Projek Hujung Minggu

Weekend ni aku menyambung projek memasang kipas ruang tengah tingkat atas yang terbelengu irama terbengkalai hampir setahun. Antara sebab2 terbengkalai kerana:
- Wiring yang tak betul (Wire live ke kipas sentiasa ada current).
- Lampu ruang wardrobe kena guna Main Circuit Breaker (MCB) untuk on/ off (tak penah dibuat orang)
- Wiring dibuat oleh orang lain (aku bayar, so malas nak kacau hasil keja orang lain)
- Dalam siling panas macam Sauna (tak tahan beb).
- Buat kerja tanpa bayaran.

Hari ni aku nekad untuk troubleshoot apa yang patut dan secara positifnya untuk membakar lemak2 di badan.

Aku mula balik dengan mengira jumlah wire dari siling ke dalam dinding (dah penah buat dulu, tapi berhenti separuh jalan). Ada 9 wire putih dan 2 wire hitam. Next, aku kira wire yang keluar dari dalam dinding. Ada 10 dekat master bedroom dan 3 dekat ruang tengah (total 13). So, ada 4 wire lebih yang perlu aku cari punca.

Kertas Kerja

Dipendekkan cerita, maka siaplah aku mentrouble shoot wiring (senangkan?) dan aku kurang lagi 2 wire untuk lampu dan kipas. So, dinding terpaksa di'hack' untuk wire tambahan.

Wiring baru untuk kipas dan lampu

So satu hari dihabiskan untuk betulkan balik wiring. Antara penambahan baru ialah wiring untuk kipas dan lampu ruang tengah (kalau kena kilat, kemungkinan besar dinding akan pecah), dimming switch untuk master bedroom, suis ke wardrobe. Kipas siap dipasang keesokkannya.

Suis tambahan

Kipas dalam proses pemasangan


Kipas yang sudah siap dipasang

Projek tambahan : Memasang lampu tidur bilik belakang

Projek seterusnya, mengecat rumah dan mengemas stor.


Pesanan Penaja:
BrothersThe Social Network (Two-Disc Collector's Edition) [Blu-ray]

2 comments: