Lawatan ke Rumah Kanak Kanak Taman Bakti

Salah satu aktiviti di tempat kerja gua sempena 40 tahun bertahan. Satu pengalaman baru bila pergi membuat aktiviti untuk kanak-kanak berumur 6 dan 7 tahun. Mereka terdiri daripada anak yatim, orang susah dan macam-macam kes lagi. Semoga mereka membesar dan menjadi orang yang berguna.


To Make a Difference in Someone’s Life, You don’t have to be Brilliant, Rich, Beautiful, or Perfect. You Just Have to CARE !

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


تَـقَـبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنـكُم

Taqqaballahu Minna Wa Minkum 

"Semoga Allah menerima ibadah kami dan ibadah kalian".

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Wallet Hilang..

Sudah lama aku tak update blog ni. Ini adalah kerana beg duit aku hilang (hehehe.. tak ada kaitan pun.. saja cari kambing hitam).

Ini ada kali ketiga wallet aku tercicir. Pertama kali masa dalam program persediaan ke luar negara (A-level.. Serius wa tak tipu.. Wa nak gi UK dulu). Jatuh kat library tapi ada insan yang baik hati kembalikan ke kaunter library. Semua barang masih terletak cantik (aku ingat lagi ada RM20 sebelum hilang, tapi aku halalkan sebab at least dia pulangkan).

Kedua, tercicir dalam kawasan Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang dah jadi Universiti Putra Malaysia). Jatuh masa atas motor. Semua barang masih ada. Penting jugak untuk letakkan nombor telefon sendiri dalam wallet. Senang kalau orang jujur terjumpa. Mula dari hari tu, aku dah tak letak wallet dalam poket belakang. Bila letak kat depan, byk lagi ruang dalam poket sebab poket panjang. So, wallet pun tukar style panjang punya (macam pompuan selalu pakai.. tapi ada aku kesah?).

Kali ni pulak, memang wallet kat poket depan, tapi macam mana boleh tak sedar jatuh. Sebab aku pakai seluar slack. Selalunya seluar Jeans atau yang kain tebal. Memang sangat tak perasan. Dalam 1 kilometer baru aku perasan nipis semacam je poket aku. Dengan rasa terkejut, aku ikut balik laluan aku. Sampai kat satu tempat, nampak ramai orang duk berkumpul tepi jalan macam ada eksiden. Lupa jup pasal wallet sebab nak ambik tau apa yang jadi.

Nampak orang sedang kutip sesuatu atas jalan. Bila tengok betul-betul, rupa-rupanya diorang sedang kutip kad aku. Wallet dah lesap. Ikut kata auntie tu, ada sorang Chinese claim kata tu wallet dia dan terus cabut. Kad-kad lain yang tercicir, dia tinggal macam tu. Mungkin panik sebab yang datang tolong tu macam polis (Security guard apartment tepi jalan).

Antara benda yang hilang ialah IC, Lesen memandu, Kad bank yang gaji masuk situ. Lain-lain tak pasti sebab banyak gak sampah dalam tu. Resit bank yang ada baki pun ada sekali. Semoga dia terkilan melihat baki yang ada sebab kad dah ada kat dia tapi tak tau no PIN.

Yang dapat balik ialah kad-kad kredit dan kad-kad point.

Jadi satu hal terpaksa berulang-alik ke JPJ, JPN dan bank untuk settlekan semua benda. Sampai sekarang aku belum ada wallet (Tunggu orang hadiahkan).

Antara point yang perlu bagi mengelak dan memudahkan jika berlaku kehilangan wallet (tak 100% berkesan tapi ikutlah kalau nak):
- Letak di poket depan.
- Pakai seluar ketat sikit supaya mencengkam wallet (pakai ketat-ketat kang nampak aurat, pakai kain yang tebal)
- Letaklah nombor untuk dihubungi jika orang lain terjumpa. Satu nombor sendiri, satu lagi nombor awek orang lain yang kenal kita.


Wallet sementara. Ambik anak punya.

Taib Mahmud dan Mc Donald


Tajuk utama paper hari ni (10 Feb 2014) ialah "Taib to quit". Apa yang menarik perhatian aku, bukannya tajuk utama.. Tapi iklan kat atas tu.. Aku bukannya penggemar Mc Donald dan amat jarang pergi ke sana (Kecuali ada orang belanja).

Brekkie Wrap.. nampak macam menarik je, macam sedap je, macam murah je.. Dengan harga RM1 dan cuma hari isnin saja, maka aku terus ke Mc Donald.

Gambar ni aku forward kepada beberapa orang rakan dengan tujuan untuk membakor (Iklan Brekkie Wrap berharga RM1 + Brekkie Wrap kat sebelah). Rata-rata yang respon balik (100%) bercakap tentang Taib Mahmud (OMG.. Taib Mahmud lebih popular daripada Mc Donald). Dan ada yang tak kenal siapa itu Taib Mahmud. Bagi yang tak kenal siapa Taib Mahmud, boleh tengok kat sini.

Selamat Tahun Baru 2014

Sedar tak sedar, dah beralih tahun dah. Cepatnya masa berlalu. Azam tahun lepas dah tercapai? atau dah lupa atau bawa ke tahun ni?

Kebanyakan azam gua tahun 2013 ialah untuk capai pada tahun 2014. Jadi masih ada masa, bukannya belum tercapai.. hehehe.. Antaranya ialah untuk memilih sebuah superbike. Model pilihan ialah R6, ZX6R atau GSXR 750. Berdasarkan apa yang diusahakan pada tahun 2013, ianya boleh dicapai.

Apa-apa pun, ia cuma azam. Sebenarnya tak perlu tunggu tahun baru untuk berazam. Orang berjaya tidak menunggu tahun baru apa pun untuk mempunyai senarai matlamat dan sasaran kejayaan yang ingin dikecapi tetapi sentiasa mempunyai senarai perkara yang perlu dilaksanakan. Dan bukan sekadar azam tetapi BERTINDAK.

Semoga anda semua mencapai lebih banyak impian yang memberi manfaat kepada diri dan orang sekeliling.



"Dreams don't work unless you do"