Ini adalah kenderaan pertama aku
yang dibeli setelah 10 tahun bekerja (baru mampu.. lamakan?). Dibeli
menggunakan wang simpanan sendiri dan didaftarkan atas nama sendiri.
Aku beli motor baru ni pun sebab
motor lama sudah tak mampu untuk jalan jauh. Setiap 3 bulan mesti kena tukar
rantai kecik. Penat weh duk keluar masuk spital motor (bengkel).
Tak susah rupanya nak beli
kenderaan. Mula-mula beli nombor plate (kalau rasa kaya, boleh masuk tender
untuk nombor pilihan). Bila dah dapat nombor, baru pilih kenderaan mana yang
nak beli. Mana-mana dulu pun boleh. Nombor yang dibeli perlu didaftarkan dalam
tempoh 90 hari. Kalau tak, akan menjadi salah satu sumber pendapatan Negara (ada
tulis dalam surat tawaran kut).
So far, aku berpuas hati dengan
motor ni. Maklumlah motor baru. Sebenarnya, ini bukan motor pilihan. Nak beli
LC135, agak mahal (dengan part-part yang tak diperlukan untuk motor kapcai) dan
merupakan motor sasaran pencuri. Tapi atas desakan hidup (motor yang sedia ada
asyik meragam), aku terpaksa cari pengganti.
Bila dah beli, baru aku perasan
ada model baru keluar (Honda Future 125cc). Banyak spesifikasi dia yang aku
suka. Dengan harga yang beza berapa ratus saja, helmet boleh simpan bawah seat
dan lebih jimat minyak dari RS110, buat aku terkesima. Lajak perahu boleh
diundur, lajak beli motor, harga drop dalam RM2000 dalam masa sebulan lebih
(harga kedai yang nak amik).
Perbandingan antara motor baru (RS110)
dan motor lama (EX5)
RS110 | EX5 | |
Tahun | 2012 | 1994 |
cc | 110 | 100 |
Rupa paras | Macam baru (dah motor baru) | Hodoh. Macam nak relai. |
Modifikasi | Tiada (Standard) | Racing Parts (cam, gear, clutch, block), piston 110cc, Caburator besar, |
Pick-up | Kurang. Nak cecah 80 km/j amik masa dan cover-set bergegar. | Ok. Sekejup je dah cecah 80 km/j. |
Top Speed | Nak cecah 100 km/j pun susah | Abis meter tak ada masalah (meter maximum 120 km/j). Setakat motor bercapacity 110cc, senang-senang leh “tapau” |
Handling | Ok. | Tunggang langgang. Tak berani nak korner rapat. |
Pemanduan | Selesa. Langgar lopak tak terasa (punya jakun sebab baru tukar motor sejak 16 tahun). | Kurang selesa. Lopak kecik pun dah bergegar habis. Absorber tak berfungsi (antara punca aku rasa letih lepas balik kerja) |
Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalan raya...