Minyak naik 20 sen...

Ya.. Ini bukan lagi cobaan.. Minyak petrol RON95 naik lagi 20 sen daripada RM1.90 seliter kepada RM2.10. Facebook wall aku dipenuhi oleh update tentang minyak je dalam sehari dua. Ada yang menyokong dan ada yang tak sokong. Dan ramai di pihak yang tak menyokong.

Sejujurnya, aku sendiri kurang bersetuju dengan kenaikan ini walaupun tak terkesan sangat dekat aku. Cuma yang aku pasti, akan ada segelintir (ramai kut) golongan yang akan menerima impaknya.

Dari pihak pemerintah, pengurangan subsidi tersebut dapat menjimatkan RM1.1billion sehingga hujung tahun ini. Ia bertujuan mengukuhkan ekonomi negara. Ini soal masa depan ekonomi negara (kata Najib).

Aku juga melihat dari pelbagai sudut tentang kenaikan minyak ni dari segi positif dan negatifnya. Aku tertarik dengan penjelasan tentang kenapa minyak tidak perlu dinaikkan di Malaysia (negara pengeluar minyak) walaupun harga minyak dunia naik. Cara dan strategi tersebut memang sangat-sangat logik tapi mungkin tak diterima kerana beliau bukannya ahli politik kut.

Walaubagaimanapun, di sebalik kenaikan minyak, terdapat PELUANG untuk aku bertindak.




No comments:

Post a Comment