Minggu ni motor aku pancit buat kali ketiga dalam masa sebulan.. Pancit kali pertama masa Chinese New Year lepas. Pancit perlahan-lahan. Hari ni ok, esok dah kempis. Bila tukar, pomen cakap tak jumpa apa-apa pun. Tapi aku rasa ada makhluk benda halus yang kasi bocor. Malas nak cakap banyak, aku terima nikahnya saja.
Memang betul, baru tukar tiub, pancit lagi. So aku pegi kedai lain lak. Kasi tau ada bocor halus. Dia punya cari, jumpa dawai halus. Kan dah kata, tak pasal-pasal terbang RM20 untuk tiub saja. Pomen cadangkan supaya pakai tayar tubeless je. Aku mau tunggu sampai tayar botak dulu.
Baru seminggu lebih pakai, pancit lagi. Menurut pomen, rim Honda RS110 memang selalu makan tiub. Apa yang aku perasan, kepala tiub dia agak pendek. Sesetengah pam angin di stesen minyak tak boleh nak pam angin. Selalunya, aku kena keluarkan nut di kepala tiub dulu.
Macam ni punya pancit, tak sempat tunggu tayar yang botak, aku yang botak dulu. So aku terus tukar tayar tubeless. Beza RM10 saja berbanding tayar biasa.
Tak pasal-pasal dapat free gift sebab pekerja dia salah kira
No comments:
Post a Comment