Superpapa

Minggu ni, anak aku yang paling kecik (bukan bongsu) kena admit dekat hospital sebab banyak kahak dalam paru-paru. Paling kurang mau seminggu kena tahan. Bermakna seminggu lah aku kena mengasuh anak-anak sorang-sorang. Jadi, inilah kisahnya..

Hari Pertama (isnin)
Lepas hantar anak-anak ke tadika, aku terus ke KPJ untuk check baby lepas berapa hari tak ok-ok. Kesian lak tengok baby susah nak bernafas. So bila doctor check, memang kena admit. Tak packing apa-apa pun sebab ingatkan boleh balik. So terus check in. Cuma dapat bilik untuk 4 orang sebab yang bilik sorang dah penuh.

Antara kelebihan bilik 4 orang, ada kawan, bapak tak boleh tido situ dan insuran cover penuh. Antara kelebihan bilik sorang lak, boleh buat macam hotel. Bapak boleh tido sekali. Cuma insuran tak cover penuh.

Petang wife balik ambik budak-budak sebab nak packing pakaian dia sekali. So malam datang semula bawak budak-budak.

Bila habis masa melawat (kul 10 lebih), memang kena balik la. So, Insyirah (anak 2nd) yang tak biasa berenggang dengan mama dia, asyik menangis dalam kereta sampai ke rumah.

Beg untuk ke sekolah esok dah siap. Tak banyak aktiviti sangat. Semua cepat tido. Aku dan budak-budak tido atas lantai sebab dekat dengan tepon (tengah charge). Takut bangun lambat sebab tak dengar bunyi alarm.

Hari Kedua (Selasa)
Pagi, budak-budak senang nak bangun mandi. Cuma insyirah asyik menangis nak mama. Tak nak ke sekolah.

Petang lepas keja, aku ambik diorang dekat tadika. Bawak jalan-jalan pasar malam beli makanan untuk alas perut, beli kain meter untuk aktiviti menjahit (hobby baru aku kut).

Lepas solat maghrib, keluar rumah untuk ke hospital. Kebetulan jiran sebelah gelak kuat sebab tengah tengok tv. Insyirah dengan kuat panggil kakak dia. “Along! Cepat.. Kat sini ada syaitan”. Hoh! Ntah jiran boleh dengar ke tak.

Balik dari hospital, Insyirah asyik menangis lagi. Sampai rumah pun menangis. Aku buat tak kisah sebab nak mengemas.

Humaira (anak 1st) lak sampai-sampai rumah, terus keluarkan baju-baju yang dah pakai dari dalam beg dia dan beg adik dia untuk masukkan ke dalam mesin basuh. Lepas tu dia masukkan baju mama dia dari hospital dalam mesin basuh.

Sambil-sambil tu lari pegi atas atau tempat yang hujung-hujung untuk menangis dengan penuh perasaan tanpa meninggikan suara. Kadang-kadang tengok duk sembang dengan dinding sambil menangis. Siap ngan tangan lagi. Pas settle, sambung buat keja balik. Bila lalu depan aku, muka tunduk untuk cover. Tak nak aku tau dia menangis. Aku pun tolong gi kutip mana-mana baju yang dah pakai untuk basuh.

Sementara tunggu mesin basuh menjalankan keja dia, Humaira dengan sendiri angkat beg-beg sekolah ke atas. Siapkan beg dia dan beg adik untuk esok. Bila check, semua dah tersedia. Pakaian untuk lepas sekolah, tuala, pampers adik dia etc.

Lepas siap membasuh, angkat kain untuk jemur. Humaira datang tolong buang baju-baju yang dah kering dari penyidai. Sambil sembang-sembang dengan dia, dia lipat baju-baju yang dah kering dan susun sekali dengan baju yang dah lipat. Hasil keja agak sama dengan orang tua buat. Agak kemas (dan laju). Aku rasa sedikit touching tengok budak 6 tahun buat keja dan nampak tabah.

So lepas habis sidai baju, aku suruh dia stop melipat untuk tido. Tak payah lipat semua. Simpan sikit untuk mama dia melipat nanti. Sempat gak dia pesan suruh citer kat mama yang dia buat keja-keja ni (sampai sekarang aku tak cerita pun).

Hari Ketiga (Rabu)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah cam biasa, menangis nak mama. Tak nak ke sekolah.

Petang wife amik budak-budak sebab dia nak tengok rumah (Rumah kami sangat lawa kut).

Balik dari hospital, Humaira dah tak sabar-sabar nak sampai rumah sebab aku nak menjahit baju. So, masing-masing excited nak tengok aku menjahit. Itulah aktiviti malam tu. Membuat baju kurung dalam masa kurang dari 2 jam sampai tertido.

Hari Keempat (Khamis)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah dah OK. Tak menangis sangat. Tapi masih tak nak ke sekolah.

Petang wife amik budak-budak lagi.

Malam tak ada aktiviti. Sembang-sembang, main-main sikit, terus tido.

Hari Kelima (Jumaat)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah dah OK. Pegi sekolah dengan happy sebab hari ni ada birthday party.

Petang aku ambik budak-budak sebab baby dah boleh keluar. Semua happy.

Sepanjang minggu aku menjadi pengasuh, ada gak sedikit-sebanyak yang aku belajar.
1) Budak-budak (merujuk kepada anak-anak aku) ni baik sebenarnya
2) Budak-budak ni senang je nak tido. Cara dia, tutup lampu je. Tak sampai 5 minit dah lelap.
3) Budak-budak ni senang je nak bangun dengan mudah (ada caranya). Selalunya jenuh berperang.
4) Diorang happy dan tak buat perangai sangat (sebab aku kasi perhatian kat depa)
5) Budak-budak semasa kecik perlu perhatian ibu-bapa, bukannya duit yang banyak. Perhatian lak memerlukan MASA. So terpulang kepada anda berapa banyak MASA yang anda nak kasi kat anak-anak. Jika masa kurang sebab terikat dengan kerja, itu cuma alasan mudah. Jika semasa kecik, kurang beri perhatian, tak mustahil bila besar nanti, diorang akan cari perhatian orang lain (GF, BF). Mungkin itu antara penyebab gejala sosial yang makin banyak berlaku.
6) Aku dapat flashback masa aku kecik-kecik dulu. Parent aku tak lah berduit sangat (macam aku). Tapi diorang banyak MASA dengan aku.

Bila jadi kes cam ni, aku mula terfikir untuk mencari atau membeli MASA (sape ada nak jual?).