Honda Wave RS110

Ini adalah kenderaan pertama aku yang dibeli setelah 10 tahun bekerja (baru mampu.. lamakan?). Dibeli menggunakan wang simpanan sendiri dan didaftarkan atas nama sendiri.
Aku beli motor baru ni pun sebab motor lama sudah tak mampu untuk jalan jauh. Setiap 3 bulan mesti kena tukar rantai kecik. Penat weh duk keluar masuk spital motor (bengkel).
Tak susah rupanya nak beli kenderaan. Mula-mula beli nombor plate (kalau rasa kaya, boleh masuk tender untuk nombor pilihan). Bila dah dapat nombor, baru pilih kenderaan mana yang nak beli. Mana-mana dulu pun boleh. Nombor yang dibeli perlu didaftarkan dalam tempoh 90 hari. Kalau tak, akan menjadi salah satu sumber pendapatan Negara (ada tulis dalam surat tawaran kut).
 
So far, aku berpuas hati dengan motor ni. Maklumlah motor baru. Sebenarnya, ini bukan motor pilihan. Nak beli LC135, agak mahal (dengan part-part yang tak diperlukan untuk motor kapcai) dan merupakan motor sasaran pencuri. Tapi atas desakan hidup (motor yang sedia ada asyik meragam), aku terpaksa cari pengganti.
Bila dah beli, baru aku perasan ada model baru keluar (Honda Future 125cc). Banyak spesifikasi dia yang aku suka. Dengan harga yang beza berapa ratus saja, helmet boleh simpan bawah seat dan lebih jimat minyak dari RS110, buat aku terkesima. Lajak perahu boleh diundur, lajak beli motor, harga drop dalam RM2000 dalam masa sebulan lebih (harga kedai yang nak amik).
So pakai je sampai reput. T T

 
Perbandingan antara motor baru (RS110) dan motor lama (EX5)

  RS110 EX5
Tahun 2012 1994
cc 110 100
Rupa paras Macam baru (dah motor baru) Hodoh. Macam nak relai.
Modifikasi Tiada (Standard) Racing Parts (cam, gear, clutch, block), piston 110cc, Caburator besar, 
Pick-up Kurang. Nak cecah 80 km/j amik masa dan cover-set bergegar. Ok. Sekejup je dah cecah 80 km/j.
Top Speed Nak cecah 100 km/j pun susah Abis meter tak ada masalah (meter maximum 120 km/j). Setakat motor bercapacity 110cc, senang-senang leh “tapau”
Handling Ok. Tunggang langgang. Tak berani nak korner rapat.
Pemanduan Selesa. Langgar lopak tak terasa (punya jakun sebab baru tukar motor sejak 16 tahun). Kurang selesa. Lopak kecik pun dah bergegar habis. Absorber tak berfungsi (antara punca aku rasa letih lepas balik kerja)

Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalan raya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri kepada semua yang terbuka blog ini. Maaf zahir dan batin. :)


DIY Project : Memasang water heater

Pemanas air aku rosak setelah berkhidmat selama lebih tiga tahun. Setelah malas nak troubleshoot, aku bercadang menukar baru.

Kali ni aku tukar kepada brand lain pulak. Brand baru dipilih setelah salesman berjaya mempengaruhi aku untuk pakai jenama tu (Lagi pun cuma jenama tu je yang banyak dalam kedai dia). Aku tertarik memilih jenama ni sebab waranti selama 5 tahun berbanding jenama lama yang warranti takat setahun.

Bajet asal dalam RM200 lebih telah menjadi RM500 untuk pemanas air yang tiada pump (kenapa skill menjual penting.. haha).

Kos upah pemasangan lak dalam RM60. Jadi aku cuba untuk pasang sendiri.

Projek bermula pukul 6 petang dan siap sepenuhnya pukul 11 malam. Masa yang lama sebab aku keluar beli makanan untuk berbuka, berbuka, lepak-lepak dan solat tarawikh.

Masa terbazir semasa nak drill lubang. Setengah jam pun tak berlubang2 sebab mata drill tumpul. Tak terfikir lak sampai lepas tarawikh baru terfikir untuk mengasah mata drill. Teringat lak citer penebang pokok dengan kapak. Ada mesej di situ.

