Selamat Hari Buruh (1 Mei)

Selamat menyambut hari buruh kepada semua buruh-buruh yang menyambutnya tak kira yang kasar, lembut, paksa atau suka rela (suka hati). Posting ini tidak dilayangkan pada 1 Mei kerana aku juga sibuk menyambutnya.

Walaupun aku berdegree, berkerjaya professional (kata orang la) dan berpendapatan hampir lima angka, tapi aku masih dalam kategori pekerja tidak berpengetahuan (baru aku tau masa nak isi borang cukai BE). Menurut pegawai LHDN, pekerja berpengetahuan "Knowledge worker" ialah mereka yang terlibat dengan Projek Iskandariah (Ooo.. lagu tu ka).

Tak kisahlah apa-apa pun, yang penting masing-masing riang.

Cuti kali ni, aku beraya pulang ke bandar Kuala Lumpur. Cuti yang tak seberapa kali ni aku guna untuk lepak dengan kawan-kawan bersama-sama keluarga.


 Hi papa! Cheese...

 Eh! Ini sudah lebey...

Ah! ada aku kisah..

Di Sunway Carnival Seberang Jaya, Penang

Terdetik seketika kan best kalau hari-hari macam ni. Tapi kesempatan macam ni cuma bila tiba hari cuti sahaja.

Aku mungkin ada peluang sebegini suatu hari nanti tapi mungkin selepas aku mencapai umur pencen. Dan watak kanak-kanak masa tu ialah cucu-cucu aku bukannya anak-anak aku. Masa untuk anak-anak aku sekarang banyak "dilaburkan" di tempat kerja untuk kesenangan masa depan.

Adakah aku selesa dengan keadaan sekarang (Bergaji hampir lima angka). Jika ya, aku boleh teruskan seperti biasa. Jika tidak, buatlah apa yang patut (bila la nak meniaga kat pasar malam ni). Segala TINDAKAN bermula daripada PERMIKIRAN.

Akhir kata, Selamat Hari Perkerja... Kerja rajin-rajin, bila rajin, bos pun sayang...

Labor Day: A NovelLabour Day