Lori Terbalik

Kemalangan di pagi Isnin. Jalan Kulim-Bukit Mertajam. Sebuah trailer membawa jubin ceramic terbalik. Kemalangan sudah berlaku sejak awal pagi lagi (menurut member ofis yang lalu situ pada pukul 5 pagi). Kemalangan jiwa tidak dapat dipastikan. Punca kejadian juga tidak diketahui. Sila tanya di balai polis yang berdekatan anda.

Keadaan lalu-lintas terkawal. Terima kasih kepada polis yang mengawal lalu-lintas. Apa-apa pun, sentiasa berhati-hatilah di jalan raya.

Kepala Lori

 Ekor Lori


Pesanan Penaja:
Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl TechnologyDecision PointsThe Gift

Balik Kampung

Sudah sekian lama tak naik bas (last tahun 2007), weekend kali ni aku balik Perlis naik bas. Aku mengambil keputusan untuk naik bas sebab banyak kos yang dapat diselamatkan akibat..... (sila isi sendiri tidak melebihi 100 patah perkataan)

Boleh dikatakan perjalanan dengan bas tidak meletihkan (sebab aku banyak tidur dalam bas). Naik kereta jugak tak meletihkan (sebab..). Aku akan naik bas lagi bagi menjimatkan kos operasi dan ada beberapa perkara baik (tidak boleh cerita kat sini) yang aku nampak dengan menaiki bas.

Overall, ok naik bas ni. Cuma ada gak saat2 yg kurang menyenangkan bila ada orang sekeliling aku yang kentut senyap2 baling batu sembunyi tangan kat dalam bas. Nak tutup hidung takut nanti dia kecik hati lak, tak pun nanti orang mesti tuduh sape yang tutup hidup tu punya angkara.. tutup hidung konon nak cover kata orang lain yang buat..

Akhir kata, terima kasih kepada pemandu bas yang membawa bas dengan berhemah (walaupun 2 jam setengah ke tiga jam, tapi aku rasa selamat).

Antara gambar2 yang diambil ketika perjalanan.

Permandangan dari dalam bas 

Dalam bas. Tangan terketar2 sebab malu kat orang sekeliling atau bas yang goyang kuat sangat

 
 Suasana di Hentian bas Butterworth

Kemalangan yang telah berlaku masa dalam perjalanan balik. Highway Butterworth. Sebuah Honda Civic yg remuk teruk.

Buah tangan untuk budak2. Sebuah "Attolane"

Pesanan penaja:
Decision PointsThe GiftThe Adventures of Sherlock Holmes

Graduan 'ulat buku' tak ke mana

Petikan daripada Harian Metro.
http://www.hmetro.com.my/articles/Graduan_ulatbuku_takkemana/Article

Oleh Ruhaiza Rusmin

PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja perlu mempunyai kecemerlangan akademik malah kualiti modal insan.

JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.

Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.
MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.

Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.

Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.

Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan.

"Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.

"Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.

"Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.

Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.

"Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.

Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).

Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.

Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.

Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.

"Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.

"Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.

"Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.

INFO:
Tujuh Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian

* Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.
* Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
* Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
* Memperkasa institusi pengajian tinggi.
* Mempergiatkan pengantarabangsaan.
* Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
* Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi.

Pesanan penaja:

Decision PointsInception (Three-Disc Blu-ray/DVD Combo + Digital Copy)The Adventures of Sherlock Holmes

Suatu pagi di pagi isnin (22 Nov 2010)

Kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Lokasi: Di sebuah stesen minyak di Kulim.
Jam 8:45 pagi (waktu aku nak isi minyak, kemalangan telah berlaku lebih awal).
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kereta pun tak kemet (boleh langgar benda lain lak lepas ni).

Pesanan khidmat masyarakat.. "Berhati-hati di mana-mana saja."


Pesanan penaja:
Decision PointsThe GiftToy Story 3

Salam Ramadhan 2010

Selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan..


Petikan Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan
Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi


Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Pesanan penaja:
Kindle Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 6" Display, Graphite, 3G Works Globally - Latest GenerationThe SuburbsDexter: The Fourth Season

Kisah Kucing

Aku suka kucing. Tapi aku tak bela kucing sebab tiada masa untuk membela kucing. Baru-baru ini ada seekor kucing beranak di belakang rumah aku.. 4 ekor.. Ok, boleh tumpang buat sementara waktu.. nanti bila besar, sila bawa diri masing-masing..

Boleh dikatakan setiap hari aku pegi menjenguk diorang.. Teringat masa kecik, rumah aku ada banyak kucing. Penah aku sampai tertido dalam stor bawah tangga sebab seronok duk layan anak kucing yg baru lahir..

Berbalik kepada kisah kucing kat rumah aku, pagi sabtu, aku keluar untuk beli breakfast.. Sempat aku menyapa jiran sebelah yang nak pergi kerja dan ke balakang rumah untuk tengok kucing.. Tinggal anak-anak kucing sahaja.. tengah nyenyak tido.. comel2..

