Showing posts with label Aktiviti Mingguan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Mingguan. Show all posts

Servis Kereta..

Minggu ni aku hantar kereta ke pusat servis. Sudah terlebih tarikh (sepatutnya bulan Mac) dan terlebih mileage (terlebih 500km). Ni sebab nak save punya pasal. Kali ni servis normal untuk 70, 000 km. Meter mileage baru je cecah 57, 000 km. 


Selalunya kena dalam RM150 untuk servis normal, kali ni hampir RM200. Alasan, harga Barang Naik.. Peningkatan harga dalam 30%.

Eleh, RM45 je pun nak berkira.. bukan tiap-tiap bulan nak servis.

Ok la.. aku terima.. T-T

Cuma benda-benda lain pun ikut naik. Terbaru yang aku perasan, mihun goreng RM3.50 (peningkatan 17%). Aku jarang amik kisah sebab aku mampu selalu aku beli dengan makan lain. Jadi main bayar je. Bila beli satu jenis, baru perasan harga dah naik. Roti pun naik. Minyak? Lain2? tak perlu senarai.. cuma perlu sediakan wang yang secukupnya...

Eleh, semua naik sikit je.. tu pun nk berkira..

Ok la.. tak berkira.. sib baik increment aku lebih 10% tahun ni. Cuma cam mana dengan orang lain yang increment kurang. Sedikit sebanyak, aku kisah apa dengan Barang Naik (Ayat berlagak konon).

Berbalik kepada servis kereta, semua berjalan dengan lancar. Settle pakai duit plastik. Next service masih normal, lagi sekali major. Anggaran dalam RM1000 je. So, aku kena start simpan/ cari RM1000.. (Adeh.. Duit plastikkan ada..) 


Sebuah kereta model Accord di pusat servic. Dipercayai dipandu melebihi 200km/j kat highway dan terbabas. Pemandu terselamat dalam kejadian (katanya lah).

Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalanraya.

The 2011-2016 Outlook for Investigation, Guard, and Armored Car Services in JapanHonda Accord 2003-2007 (Haynes Repair Manual)

Aktiviti Mingguan (7 May 2011)

Weekend ni tiada aktiviti yang berfaedah aku buat. Semuanya kurang menjadi. Mengecat pagar cancel (tiada reply dari pengecat). Repair alarm pun cancel. Janji hari ni, tapi call tak angkat. Macam ni lah selalunya sampai setahun tak settle-settle (Aku akan buat aduan dekat Tribunal Pengguna nanti).

Petang jaga budak sebab mak dia keluar meronggeng. Petang yang panas buat kitorang tidor dalam aircond sampai petang.

Malam lak member ajak lepak kat tempat minum yang ada aura punya (naik suspen lak bila dia ckp cam tu). Member yang agak lama tak jumpa (drummer gua). Lepak bincang-bincang pasal projek baru dan nak start balik aktiviti jamming.

Masih dalam pertimbangan aku sebab aku terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain yang membuat aku terpaksa menggantung sementara gadget-gadget aku.