CNY 2011

Selamat tahun baru cina kepada rakan2 yang meraikannya. Aku pun menanti2kan ketibaan CNY, sama seperti perayaan yang lain. Bukan untuk beraya, tapi untuk bercuti.. J

Gong Xi Fai Cai

CNY tahun ni aku balik Perlis (selalunya balik KL). Aku menukar rancangan sebab parent aku balik Perlis lak. Lagi pun next week aku akan jumpa dengan parent-in-law di Perak.

Jumaat 4 Feb 2011
Aku bertolak balik hari jumaat pagi dan bajet sampai sebelum solat Jumaat. Tapi disebabkan terlupa menampal roadtax baru (tertinggal kat rumah lak), aku terpaksa berpatah arang balik. Kena lak masa on the way balik, ada road block dekat Bukit Mertajam. Naik cuak gak masa tu. Nak lagi cuak, polis memang check roadtax kete satu2.

Aku cuba buat biasa saja. Tak tunjuk rasa takut atau bersalah. Nanti lagi la dia suspect something wrong. Sampai turn aku, aku control senyum sambil angkat tangan, dia tengok roadtax, then dia suruh jalan.. Mak aih! Lega gila.. apa lagi, blah je la.. Tak kan nak suruh dia saman lak. Apa2 pun, terima kasih banyak2 kepada polis tersebut.
Mungkin dia tak perasan sebab tahun yang sama (2011) atau setakat 4 hari je roadtax mati, boleh jalan lagi, kesian kat aku nak renew beribu2. Dia tau aku tengah sengket kut. Atau aku bermuka innocent kut (ada cahaya lagi.. blink2.. hehehe).

Solat jumaat memang confirm tak sempat sampai Perlis. Jadi, aku check-out dekat Sg. Petani Utara jup untuk mencari masjid. Tinggallah anak bini aku dalam keta sambil mendengar khutbah (semoga ada manfaat, aku pun tak ingat isi dia sebab macam biasalah.. isk! Bukan aku sorang beb).

Aku sampai dalam pukul 4:30 petang dan terus bergerak melawat rumah sedara mara.
Malam lak, aku lepak dinner di sebuah restoran yang nampak macam popular di Perlis. Kira popular gak sebab macam ramai orang je malam tu. Kebetulan ada penggambaran daripada pihak TV3 masa tu. Restoran apa tak ingat la (Saja buat2 tak ingat sebab aku tak dibayar untuk mempromosikan restoran tu pun.. mungkin di lain entri) Ada pengacara Qi Qushairi (pengacara destinasi budget, x-drummer OAG) kat situ. Mungkin ada shooting rancangan macam Jalan-Jalan Cari Makan kut.
Van TV3

Nasi Goreng

Aku malas nak tegur Qi lepas diorang habis shooting sebab aku tak bawak DSLR aku. Orang lain pun buat biasa je, malu la aku tetiba je nak gi salam2 dan suh dia bayarkan untuk aku (Qi, andaikata ko terbaca entri aku ni, sila contact aku untuk apa2 yang boleh dibuat, bergambar, belanja aku makan, jamming?)

Sabtu 5 Feb 2011
Aku tak ke mana-mana. Cuma bersiap2 untuk berkonvoi balik Kulim dan shoot gambar-gambar di sekitar rumah.

Sangkar baru yang lebih besar dan selesa





Sepah bulan?

Setiap yang bernyawa pasti akan mati: Cicak

Ikan

Mempelam dah berbunga. Tempahan bagi kawasan Kulim/ Penang boleh dibuat sekarang :)

Pokok Kurma

Pokok Mempelam

Pokok Pisang

On the way balik, ada satu lagi road block di Highway Arau-kodiang. Perjalanan pergi balik kali ni agak lancar tanpa ada kereta2 bodoh lagi sombong yang kasi high beam (macam la laju sangat pun). Cuma di kawasan Bertam, traffic agak perlahan dan dihiasi oleh beberapa kereta yang memotong di lorong kecemasan. Terima kasih kepada polis traffic yang sedikit sebanyak mengubat sedikit hati orang ramai yang agak panas dengan situasi begini dengan menyaman kereta2 tersebut.

Pesanan penaja:

Two (2) Chinese Paper Dragon DecorationsLunar Astrology Feng Shui Gift Idea - 8" Lucky Red Chinese New Year Envelopes - Pack of 40