Wallet Hilang..

Sudah lama aku tak update blog ni. Ini adalah kerana beg duit aku hilang (hehehe.. tak ada kaitan pun.. saja cari kambing hitam).

Ini ada kali ketiga wallet aku tercicir. Pertama kali masa dalam program persediaan ke luar negara (A-level.. Serius wa tak tipu.. Wa nak gi UK dulu). Jatuh kat library tapi ada insan yang baik hati kembalikan ke kaunter library. Semua barang masih terletak cantik (aku ingat lagi ada RM20 sebelum hilang, tapi aku halalkan sebab at least dia pulangkan).

Kedua, tercicir dalam kawasan Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang dah jadi Universiti Putra Malaysia). Jatuh masa atas motor. Semua barang masih ada. Penting jugak untuk letakkan nombor telefon sendiri dalam wallet. Senang kalau orang jujur terjumpa. Mula dari hari tu, aku dah tak letak wallet dalam poket belakang. Bila letak kat depan, byk lagi ruang dalam poket sebab poket panjang. So, wallet pun tukar style panjang punya (macam pompuan selalu pakai.. tapi ada aku kesah?).

Kali ni pulak, memang wallet kat poket depan, tapi macam mana boleh tak sedar jatuh. Sebab aku pakai seluar slack. Selalunya seluar Jeans atau yang kain tebal. Memang sangat tak perasan. Dalam 1 kilometer baru aku perasan nipis semacam je poket aku. Dengan rasa terkejut, aku ikut balik laluan aku. Sampai kat satu tempat, nampak ramai orang duk berkumpul tepi jalan macam ada eksiden. Lupa jup pasal wallet sebab nak ambik tau apa yang jadi.

Nampak orang sedang kutip sesuatu atas jalan. Bila tengok betul-betul, rupa-rupanya diorang sedang kutip kad aku. Wallet dah lesap. Ikut kata auntie tu, ada sorang Chinese claim kata tu wallet dia dan terus cabut. Kad-kad lain yang tercicir, dia tinggal macam tu. Mungkin panik sebab yang datang tolong tu macam polis (Security guard apartment tepi jalan).

Antara benda yang hilang ialah IC, Lesen memandu, Kad bank yang gaji masuk situ. Lain-lain tak pasti sebab banyak gak sampah dalam tu. Resit bank yang ada baki pun ada sekali. Semoga dia terkilan melihat baki yang ada sebab kad dah ada kat dia tapi tak tau no PIN.

Yang dapat balik ialah kad-kad kredit dan kad-kad point.

Jadi satu hal terpaksa berulang-alik ke JPJ, JPN dan bank untuk settlekan semua benda. Sampai sekarang aku belum ada wallet (Tunggu orang hadiahkan).

Antara point yang perlu bagi mengelak dan memudahkan jika berlaku kehilangan wallet (tak 100% berkesan tapi ikutlah kalau nak):
- Letak di poket depan.
- Pakai seluar ketat sikit supaya mencengkam wallet (pakai ketat-ketat kang nampak aurat, pakai kain yang tebal)
- Letaklah nombor untuk dihubungi jika orang lain terjumpa. Satu nombor sendiri, satu lagi nombor awek orang lain yang kenal kita.


Wallet sementara. Ambik anak punya.

No comments:

Post a Comment