Kereta jiran aku sudah keluar dari halaman rumah dan ada sebuah Myvi hitam lalu dan terus memotong kereta jiran aku.. tiba2 aku terdengar bunyi seperti bumper kena langgar dan jiran rumah hadapan menjerit (ada bermacam2 jenis bunyi jeritan dan bagi mengelakkan korang membuat bunyi jeritan yang mengarut2, bunyi jeritan beliau adalah seperti berikut… “Auww..”). Kereta myvi tersebut berhenti.. Aku ingat dia terlanggar kereta jiran aku.. kemudian terus beredar.. Aku keluar dari rumah, seekor kucing tengah mengelepar kesakitan di atas jalan. Sekali pandang, semacam ibu kucing yang beranak di belakang rumah aku..

Aku terus mengejar Myvi tersebut dan berborak2 kosong.. kemudian terus ke kedai.. Sampai di rumah, kucing tadi sudah mati.. Semut2 pun sudah sampai untuk mengalihkan kucing tersebut dari tempat kejadian..

Sebelum ni, aku selalu nampak anjing dan kucing kena langgar di atas jalan dan tiada siapa yang ambil kisah termasuk aku (ada ko kisah?... Cak! Cak! Cak!). Aku cuma tumpang bersedih. Apa yang pasti, keesokannya (atau lusa) jalan sudah clear (orang kutip makan buang atau kena lenyek sampai hilang).

Selalunya, aku terfikir apa yang akan terjadi kalau binatang2 tu ada anak kecik & masih menyusu.. apa nasib anak2 diorang (diaekor?).. Dan sekarang ia betul2 berlaku depan aku untuk aku menjawab persoalan tersebut..

Aku ke belakang rumah dengan harapan kucing yang baru kena langgar tadi adalah kucing lain dan ibu kucing tengah menyusu anak2.. 4 ekor anak kucing masih lagi tido dengan nyenyak.. tidur dengan seribu harapan... tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi nanti.. hilang tempat bergantung.. Aku tidak sanggup memberitahu diorang apa yang telah terjadi ke atas ibu diorang (poyo!!)..

Petang Sabtu:
Aku sampai rumah selepas keluar bercuti.. Anak2 kucing sudah mula menjerit2 kelaparan.. Apa yang mampu aku buat ialah memberi susu (sustagen junior 1+).. tapi kucing2 tu masih belum mampu membuka mata (baru umur seminggu) dan tak reti nak minum sendiri.. seekor anak kucing sudah mati..

Bau kucing semua busuk2 sbb bercampur dengan bangkai kawan diorang (telah dikebumikan di tepi rumah aku).. so, aku mandikan guna sabun (Lifebuoy).. Aku harap diorang (diaekor?) kenyang ngan air paip.. semua kucing diam je bila kena mandi..

Malam Sabtu:
Aku ke kedai Haiwan untuk mencari susu kucing & botol susu kucing.. payah gak diorang nak minum sampai keluar ikut hidung..

Pagi Ahad:
Anak kucing tinggal 2 ekor.. sekor kena curi atau kena makan atau ada ibu kucing lain yang sanggup membela.. aku cuma beri susu kepada yang tinggal saja.. pun payah nak menyusu botol.. susu keluar ikut hidung..

Petang Ahad:
Anak kucing tinggal seekor.. sekor lagi kena curi atau kena makan atau ada ibu kucing lain yang sanggup membela.. aku cuma beri susu kepada yang tinggal saja.. pun payah nak menyusu botol.. susu keluar ikut hidung.. ada kesan tapak kaki kucing berhampiran (aku taruk minyak sekeliling bekas supaya semut tak datang menolong).. kucing makin lemah.. tak mampu menjerit tapi masih boleh berjalan..

Pagi Isnin:
Menjenguk anak kucing dengan harapan tinggal bekas saja.. so, settle tanggungjawab aku.. masih ada.. so, bancuh susu.. kucing makin lemah dan hanya terbaring.. susu yang aku suap pun cuma bertakung dalam mulut dan perlahan2 keluar dari hidung (tanda nafas semakin perlahan).. badan kucing rasa sejuk..

Lepas siap2 untuk keja (dalam 30 minit), aku melawat kucing lagi.. sudah tak bergerak.. aku rasa sudah mati.. Aku selimutkan dia dan pegi kerja..
(Balik dalam pukul 8 malam, memang tak bergerak-gerak dalam selimut.. dah mati.. aku pun tanam kat luar pagar..)

Maka berakhirlah sebuah kisah keluarga kucing yang menyayat hati.. (Yeay!!.. ?)

Tiada apa yang menarik dalam cerita ini.. Cuma kisah kucing yang mana nyawa diorang (diaekor?) tiada nilai.. walaubagaimanapun, ia masih sebuah nyawa.. semoga usaha aku yang tak seberapa ini menjadi antara penyelamat aku nanti dan dimurahkan rezeki.. amin.. sekian..


Pesanan Penaja:
No MercyKindle Wireless Reading Device, Free 3G, 6" Display, White, 3G Works Globally - Latest GenerationRecovery