Tiba-tiba meletup kisah tentang kejadian yang berlaku di Forum
Suara Mahasiswa, UUM. Sebenarnya awal-awal lagi aku dah nampak orang share
video kejadian yang berlaku di wall facebook aku. Cuma aku tak ambik kisah
sebab rasa macam tak best je. Lebih seminggu, tiba-tiba jadi hot bila melimpah-limpah
status pasal benda ni di wall page facebook aku.
Kebanyakan status menghentam Presiden Suara Wanita 1Malaysia
(SW1M) Sharifah Zohra Jabeen (ada sorang dua kut yang menyokong). Macam-macam bentuk
kutukan yang ditujukan kepada Cik Pah (panggil cik pah leh? Pendek sikit). Aku
pun rasa macam tak patut dengan tindakan Cik Pah bila baca apa yang ditulis oleh
kebanyakan orang (boleh kata semua).
Jadi aku pun rasa nak tengok apa yang berlaku. Video yang
sama tapi dengan cara promosi yang berbeza.. Pertama kali orang upload – aku tak
berminat nak tengok (mungkin tajuk tak menarik dan aku sendiri yang malas nak
amik tahu). Kemudian, aku rasa terpanggil untuk tengok apa yang berlaku (disebabkan
testimoni daripada facebooker yang telah menonton dan poster-poster yang
mengutuk, perli, puji dan lain-lain). Satu marketing strategi yang berkesan.
Sedutan video:
- Ikrar beramai-ramai. Lama aku tak berikrar macam ni..
huhuhu
- Part Bawani menyuarakan pendapat. Aku rasa cara
penyampaian terlalu bersemangat dan emosi. Nampak macam menghentam. Orang yang diajukan
soalan lak, boleh rasa tercabar. Kira orang yang ditujukan kena kaw-kaw. Kalau duduk
rapat-rapat, ntah berapa kali kepala kena karate dengan tangan dia. Aku rasa
intonasi nada suara kurang sesuai dengan keadaan dan orang yang dia nak luahkan
perasaan cinta.
- Part Cik Pah mencelah. Satu tindakan untuk memancung
daripada terus diserang dan melalut lebih jauh. Bagi aku, biasa je. Lagi pun
itu program dia. Cuma beberapa point yang aku nak highlight:
1) SW1M mewakili kerajaan? (kurang selidik sikit.. tapi ada
1M kira ye la kut). Cik Pah kata jangan bandingkan dengan negara lain.
Tiba-tiba aku teringat kerajaan selalu banding-bandingkan harga minyak dengan negara
lain. Ok, cuma terfikir saja.. bukan kondem tau.. :)
2) Pergi ke negara-negara yang dicadangkan. Satu cadangan
yang kurang baik sebab ramai member-member aku yang berkerja di luar negara tak
bercadang untuk balik ke Malaysia. Aku nampak diorang agak hebat dari segi financial
dan lifestyle. Aku rasa rendah diri dan jeles... Huhuhu
3) Perbandingan mengenai education level. Dulu-dulu, sapa
yang sekolah tinggi, kira hebat. Kalau masuk university, lagi hebat.. Apa lagi
kalau sampai oversea, ada master, ada phd lagilah super-duper hebat.. Aku antara
yang teruja hingga hampir sampai ke oversea (tapi terkandas.. huhuhu). Kalau ada
qualification, hidup terjamin (statement zaman dulu). Adakah ia masih relevan lagi
sekarang. Bukan nak cakap tak sekolah tinggi pun ok, cuma dah ramai kat
sekeliling aku yang sekolah tak tinggi tapi berpendapatan sangat2 tinggi..
4) Haiwan? Apa-apa je lah, janji masa terisi.. Haiwan apa yang nampak happy? Jawapannya ialah semut.. Suka hati je nak buat sarang dalam laptop aku. Siap keluar main-main kat keyboard aku lak. Penyet kang.. Cuma part
lembu kambing tu nampak macam Cik Pah ni vegetarian lak. Dalam Islam dibenarkan makan
haiwan tersebut melalui proses penyembelihan yang betul supaya tidak menzalimi
haiwan. Kenapa manusia rakus lak. Oklah kalau statement ni datang dari non-muslim.
Part burung? Aku rasa aku paham burung apa yang Mat Lutfi maksudkan dalam video parody
dia.. huhu
Lain-lain berkaitan emosi. Masing-masing ada hak untuk
mempertahankan diri.
Hal yang terjadi cuma sebahagian daripada hal dalaman forum
tersebut yang mana tak perlu diperbesarkan (kut.. bagi aku la). Cuma malang
bagi Cik Pah, ia dirakam dah diupload untuk tontonan satu dunia dan menjadi
bahan senda dan makian. Sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi beliau.
Jadi, lebih elok jaga tepi kain sendiri kerana kita tidak
tahu bila pulak giliran kita dirakam dan diupload ke Youtube.. hehehe..