Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Selamat Hari Buruh (1 Mei)

Selamat menyambut hari buruh kepada semua buruh-buruh yang menyambutnya tak kira yang kasar, lembut, paksa atau suka rela (suka hati). Posting ini tidak dilayangkan pada 1 Mei kerana aku juga sibuk menyambutnya.

Walaupun aku berdegree, berkerjaya professional (kata orang la) dan berpendapatan hampir lima angka, tapi aku masih dalam kategori pekerja tidak berpengetahuan (baru aku tau masa nak isi borang cukai BE). Menurut pegawai LHDN, pekerja berpengetahuan "Knowledge worker" ialah mereka yang terlibat dengan Projek Iskandariah (Ooo.. lagu tu ka).

Tak kisahlah apa-apa pun, yang penting masing-masing riang.

Cuti kali ni, aku beraya pulang ke bandar Kuala Lumpur. Cuti yang tak seberapa kali ni aku guna untuk lepak dengan kawan-kawan bersama-sama keluarga.


 Hi papa! Cheese...

 Eh! Ini sudah lebey...

Ah! ada aku kisah..

Di Sunway Carnival Seberang Jaya, Penang

Terdetik seketika kan best kalau hari-hari macam ni. Tapi kesempatan macam ni cuma bila tiba hari cuti sahaja.

Aku mungkin ada peluang sebegini suatu hari nanti tapi mungkin selepas aku mencapai umur pencen. Dan watak kanak-kanak masa tu ialah cucu-cucu aku bukannya anak-anak aku. Masa untuk anak-anak aku sekarang banyak "dilaburkan" di tempat kerja untuk kesenangan masa depan.

Adakah aku selesa dengan keadaan sekarang (Bergaji hampir lima angka). Jika ya, aku boleh teruskan seperti biasa. Jika tidak, buatlah apa yang patut (bila la nak meniaga kat pasar malam ni). Segala TINDAKAN bermula daripada PERMIKIRAN.

Akhir kata, Selamat Hari Perkerja... Kerja rajin-rajin, bila rajin, bos pun sayang...

Labor Day: A NovelLabour Day

CNY 2011

Selamat tahun baru cina kepada rakan2 yang meraikannya. Aku pun menanti2kan ketibaan CNY, sama seperti perayaan yang lain. Bukan untuk beraya, tapi untuk bercuti.. J

Gong Xi Fai Cai

CNY tahun ni aku balik Perlis (selalunya balik KL). Aku menukar rancangan sebab parent aku balik Perlis lak. Lagi pun next week aku akan jumpa dengan parent-in-law di Perak.

Jumaat 4 Feb 2011
Aku bertolak balik hari jumaat pagi dan bajet sampai sebelum solat Jumaat. Tapi disebabkan terlupa menampal roadtax baru (tertinggal kat rumah lak), aku terpaksa berpatah arang balik. Kena lak masa on the way balik, ada road block dekat Bukit Mertajam. Naik cuak gak masa tu. Nak lagi cuak, polis memang check roadtax kete satu2.

Aku cuba buat biasa saja. Tak tunjuk rasa takut atau bersalah. Nanti lagi la dia suspect something wrong. Sampai turn aku, aku control senyum sambil angkat tangan, dia tengok roadtax, then dia suruh jalan.. Mak aih! Lega gila.. apa lagi, blah je la.. Tak kan nak suruh dia saman lak. Apa2 pun, terima kasih banyak2 kepada polis tersebut.
Mungkin dia tak perasan sebab tahun yang sama (2011) atau setakat 4 hari je roadtax mati, boleh jalan lagi, kesian kat aku nak renew beribu2. Dia tau aku tengah sengket kut. Atau aku bermuka innocent kut (ada cahaya lagi.. blink2.. hehehe).

Solat jumaat memang confirm tak sempat sampai Perlis. Jadi, aku check-out dekat Sg. Petani Utara jup untuk mencari masjid. Tinggallah anak bini aku dalam keta sambil mendengar khutbah (semoga ada manfaat, aku pun tak ingat isi dia sebab macam biasalah.. isk! Bukan aku sorang beb).

