Teh tarik dan kunci BMW, benda yang tiada kaitan tapi mempunyai kesinambungan bagi kawan aku yang sorang ni (dan ramai lagi). Ini lah kerja kawan aku yang sorang ni, hari-hari minum teh tarik.. hingga mampu membeli sebuah BMW (cam mana? tak perlu huraikan lebih-lebih kat sini).
Macam biasa, aku lepak-lepak borak dengan kawan aku yang sorang ni.. bercakap pasal ada seorang kawan lagi yang teringin nak datang lepak minum sekali, tapi tiada kenderaan, secara tiba-tiba dia kasi kunci kereta baru dia.. bermuka serius, suruh aku bawak.. buat aku terkedu.. Kepercayaan yang diberi walaupun baru setahun jagung kenal.. Aku sendiri pun berfikir panjang kalau nak kasi orang pinjam kete kancil aku yang buruk dulu (sekarang sudah jual)..
Untuk tidak menghampakan (hampa lah konon), aku pun menerima kunci itu.. tetapi sekadar mengambil gambar sahaja.. Cukup dengan kepercayaan yang diberi, aku sudah tau dengan siapa aku berkawan.. dan aku perlu menjaga kepercayaan tersebut supaya persahabatan berkekalan...
No comments:
Post a Comment