tepon berbunyi. So aku jawap.. lepas jawap, aku buka cermin kereta dan campak keluar (Lepas pakai, buang lah).. so abis citer..

Soalan: Apa ko rasa lepas ko buang tepon tu?
Jawapan: Aku rasa lega sikit.. lepas ni aku boleh beli handphone lain lak..

Secara peribadi, aku tak berapa kisah sangat setakat hilang handphone, Cuma sedikit ralat sebab:
1) belum sampai sebulan aku beli (eh! Waranty leh cover kalau hilang tak?.. :p)
2) banyak contact dan SMS yang aku masih simpan sejak dari tahun 2003 lagi (so, sesapa kenal aku, sila update nombor anda..)
3) Aku tak buat phone lock.. so, penerima handphone aku mesti tengah berlagak macam orang kaya sekarang..
4) Ada gak aku simpan nombor account bank kawan2 dan sedara.. so, bersedialah korang untuk menerima duit yang tak disangka2 nanti.. (yg ni tak rasa ralat pun)

Cubaan pertama untuk call nombor aku berhasil. Tapi tak berjawab.. Seterusnya terus off (atau sudah kena lenyek berdasarkan kisah 1 dan 4).. oklah, mungkin penerima aku offkan tepon sebab masih malu dan terhutang budi kat aku.. so, satu SMS dilayangkan oleh Sid kepada nombor aku “Tlg pulangkan hp saya. Ganjaran akan diberi. Jika abaikan, saya tuntut di akhirat. Sila simpan no. ini. 013XXXXXXX.” Eh! Nampak kelakarlah ayat ko Sid.. ada aku suruh tulis cam tu? pandai2 je ko.. Aku baru je dapat mesej ni lepas buat sim card baru (ada 3G lagi)..

Oklah.. aku nak mula menabung untuk beli handphone baru lak.. sesapa yang nak menderma dialu-alukan..