Pemanas air lama

Pemanas air baru (dalam pemasangan)

Pemanas air baru (siap)

Suis pun minta ditukar

Lori Terbakar (16 Julai 2012)



Sebuah lori yang terbakar di atas jambatan Pulau Pinang. Kebanyakan penunggang motosikal berhenti untuk bergambar mengambil gambar. Tak terkecuali, aku...

Ahli Keluarga Baru (7 Julai 2012)

Tanggal 7 Julai 2012, ahli keluarga aku bertambah lagi sorang. Welcome to the world - Hannah Safiyyah

Perempuan. 2.96kg.

Cam biasa, aku kat sebelah untuk menyambut. Kali ni hampir-hampir termiss sebab aku kuar solat maghrib jup.

Baby sihat cuma perlu beberapa temujanji untuk check keadaan baby. Semoga dipermudahkan.

CINTABOLA..

CEREKARAMA TV3
9 JUN 2012

Kisah seorang awek (tak kenal, pelakon baru kut.. bila bertudung macam pelakon indon, bila tak bertudung, macam pelakon Malaysia.. dalam kata lain, dia berlakon pakai dan tak pakai tudung) menolak cinta seorang lelaki (tak kenal gak, pelakon baru kut) kerana beliau aktif bermain bola untuk team university diorang.

Si lelaki sanggup mengorbankan minat beliau terhadap bola demi awek itu. Awek itu pula dengan senang-senang menerima lelaki tersebut kerana beliau sudah berhenti bermain bola.(senang ek?)

Emak si awek (Liza Abdullah) ingin berkahwin lagi setelah kematian suami (Frame photo Fahrin Ahmad je). Dia sudah ada boyfriend (tak kenal nama, tapi aku suka pelakon ni sebab muka dia macam cikgu Saad – Guru kat tempat tusyen aku dulu masa sekolah menengah)

Hubungan si awek dan lelaki tersebut dirosakkan oleh awek lain yang memang minat kepada lelaki tersebut.

Akhir sekali, hubungan mereka kembali pulih selepas salah faham diperbetulkan. Antara sebab si awek tak suka lelaki bermain bola ialah kerana ayah dia meninggal ketika sedang bermain bola (lol! Ingatkan sebab isu dedah aurat)


Simple jekan cerita aku. Banyak benda yang aku skip sebab nak kasi pendek. Isi cerita agak kosong. Lebih kepada kisah cinta remaja (Aku bukan pengkritik filem dan tak layak mengkritik). Cuma perkara yang betul2 menarik perhatian aku untuk follow cerita ni sampai habis ialah lokasi penggambaran, iaitu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).. university yang berjaya melahirkan seorang insan hebat, iaitu aku (hahaha.. dilarang buat bunyi)


Cerita ni betul-betul mengimbau kembali kenangan aku kepada 10 tahun yang lepas. Tahniah kepada pengarah yang bijak memilih lokasi.

Walaupun mula-mula aku belum nampak perkataan UNITEN, tapi ada spot yang buat aku terus kenal yang penggambaran dibuat di UNITEN. Dan terus aku teruja untuk tengok sampai habis. Semakin cantik UNITEN.. Ohh (poyo!!)

Antara lain ialah, kereta yang digunakan oleh awek yang cuba merampas lelaki tersebut – BMW E46. Memang cantik (kereta itu, awek itu pun.. hahaha)

30 Minit Ustaz Don

Gua sedang bersantai-santai di rumah selepas dinner. Kebetulan Astro sedang tayang rancangan 30 Minit Ustaz Don. Memang gua sangat jarang layan Astro. Hari ni baru aku tengok Ustaz Don kat tv (sebelum ni ada tengok kat youtube saja). Antara perbualan antara anak gua dan mak dia.

Humaira: Mama, kenapa dia pakai topi macam tu?
Mama: tu bukan topi la.. tu serban
Humaira: Bukan la.. tu topi orang islam la
Gua: (ok.. sambil layan tv)

Diam sebentar sambil layan tv..
Mama: Ok tak kalau papa pakai serban macam tu?
Humaira: Mana boleh.. papa mana boleh pakai topi tu..
Mama: Kenapa lak?
Humaira: (Sambil pegi sebelah mama dan  berbisik) Sebab papa bukan orang Islam.
Gua: (Hadeh..)
Camne rupa gua kalau pakai serban ek?

