Aktiviti Mingguan 2 (20 Feb 2011)

Hari Ahad, aku tak ke mana-mana. Sambung kemas bilik stor. Kertas dan plastik dah banyak terkumpul. Jadi aku call kedai barang lusuh untuk datang kutip segala mak nenek sampah-sarap. 

Sepatutnya lori sampai pukul 12:30 tgh hari, tapi sampai pukul 3:30 petang pun belum sampai. Call kali pertama, lagi satu jam sampai. Kali kedua, baru nak bertolak dari Butterworth. Kali ketiga, terus tak angkat (Accident kut, semoga tiada yang buruk2 berlaku).  

Nak tak nak, aku kena buang gak sampah-sarap ni sebab semua dah tersedia longgok dekat luar rumah. Dengan ada tanda-tanda hari mau hujan lagi. Jadi, penuh gak kereta ngan sampah-sampah ni.


Hasil jual sampah hari ni:
Kertas 16kg x 30 sen = RM4.80
Plastik 8kg x 70 sen = RM5.60
Tin 4kg x 30sen = RM1.20
Tembanga 1kg x RM18 = RM18.00
Total RM29.60..

Ok la sikit pendapatan hari ni. Rasa berbaloi sikit kalau nak bandingkan masa zaman ekonomi kurang baik dulu (baca di sini).

 Starting from Scrap: An Entrepreneurial Success StoryWhat Can We Do With Garbage?: Sampah Bisa Diapakan Ya?

No comments:

Post a Comment