Aku sampai dalam pukul 4:30 petang dan terus bergerak melawat rumah sedara mara.
Malam lak, aku lepak dinner di sebuah restoran yang nampak macam popular di Perlis. Kira popular gak sebab macam ramai orang je malam tu. Kebetulan ada penggambaran daripada pihak TV3 masa tu. Restoran apa tak ingat la (Saja buat2 tak ingat sebab aku tak dibayar untuk mempromosikan restoran tu pun.. mungkin di lain entri) Ada pengacara Qi Qushairi (pengacara destinasi budget, x-drummer OAG) kat situ. Mungkin ada shooting rancangan macam Jalan-Jalan Cari Makan kut.
Van TV3

Nasi Goreng

Aku malas nak tegur Qi lepas diorang habis shooting sebab aku tak bawak DSLR aku. Orang lain pun buat biasa je, malu la aku tetiba je nak gi salam2 dan suh dia bayarkan untuk aku (Qi, andaikata ko terbaca entri aku ni, sila contact aku untuk apa2 yang boleh dibuat, bergambar, belanja aku makan, jamming?)

Sabtu 5 Feb 2011
Aku tak ke mana-mana. Cuma bersiap2 untuk berkonvoi balik Kulim dan shoot gambar-gambar di sekitar rumah.

Sangkar baru yang lebih besar dan selesa





Sepah bulan?

Setiap yang bernyawa pasti akan mati: Cicak

Ikan

Mempelam dah berbunga. Tempahan bagi kawasan Kulim/ Penang boleh dibuat sekarang :)

Pokok Kurma

Pokok Mempelam

Pokok Pisang

On the way balik, ada satu lagi road block di Highway Arau-kodiang. Perjalanan pergi balik kali ni agak lancar tanpa ada kereta2 bodoh lagi sombong yang kasi high beam (macam la laju sangat pun). Cuma di kawasan Bertam, traffic agak perlahan dan dihiasi oleh beberapa kereta yang memotong di lorong kecemasan. Terima kasih kepada polis traffic yang sedikit sebanyak mengubat sedikit hati orang ramai yang agak panas dengan situasi begini dengan menyaman kereta2 tersebut.

Pesanan penaja:

Two (2) Chinese Paper Dragon DecorationsLunar Astrology Feng Shui Gift Idea - 8" Lucky Red Chinese New Year Envelopes - Pack of 40

2011 Holiday Trip : Pulau Pinang

Percutian pertama bagi tahun 2011 ialah di Penang (Penang lagi). Hotel pilihan kali ini ialah Hotel Equatorial yang terletak di Bukit Jambul. Antara sebab hotel ini menjadi pilihan sekeluarga ialah ia bertaraf 5 bintang, harga di dalam bajet (bajet duit plastik), bilik yang luas (hotel lain pun luas gak.. saja nak puji hotel ni dengan harapan pihak hotel akan kasi penginapan percuma di masa hadapan) dan yang utama ialah majlis dinner company wife aku diadakan di sini. Jadi, terus check-in saja kat sini.

Aku menempah hotel ini melalui Agoda.com. Mudah (dari rumah saja), ada diskaun dan ada rebet untuk penempahan seterusnya.

Untuk gambar yang lebih jelas dan banyak, sila klik di sini

Sigh No MoreKindle Lighted Leather Cover, Black (Fits 6" Display, Latest Generation Kindle)

2010 Holiday Trip : Batu Feringghi

cMemandangkan tahun 2009 aku tak bercuti mana-mana, maka tahun 2010 dimulakan dengan satu percutian yang hebat.. iaitu Batu Feringghi (bunyi tepukan gemuruh+ kerusi tumbang)..

Soalan lazim: Eh Acid! Ko bukan duk Penang ke? Buat apa ko nak bercuti kat Penang?Jawapan1 : Aku hari2 cuma keje kat Penang, bukannya hari2 bercuti kat Penang..
Jawapan2 : Nasib baik aku duk kat Penang, kalau aku duk kat Johor, kan penat tu nak travel ke Penang untuk bercuti.. harhar
Jawapan3 : Duit aku (eh! Bukan ada orang sponsor ke?).. ikut suka akulah.. harhar

Soalan lagi: pi Batu Ferringhi aje bawak anak ko jenjalan? x syoknya..Jawapan1 : aku bawak anak aku gi jejalan kt kolam tepi umah aku pun, anak aku dh syok.. budak2 x kisah mana2 pun, asal rasa seronok jadi la..
Jawapan2 : lg pun batu ferringhi ramai pelancong asing, so, rasa cam kat oversea lak.. kalau aku cakap kitorang gi US pun, anak aku akan ingat sampai tua yg dia penah gi US.. harhar

Hotel pilihan kali ini ialah Hotel Hydro Majestic yang terletak di Batu Ferringhi. Lagipun hotel2 lain spt Hard Rock, Bayview Beach etc yg harga RM500 ke atas telah habis ditempah sempena tahun baru (esok cuti, hari ni baru rasa nak gi bercuti.. kadang2 best gak buat keja last minute ni)..