Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada Abah di kampung. Hari yang tak pernah aku sambut. Sama seperti hari ibu dan hari-hari lain yang tiada cuti umum. Termasuk hari jadi aku (jarang sambut dan tak kisah pun).

Aku tidak diajar untuk menyambutnya. Walaupun masa kecik2, aku rasa teringin nak ada birthday party sendiri, tapi sekarang aku rasa lebih selesa begini. Cukuplah sekadar bersyukur kerana masih sihat hingga ke hari ini. Terpulang kepada diri masing-masing samada nak manafaatkannya atau sia-siakannya.

Bagi aku, tak perlu untuk menyambut hari bapa kalau hari lain tak ingat kepada bapa. Tak perlu untuk menyambut hari ibu kalau hari lain tak ingat kepada ibu. Tak perlu untuk menyambut hari jadi kalau hari lain tak ingat kepada diri (lupa diri?).

Hari Bapa tak salah aku disambut setiap minggu ketiga pada bulan Jun. So tahun ni jatuh pada 19 Jun 2011. Walaupun sudah beberapa hari berlalu, hari ni aku mendapat Kad daripada anak sulung aku. Hasil kerja dari Tadika.


Dan satu video dari Youtube untuk dikongsi bersama. Selamat menonton....






"Greatest Gift" Dad & Tools Father's Day Afghan Throw Blanket 48" x 60"Broadway Basketeers Father's Day Gourmet Fruit and Nut Gift Basket for Dad

No comments:

Post a Comment