Dihari lain...

Papa: Humaira orang Islam?
Humaira: Bukan..
Papa: Abis tu orang apa?
Humaira: Humaira orang Melayu la..
Papa: Lol..

Gegaran Gempa Bumi 11 April 2012

Gempa bumi melanda Acheh berukuran 8.9 skala richter 11 April 2012. Gempa bumi di Acheh ini dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, Indonesia kira kira 4.35 pm waktu tempatan.

Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


Aku berada di rumah.. baru bangun tido akibat gegaran buatan oleh anak-anak aku. Masing-masing melompat-lompat atas sofa tempat aku tido. Kemudian diorang berlari ke dapur. Tinggal aku sorang atas sofa sambil layan kartun Cat and Dog.

Sofa aku terus rasa berayun walaupun diorang dah ke dapur. Aku yang berbaring sambil kaki bersilang (Sila panggung?) cuma tengok kaki aku berayun-ayun. Rasa pelik sedikit. Kuat gak budak-budak ni melompat, sampai tak hilang lagi gegaran.

Kaki aku masih lagi berayun walaupun hampir seminit. Aku mula fikir yang aku duduk di satu titik resonan yang buat kaki sofa berayun dan akan patah bila-bila. Rasa best pulak berayun-ayun. So, aku tak berganjak supaya gegaran tak berhenti dan menikmatinya sambil menunggu kaki sofa betul-betul patah.

Gegaran masih terasa. Kejup ada kejup tak ada. Rasa macam ada orang goncang sofa aku kat hujung. Kemudian, aku terfikir lain pulak. Baru-baru ni aku dengar cerita pasal orang menerima Jin kiriman dan gangguan makhluk halus. Sudah, takkan ada benda nak kacau aku lak. Siang-siang lak.. Ah! lantaklah, aku nak tengok kartun dulu.

Lepas 20 minit, aku layan facebook, masing-masing update status pasal kejadian gempa yang baru berlaku. Oh! baru aku paham kenapa aku bergoyang.

Sedikit info mengenai bagaimana gempa bumi berlaku Klik di sini

Secawan Teh Tarik, Sebentuk Kunci

Teh tarik dan kunci BMW, benda yang tiada kaitan tapi mempunyai kesinambungan bagi kawan aku yang sorang ni (dan ramai lagi). Ini lah kerja kawan aku yang sorang ni, hari-hari minum teh tarik.. hingga mampu membeli sebuah BMW (cam mana? tak perlu huraikan lebih-lebih kat sini).

Macam biasa, aku lepak-lepak borak dengan kawan aku yang sorang ni.. bercakap pasal ada seorang kawan lagi yang teringin nak datang lepak minum sekali, tapi tiada kenderaan, secara tiba-tiba dia kasi kunci kereta baru dia.. bermuka serius, suruh aku bawak.. buat aku terkedu.. Kepercayaan yang diberi walaupun baru setahun jagung kenal.. Aku sendiri pun berfikir panjang kalau nak kasi orang pinjam kete kancil aku yang buruk dulu (sekarang sudah jual)..

Untuk tidak menghampakan (hampa lah konon), aku pun menerima kunci itu.. tetapi sekadar mengambil gambar sahaja.. Cukup dengan kepercayaan yang diberi, aku sudah tau dengan siapa aku berkawan.. dan aku perlu menjaga kepercayaan tersebut supaya persahabatan berkekalan...

Notice dalam toilet


"No laughing at other people's FARTS" atau dalam bahasa malaysia "Dilarang ketawa pada KENTUT orang lain".. Nota yang aku jumpa dalam toilet ofis aku.. Ntah apa motif mamat tu lekatkan kat pintu toilet tu.. mungkin dia pernah kena gelak gila-gila kut..

Aku kurang amik peduli sangat sehingga tiba-tiba ada bunyi yg sangat over datang dari bilik meeting sebelah.. Adeh.. kut ye pun, kawal-kawal lah sikit.. janganlah nak paksa-paksa.. Tertahan-tahan aku gelak..

Lagi pekerja KFC kurang ajar..

