Gegaran Gempa Bumi 11 April 2012

Gempa bumi melanda Acheh berukuran 8.9 skala richter 11 April 2012. Gempa bumi di Acheh ini dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, Indonesia kira kira 4.35 pm waktu tempatan.

Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


Aku berada di rumah.. baru bangun tido akibat gegaran buatan oleh anak-anak aku. Masing-masing melompat-lompat atas sofa tempat aku tido. Kemudian diorang berlari ke dapur. Tinggal aku sorang atas sofa sambil layan kartun Cat and Dog.

Sofa aku terus rasa berayun walaupun diorang dah ke dapur. Aku yang berbaring sambil kaki bersilang (Sila panggung?) cuma tengok kaki aku berayun-ayun. Rasa pelik sedikit. Kuat gak budak-budak ni melompat, sampai tak hilang lagi gegaran.

Kaki aku masih lagi berayun walaupun hampir seminit. Aku mula fikir yang aku duduk di satu titik resonan yang buat kaki sofa berayun dan akan patah bila-bila. Rasa best pulak berayun-ayun. So, aku tak berganjak supaya gegaran tak berhenti dan menikmatinya sambil menunggu kaki sofa betul-betul patah.

Gegaran masih terasa. Kejup ada kejup tak ada. Rasa macam ada orang goncang sofa aku kat hujung. Kemudian, aku terfikir lain pulak. Baru-baru ni aku dengar cerita pasal orang menerima Jin kiriman dan gangguan makhluk halus. Sudah, takkan ada benda nak kacau aku lak. Siang-siang lak.. Ah! lantaklah, aku nak tengok kartun dulu.

Lepas 20 minit, aku layan facebook, masing-masing update status pasal kejadian gempa yang baru berlaku. Oh! baru aku paham kenapa aku bergoyang.

Sedikit info mengenai bagaimana gempa bumi berlaku Klik di sini

No comments:

Post a Comment