2011 Holiday Trip : Pulau Pinang

Percutian pertama bagi tahun 2011 ialah di Penang (Penang lagi). Hotel pilihan kali ini ialah Hotel Equatorial yang terletak di Bukit Jambul. Antara sebab hotel ini menjadi pilihan sekeluarga ialah ia bertaraf 5 bintang, harga di dalam bajet (bajet duit plastik), bilik yang luas (hotel lain pun luas gak.. saja nak puji hotel ni dengan harapan pihak hotel akan kasi penginapan percuma di masa hadapan) dan yang utama ialah majlis dinner company wife aku diadakan di sini. Jadi, terus check-in saja kat sini.

Aku menempah hotel ini melalui Agoda.com. Mudah (dari rumah saja), ada diskaun dan ada rebet untuk penempahan seterusnya.

Untuk gambar yang lebih jelas dan banyak, sila klik di sini

Sigh No MoreKindle Lighted Leather Cover, Black (Fits 6" Display, Latest Generation Kindle)

Kebakaran kedai 3 tingkat di Bukit Mertajam

Kebakaran yang berlaku semasa aku dalam perjalanan balik dari kerja. Bertempat di Bukit Mertajam/ Bukit Minyak/ Bukit Tengah (nanti aku check). Lebih kurang pukul 11 malam. Sebuah stor simpanan mainan kanak-kanak.

Sebanyak 11 buah truk bomba yang sempat aku kira berada di tempat kejadian. Rasa respek kepada pasukan bomba yang bertungkus lumus memadam api. Korang memang hebat.

Ramai orang awam yang berada di tempat kejadian untuk menonton (termasuk aku). Dan ramai yang melihat dari dekat (tidak termasuk aku) di mana boleh mengganggu tugas bomba dan menghadapi risiko yang tak terjangka seperti letupan dan sebagainya.

Gambar tak se'ngeri' ketika berada di tempat kejadian.

Apa-apa pun, janganlah bermain dengan api. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi (ini sudah mengarut & keluar tajuk)

The King Is DeadSummer at Willow Lake