Ini adalah kenderaan pertama aku
yang dibeli setelah 10 tahun bekerja (baru mampu.. lamakan?). Dibeli
menggunakan wang simpanan sendiri dan didaftarkan atas nama sendiri.
Aku beli motor baru ni pun sebab
motor lama sudah tak mampu untuk jalan jauh. Setiap 3 bulan mesti kena tukar
rantai kecik. Penat weh duk keluar masuk spital motor (bengkel).
Tak susah rupanya nak beli
kenderaan. Mula-mula beli nombor plate (kalau rasa kaya, boleh masuk tender
untuk nombor pilihan). Bila dah dapat nombor, baru pilih kenderaan mana yang
nak beli. Mana-mana dulu pun boleh. Nombor yang dibeli perlu didaftarkan dalam
tempoh 90 hari. Kalau tak, akan menjadi salah satu sumber pendapatan Negara (ada
tulis dalam surat tawaran kut).
So far, aku berpuas hati dengan
motor ni. Maklumlah motor baru. Sebenarnya, ini bukan motor pilihan. Nak beli
LC135, agak mahal (dengan part-part yang tak diperlukan untuk motor kapcai) dan
merupakan motor sasaran pencuri. Tapi atas desakan hidup (motor yang sedia ada
asyik meragam), aku terpaksa cari pengganti.
Bila dah beli, baru aku perasan
ada model baru keluar (Honda Future 125cc). Banyak spesifikasi dia yang aku
suka. Dengan harga yang beza berapa ratus saja, helmet boleh simpan bawah seat
dan lebih jimat minyak dari RS110, buat aku terkesima. Lajak perahu boleh
diundur, lajak beli motor, harga drop dalam RM2000 dalam masa sebulan lebih
(harga kedai yang nak amik).
Perbandingan antara motor baru (RS110)
dan motor lama (EX5)
RS110 | EX5 | |
Tahun | 2012 | 1994 |
cc | 110 | 100 |
Rupa paras | Macam baru (dah motor baru) | Hodoh. Macam nak relai. |
Modifikasi | Tiada (Standard) | Racing Parts (cam, gear, clutch, block), piston 110cc, Caburator besar, |
Pick-up | Kurang. Nak cecah 80 km/j amik masa dan cover-set bergegar. | Ok. Sekejup je dah cecah 80 km/j. |
Top Speed | Nak cecah 100 km/j pun susah | Abis meter tak ada masalah (meter maximum 120 km/j). Setakat motor bercapacity 110cc, senang-senang leh “tapau” |
Handling | Ok. | Tunggang langgang. Tak berani nak korner rapat. |
Pemanduan | Selesa. Langgar lopak tak terasa (punya jakun sebab baru tukar motor sejak 16 tahun). | Kurang selesa. Lopak kecik pun dah bergegar habis. Absorber tak berfungsi (antara punca aku rasa letih lepas balik kerja) |
Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalan raya...
PKQ110
ReplyDeleteSalah.. :D
ReplyDeletePick up dengan top speed tu memang betul bro..
ReplyDeletesusah nak cecah 100km/j
sampai 80 dah gegar
Spoket kilang 14-37 besar sangat. Kena custom balik setting spoket. Saya setting 14-33 baru sedap town dan hiway. Bawa 100-110 enjin tak stress. Naik berdua masih ok. Berat saya
ReplyDeletedalam 75 kg.
Moto Saya Yamaha legend 110..tak Ada modi..saya Nak tukar sporke
Deletet..JAlan highway..sporket size APA yang bagus
Moto Saya Yamaha legend 110..tak pernh modi..cuma nak tukar sporket..JAlan highway..sporket size APA yng sesuai?
DeleteTiada jawapan kalau tamya saiz sprocket kerana masing2 tak sama cara pakai.... Memang kena test la satu persatu.
DeleteTapi model ni rs100 dan rs110 carburetor fail.. bocor minyak
ReplyDeleteBetul tu, saya tukar carb kriss je, setel
DeleteBetul tu....pickup dia dari 0-70 ok.... nak sampai 80,90 semput sampai bergegar coverset dia
ReplyDeletehaah design cover set nya kurang ok di sebelah side bawah agak telalu kembang .laluan anginnya kurang lancar.
Deleteselain carb kriss, carb apa lagi yg sesuai eh
ReplyDeletesy pun nak tukar carb utk wave ni. minyak selalu over flow. carb apa sesuai utk tukar eh ?
ReplyDeletecarb ex5, wave lama pon boleh
DeleteSy pakai moto ni ok je da 6tahun lampu pun xpenah trbakar bole pergi 110 klu turunkn spoket mungkin bole laju lg yg penting jg minyak hitam
ReplyDeleteabah aku beli sekenhend tahun 2012 sampai sekarang lampu xpenah tebakar, cuma lampu gear 4 je tebakar...moto tahun 2010
Deletehahahahah sama lampu gear 4 ak pun tbakar. n mslh kaberator tuu
Deletedah pakai nk dekat 10 tahun...beli december 2010...dah 115k gerak meter....alhamdulillah bulan 2 ni upgrade rs150....tahan lama motor tu jatuh baru 2 kali...💪💪💪💪
ReplyDeleteMai pi model apa pun, kita pakai motor yang boleh bergerak elok ja. Jenama letak tepi
ReplyDelete