Semua anak mak call selepas satu SMS...

Sempena cuti raya cina, aku balik kampung. Dah bertahun mak aku pakai telefon bimbit (henpon), Cuma tau cara untuk amik call dan buat call saja. Memandangkan dia baru upgrade ke henpon Galaxy Note (kelas ko Jah), dia rasa nak belajar guna SMS sebab skrin yang besar (5.3 inci) memudahkan dia nak baca.
 
Bila check message box, ada berpuluh-puluh SMS yang belum dibuka dan sememangnya jangan haraplah dia nak reply. Macam-macam SMS yang ada. Ada yang kasi tau kelas mengaji batal, ada yang tanya ada kelas ka, yang kasi tau kucing dia dah beranak pun ada. Semuanya sampai setakat henpon mak aku saja. Tak sampai kat tuan henpon.
 
So pelajaran pun bermula. Step by step aku suruh dia buat, siap anak aku yang umur 6 tahun pun membantu kalau mak aku tak dapat tangkap (Anak aku pakai iPad 2 ja pun).
 
Bermula dari unlock tepon, buka mesej, create new message.. Pastu masa nak tulis mesej, mak aku tak reti nak tulis apa sebab ni cuma nak belajar saja. So lepas terfikir benda nak tulis, dia pun tulis.. Punya lama fikir, 3 patah perkataan saja yang dia tulis.
 
Next lesson, cara menghantar SMS. Aku ajar cara nak add contact. So, penerimanya ialah semua anak-anak mak. Dan butang “hantar” ditekan.
 
Tak lama lepas tu, sorang-sorang call mak aku kecuali aku sebab memang duk depan mata dah pun, leh cakap direct.
 
Ok lah tu sebab aku sendiri pun jarang nak call sebab busy lah sangat.  Masing-masing busy. Masa balik kampung je bersembang, kalau tak balik, maunya sekali dua call dalam tempoh next balik kampung (sebulan, dua bulan, lima bulan) atau tak call-call langsung sampai diorang lak yang call tanya khabar.