Lagi pekerja KFC kurang ajar? hehehe.. sebenarnya takde pun.. saja buat tajuk HOT.. saja nak kasi gempak.. Kali terakhir yang heboh sekejap ialah kes pekerja KFC menumbuk pelanggan di I-City.. memang heboh sebab ia dirakam dan diupload di internet.. Cuba takde tepon yang canggih-canggih, tak sampai berita tu ke Penang (Sebab apa Penang? sebab gua duk kat Penanglah.. kalau gua duk London, jadi Londonlah) kalau sampai pun, cam ayam KFC yang dah sejuk.. tak sampai menjilat jari kaki.

Macam-macam tajuk video yang keluar kt internet.. Kebanyakannya yang berunsur negatif dan menghentam satu pihak saja.. kurang ajar, biadap dan lain-lain lagi.. siap ada sidang media (aku tak tengok sampai habis sebab panjang sangat.. 13 minit kut.. seminit bagi aku adalah wang... hahaha)
Mangsa serangan

Masing-masing cuba mempertahankan diri sendiri.. well, apa saja..

Dalam kes gaduh, kalau di tempat pekerja, memang sangat pressure sebab tak menang tangan nak handle dengan keadaan pekerja yang kurang.. tambahan pula ada pelanggan yang marah dan mengeluarkan kata-kata menghina (p/s: pekerja KFC yang gaji rendah adalah manusia, pelanggan KFC yang kaya-raya juga adalah manusia.. sama je.. duit banyak pun hanya pinjaman di dunia).. Kecualilah ramai customer yang mampu makan ayam yang belum digoreng, senang keja sikit nak layan customer (masalahnya, tak ada yang mampu) 

Kalau di pihak customer, tunggu lebih sejam memang bukan setakat membuat ayam sahaja yang masak.. ngan orang yang menunggu pun boleh masak.. dalam keadaan masak (separa atau sampai hangit), ketinggian EQ amat perlu.. kalau tak, boleh sampai tahap makan orang atau kena makan.. Aku pun akan pergi ke kedai lain kalau pelanggan terlalu ramai.. Mungkin dalam kes ni, sebab ada voucher percuma (So, awal-awal lagi, pihak pengurusan perlu ada tindakan untuk mengatasinya sebelum offer voucher).

Kes yang sampai pihak atasan.. hahaha

Sebelum ni pun ada juga beberapa video mengenai pekerja KFC yang membuat perkara yang tak sepatutnya seperti mengosok ayam dengan penuh kasih sayang di tapak kasut sebelum goreng dan memerah semula tumpahan minyak ke dalam kuali dan lain-lain lagi.

Ramai yang mengutuk tindakan diorang dan memaki-maki dalam komen balas. Bagi aku, tak perlu semua kesalahan diletakkan ke atas pekerja KFC (perlulah.. ini soal kebersihan.. ingat restoran lain bersih sangat kew? diorang buat benda sama ada korang tahu kew?.. hahaha). Pekerja KFC juga adalah kawan-kawan aku (dari dalam KFC sampai ke driver lori). Dari apa yang aku tau (tak perlu nak cerita kat sini), ada mesej yang hendak disampaikan oleh mereka. Perkara yang sama juga berlaku di sini. Cuma tak sampai tahap nak upload ke Youtube je lagi (kalau tak rakam, korang tak taukan.. haha). Pihak pengurusan perlu mengambil serius masalah ini. Jangan kerana untung, pekerja makan dalam..

Strawberi Berkulat..

Strawberi, sejenis buah yang mempunyai banyak khasiatnya.. Tak perlu diceritakan lagi di sini.. Sila Google sendiri kalau nak tahu khasiatnya..

Gambar di bawah bukanlah strawberi yang diselaputi ais, tapi diselaputi kulat.. cantikkan? Aku terbeli di sebuah pasaraya yang terkemuka tanpa periksa. Mungkin sebab pasaraya sudah nak tutup perniagaan buat aku cepat-cepat ambil tanpa periksa.

Ikutkan memang nak biarkan.. Tapi mahal tu RM12 (setengah orang rasa murah kut). Jadi selepas dua hari aku ke pasaraya tersebut dan ke kaunter perkhidmatan pengguna. Memang boleh tukar.. Terima kasih.. :)