Kisah Berus

Hai.. Saya adalah seorang sebuah sebiji berus. Memandangkan tuan saya telah lama tak meng’updateblog ini, Saya ingin mengambil kesempatan untuk bercerita tentang kisah saya.

Menurut sejarah, saya diperbuat daripada sabut kelapa. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sabut yang lembut macam tali boleh dibentuk menjadi berus yang keras. Tak mungkin bulu saya disapu dengan gel Brylcream.

Saya begitu riak bangga dengan bulu saya yang mencacak-cacak. Saya dipamerkan di sebuah pasaraya yang terkemuka di tanah air sehinggakan pada suatu hari, saya dibeli oleh tuan saya. Saya begitu gembira mendapat tuan baru (tuan saya). Saya dibawa pulang ke sebuah rumah yang sederhana besar.

Di sini, saya mendapat ramai rakan baru. Saya jarang digunakan berbanding rakan-rakan yang lain. Sebab itu badan saya masih maintain macam dulu. Itulah rahsia saya menjaga badan. Terima kasih kepada tuan saya yang malas baik hati.

Baru-baru ini saya telah didapati hilang. Tuan saya begitu sibuk untuk pindah ke rumah baru hinggakan tak menyedari kehilangan saya. Menurut tuan saya, saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam sebuah telaga. Tak diketahui lama mana, mungkin seminggu, mungkin sebulan. Owh!

Menurut tuan saya, saya dipercayai ditolak ke dalam telaga oleh tikus/tikus-tikus yang jahat. Ini kerana rumah yang saya duduki telah kosong & tiada makanan. Lagi pun tuan saya telah berjaya menangkap sebanyak 5 ekor tikus dalam masa kurang 2 bulan sebelum berpindah. Mungkin mereka menjadikan saya sebagai sasaran dendam kerana tuan saya begitu besar untuk dihumban ke dalam telaga tersebut.

Sepanjang ingatan saya, saya digunakan untuk mencuci kawasan sekitar telaga tersebut. Setelah selesai, saya dibiarkan terbaring di situ dan tuan saya pulang ke rumah barunya. Akibat keletihan bekerja, saya tertidur dan pada masa itulah tikus/ tikus-tikus yang jahat keluar menyerang saya.

Tuan saya begitu yakin saya dianiayai kerana saya memang berada di tepi telaga sebelum dia pulang ke rumah. Lagi pun saya tiada kaki untuk bergerak (kalau tak, mesti tuan saya suruh saya berus sendiri).

Menurut tuan saya lagi, beliau cukup terkejut melihat benda seakan-akan ’benda’ di dalam telaga. Lagipun, telaga tersebut jarang digunakan dan siapa pula yang masuk ke rumah tersebut untuk membuang “hajat“. Tanpa berfikir panjang, tuan saya terus mencurah air ke dalam telaga. Pada masa itulah saya tersedar daripada pengsan dan terus menujah dinding telaga supaya tidak hanyut dibawa arus. Lagi sekali beliau terkejut kerana saya yang disangkakan “benda“ masih berada di situ. Setelah diamati betul-betul, barulah tuan saya menyedari yang benda itu adalah saya.

Masih terbayang bagaimana tuan saya dengan selamba machonya menyeluk tangan ke dalam telaga untuk menyelamatkan saya. Bak kata perpatah; "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Memang sampai ke pangkal lengan pun, malah lebih. Kagum sungguh dengan kehensemannya keberaniannya. Saya merasa amat bertuah mendapat tuan seperti beliau.

Katanya lagi, saya adalah mangsa kedua yang pernah diselamatkannya. Mangsa pertama ialah Motorola V70 yang baru dibeli tak sampai sebulan. V70 terjatuh di dalam telaga di Singapore. Walaupun berlainan negara, tetapi telaganya tetap sama.

Itu saja kisah saya. Babai!!

P/s: gambar saya akan diuploadkan kemudian… ini kerana tuan saya tidak mampu membeli tiada camera yang canggih.

No comments:

Post a Comment